Tuesday, February 10, 2009

AF Kembali

Assalamualaikum wbt.
Captain's Log 10th February 2009 ... (again?)

Saje haku post kt sini pasal info terbaru AF7... kot2 ade yg x sempat tengok @15 ke.. mane tau kot2 promo kt sana laju sangat keluarnye ke... or maybe ade yg mengadap blog haku lebih dahulu drpd mengadap @15. Ni info terbaru masih panas baru keluar dari ladang...
Pengacara AF7:

Akademi Fantasia musim ke 7 membawa kembali AC Mizal sebagai pengacara untuk Konsert Mingguan rancangan realiti sensasi kegemaran ramai ini.
Akademi Fantasia musim ke 7 sekali lagi menampilkan Sarimah sebagai pengacara Diari AF7. Beliau juga akan bertindak sebagai pengacara untuk Tirai Akademi Fantasia musim ke - 7.
Tenaga Pengajar:
Syafizawati Shariff atau lebih dikenali sebagai Cikgu Syafi telah ditugaskan untuk mengajar Vokal Teknikal para pelajar AF7.
Siti Hajar Ismail akan berkongsi ilmunya dengan para pelajar AF7 selaku Guru Vokal Persembahan.
Fatimah Abu Bakar masih kekal sebagai tenaga pengajar di Akademi Fantasia akan berkhidmat sebagai Guru Motivasi dan Bahasa Inggeris.


Ida Nerina adalah merupakan tenaga pengajar yang baru di Akademi Fantasia. Beliau akan berkhidmat sebagai Guru Lakonan.


Hashridz Murshim atau lebih dikenali dengan nama Acis juga antara wajah baru di Akademi Fantasia. Beliau telah ditugaskan sebagai Pengarah Muzik.

Buat julung-julung kalinya Akademi Fantasia memperkenalkan A.Aris Kadir yang akan berkhidmat sebagai Guru Tari dan Pereka Tari untuk musim ke 7 ini.
So, setakat info yg ade ni.. haku x nampak lagi kelainan yg cuba disampaikan dalam AF7 ni.. selain drpd gambar promo cikgu Siti Hajar yg nampak LAIN ialah beliau nampak lebih muda pulak. hahaa.

12 Comments:

  1. Anonymous said...
    SH da pakai tudung eaa...ni yg lg "membara" neh..huhu pengetuanya...?ada acis...emmmm SM taaakk..?hihi neway gl luck AF7...and timaseh PESAL
    Anonymous said...
    hehehe...Pesal ni mcm tau2 je ramai yg ngadap blog dia ni..

    Tenkiu Pesal...ngko mmg bestt la hehe..

    Darween buat senwic x lalala
    PeXXaL said...
    betul ler.. dah ko cakap tu baru haku nampak mcm Minesalun sikit. Patut nampak lain macam..
    kakJAHku said...
    Pengtua ACIS ke??ensem Acis neh
    PeXXaL said...
    Acis tu laki Sheila Majid ler KakJAHku.. dia jadi pengarah muzik je mcm Sham Kamikaze & Ramli MS dulu
    kakJAHku said...
    aku tau le Acis laki dato' Sheila..
    aku rs..tahun ni pengetua pompuan le..kan dah 2x pompuan jd juara
    Anonymous said...
    hehehe....pasal calon pengetua pong korang nak balohh...Haku tengok je la ekk...hehe...
    PeXXaL said...
    Sheila dah ade dato' jugak ke? tatau lak haku.. haha
    Anonymous said...
    emm..emm..sheila da dato'...pesal
    PeXXaL said...
    Darween.. ooo.. haku x terdedah sangat dengan Sheila Majid ni.. kecuali dlm filem Ali Setan aje..
    Anonymous said...
    Sama la dgn haku Pesal....Tp filem Ali Setan pun haku xpernah tengok sampai abeh hehehe...

    Sheila dato'....tp acis xdapat title tu kan...Rasanya la..
    Anonymous said...
    Pesal...i x minat jazz..tp minat lagu dia PENGEMIS MUDA dulu..1st album pop dia i think..n album tribute ENGKAU LAKSHANA BULAN tuu jer..hihi peaceee kak sheila

Post a Comment