Wednesday, February 25, 2009

Assalamualaikum wbt

Captain's Log 25th February 2009 - Hari ni hari gaji ke?

Haku nak marah ni!... Ko dah laa lambat! pastu kalo bab makan, ngko laa yg mula2 sekali simpan. Pastu bila nak keluar makanan tu, ngko laa yg paling susah nak kuar. Ko ingat ko duduk ujung2 tu dah selamat ker? Walopon ngko selubung sikit, haku bleh nampak le.. sekilas cermin, sekilas ikan di air ke, haku boleh nampak laa flaw yg ade kt ngko tu. Semalam ko buat haku sakit kepala. Satu hari haku pendam aje tau tak? Ape lagi ko nak? Nak sakitkan otak haku pulak? Nasib baik hari ni ngko ok sikit. Itu pun selepas haku kunyah2 singgam.

p/s: Gigi bongsu haku sakit gile semalam, dah berlubang. x leh pikir nak post ape semalam. ampeh. Teruskan berhujah di post sebelum ini.

p/s No. 2:Hari ni haku terjumpa blog ni... mungkin kah Amazing Hunt @15 2009 akan direalisasikan?

Monday, February 23, 2009

Bukan Kenduri Leman

Assalamualaikum wbt.
.
Captain's Log 22th February 2009.
.
Balik keje pagi tadi, haku ingat nak tido gak sampai petang aje, sebab semalam penat men bola + terus pegi keje pukul 7.00 mlm sampai pukul 7.00 pagi. Tapi komitmen majlis kenduri pada hari Ahad membataskan aktiviti tido haku. Lagi pun haku dah cakap ngan Epa, kalo dia drive, i follow aje. Pastu ditambah pulak dengan kerelaan hati author of the-mantra-sastra utk follow sekali. So ade can laa haku tido melintang kt seat belakang kete.
.

(Luas jugak kt belakang ni)
.

Destinasi hari ni adalah kenduri kawen Widya Robetta a.k.a MoLoKo (ex-mod tahun 2004- skang masih bekerja di Astro) di Dewan Majlis Perbandaran Seremban. Jarak dari Equin Park kalo dikira dalam bentuk masa adalah sejam aje. Kitorang bertolak dalam pukul 12 lebih laa, supaya sampai kt sana ngam2 org tgh sanding & makan.
.

Maybe ade yg terlampau amik berat, akan bertanya,
"eh asik pegi kenduri orang aje, bile nak buat kenduri sendiri?",
"Asik amik berkat aje korang ni? x cukup2 lagi ke berkat nye?" ,
"korang mesti dah banyak idea utk majlis kawen korang nnt kan?"
.
So jawapan selamat haku senang aje, orang dah jemput datang kenduri tu, pegi aje ler. Bukan jauh sangat pun, makan pree lagi, boleh tangkap gambo. Kalo nak dikira jawapan utk soalan2 di atas, memang haku xkan pegi kenduri sampai bila2 laa sebelum haku kawen. Kalo haku x pegi kenduri orang, nanti sah sah ler org tak pegi kenduri haku. kan Janet kan kan kan ?
.
Kronikel of PESAL kata, "Nikmati gambar2 di bawah"
.

(haku tatau apsal haku snap gambo ni. Maybe sebab Wisma Punca Emas tempat Sham Kamikaze mula2 belajar men gitar kot. Sbb dulu nickname @15 Sham Kamikaze = PuncoOmeh)
.

(Kt Dewan MPS ni, ade 2 bahagian sebenarnye. Ada satu lagi kenduri kt bahagian dewan 1 lagi. Kenduri org Pakistan. Maybe pengantin Pakistan tu datang ke situ menggunakan kereta dlm bentuk hadiah tu. maybe laa.. )
.

(Blogger tegar the-mantra-sastra yg sedang kelaparan laju menuju masuk ke dewan mendahului yg lain.)
.

Untuk gambar2 seterusnya, boleh terus klik sini: My Multiply

.

Balik daripada kenduri, kami bertiga telah diajak menikmati CENDOL LEMAN oleh MaikelOwan & the Geng. Sebabnya The Geng nya kata CENDOL LEMAN tu masuk TV3 semalam, so diorang nak try ler. MaikelOwan bagitau macam tempat CENDOL LEMAN tu dekat area2 bandar Seremban tu aje. Disebabkan Epa jadi driver, so keputusan ke tempat cendol itu haku serahkan kepadanya. Jam dah tunjuk pukul 2.30 ptg, pukul 7.00ptg kang nak masuk keje pulak. Haku follow aje sbb mcm best jugak makan cendol Leman yg diwar warkan tu.

.
Kami yg tak tahu jalan ke sana, follow aje lah geng2 diorang ni.
.
Operasi Cendol Leman bermula dengan:

  1. 4 kereta (A, B, C & D) keluar dari Dewan Majlis Perbandaran Seremban. (salah satunya kereta kami)
  2. 4 kereta singgah di Stesen Petronas Taman Tun Dr Ismail. (Ramai keluar melakukan aktiviti cuci perut, kami hanya tunggu dalam kereta)
  3. Dalam kesesakan lalu lintas & hujan lebat, 1 kereta (A) tersasar. 3 kereta (B, C & D) meneruskan perjalanan bersama.
  4. Masih lagi hujan lebat. Kami cuba menghubungi kereta yg tersasar itu. Selepas mendapat info, 1 kereta(B) meninggalkan kelompok 3 kereta tadi utk terus pergi ke Senawang (exit PLUS Senawang) kerana terasa spt 2 kereta (C & D) lagi tu taktau ape yg mereka buat & hilang punca.
  5. Kereta (A) yg mula2 tersasar tadi sesat & terperangkap dalam banjir di Taman NtahApeNtah.
  6. 2 kereta (C & D) yg ditinggalkan hilang tanpa kabar berita.
  7. Info yg diberikan: Cendol Leman berdekatan JPJ Senawang.
  8. Hujan masih lebat, kereta (B) di Senawang terus give-up sebab jam dah pukul 4 ptg.
  9. .

Kereta (B) bergerak pulang dalam kehujanan & ke"frust"an. Cendol Leman, kau tunggu... kami pasti datang!

.

p/s: AMARAN KERAS: Jangan tidor baring melintang di seat belakang kereta anda. Anda akan tergolek ke depan sekiranya driver membuat emejensi brake.

.

Sunday, February 22, 2009

Aku Kah Itu ?

Assalamualaikum wbt.

Captain's Log 21th February 2009...

Amaran keras!!! utk pemain2 bolasepak, JACOB Weetameal tidak dapat menggantikan kehebatan Nasik; dari segi memberi tenaga kepada badan. (Macam hampeh je haku men bola kt PULAPOL petang tadi, lari sikit aje dah rase nak pengsan, perut lapar punye pasal sebab bangun2 tido aje terus pegi men bola. Baru laa haku paham kenapa ramai orang kata pemain bolasepak Malaysia main bola macam tak makan nasik.)

Tapi itu cuma mukadimah sahaja.

Post kali ni haku nak cite pasal 2 benda yg org pandang kt haku.. rasa nya la. Berikut adalah dialog2 yg pernah haku dengar sendiri, or dengar drpd orang lain:

Wanita A: Eh garang nye...

Wanita B: Senyum laa sikit. Seriusnya muka. Tu akak dah letak harga murah tu. Kalau mahal tatau cemane mukanya.

Wanita C: Hari ni kerja dengan PESAL. Dia memang garang...

Lelaki D: Weii hari tu *** kata ngko kedekut ilmu pasal tak ajar dia buat promo MMSX tu.

Wanita E: Taknak lah tanya PESAL, dia kedekut ilmu.

Lelaki F: So, u dah tau semua benda teknikal tu, u simpan sendiri laa?

Dialog2 di atas cukup sahaja utk menggambar pandangan org lain terhadap haku.
.
Garang & Kedekut Ilmu ?
.
Mengapa haku nampak garang agaknye:

  • Maybe sebab keturunan.. arwah atok haku memang garang & tegas. Arwah bapak haku pun memang terkenal kt kampung sebagai seorang yg garang gak. Even member2 sekolah haku masa haku kecik2 dulu cukup takut dengan bapak haku. Arwah bapak haku tukang kebun sekolah aje dulu. Setiap kali mak bapak anto anak2 diorang masuk darjah 1, diorag x suruh cikgu2 tolong tengokkan anak diorang, diorang akan suruh arwah bapak haku ajor sikit mane2 budak yg x dengar cakap cikgu.
  • Tegas - Ramai org kenpius antara ketegasan & kegarangan.
  • Sebab muka haku memang nampak garang kot. Belum haku jegil mata lagi tu. Tapi ade gak sesetengah org, buat la muka garang cemane pun, tak nampak pun garang nye.
  • Kalo haku tersenyum sepanjang masa kang, orang kata haku gile pulak.

"ape tengok2 ? x puas ati? nak kena?"

Kesimpulan: Siapa yg kata haku garang tu, x kenal haku lagi laa tu. itu aje.

.

Mengapa agaknye orang kata haku kedekut ilmu?

  • Haku pun tatau kenapa org kata haku kedekut ilmu. Bagi haku, cara belajar paling efficient, kene try & error sendiri2. Kalau tak tahu, baru tanya. Pastu muka tu nak kena laa nampak mcm nak betul2 belajar kan.
  • Maybe sebab haku bukan seorang pengajar yg bagus. Sebab tu haku x jadi cikgu kot.
  • Haku x paham gak apsal org kata haku kedekut ilmu, padahal bukannye banyak sangat ilmu haku.
  • Eh... siapa sebenornye yg kata haku kedekut ilmu ni ??? cisss !!...

Soalan Terkumpul Untuk Minggu Ini:
.

Siapakah Wanita A, Wanita B, Wanita C, Lelaki D, Wanita E & Lelaki F ?

.

Sila hantarkan penyertaan anda di bahagian komen di bawah.

Thursday, February 19, 2009

Mission Accomplished

Assalamualaikum Wbt.

.

Captain's Log 19th February 2009 (Misi memakan burger Oblong telah tercapai selepas 2 hari kempunan nak beli)

.

Sebenarnye haku bukanlah fanatik or hardcore makan burger sangat. Tapi setiap Tahun Baru Cina, ade prosperity burger kt McD, memang haku akan beli. Tapi tahun ni aku kurang beli Prosperity burger sebab harga satu set meal nak dekat RM20!. Sama harga mcm haku makan nasik putih + ikan kembung masak pedas + tomyam ayam + kangkung belacan + telur dadar + air sirap. So adakah berbaloi utk haku mengorbankan duit haku semata2 utk memakan sekeping burger prosperity + kentang goreng + air oren berkarbonat ?

.

Atas sebab lain pulak, McD tu Israel. X kira laa dia sumbang seposen ke 2 posen ke. Janji haku dapat mengurangkan jumlah duit diorang nak beli peluru2 penembus tubuh org Islam. (Walopon haku sedar maybe sistem Windows yg haku pakai ni ade kene mengena dengan Israel gak). Boikot sikit pun kire boikot gak kan.

.

So, utk melampiaskan nafsu makan burger haku tu, ditambah pulak dengan cite mamat ni yg kata Oblong burger tu mcm burger prosperity & adalah produk tempatan; haku berasa perlu utk haku menyuapkan secebis burger tersebut di mulut ku, akan ku kunyah perlahan2 dengan penuh nikmat sambil mendengar alunan muzik Butterfingers (Mati Hidup Kembali). Daripada ape yg haku penah dengar pulak, Oblong burger ni kirenye mcm produk tempatan mcm brand Ramly, Purnama burger, Otai burger; cuma yg ni kire latest laa yg bernama Oblong.

.

Selepas berhempas pulas selama 2 hari (2 hari yg lepas, setiap kali haku pegi je gerai tu, dia dah tutup), akhirnya burger tersebut berjaya dibeli dengan jayanya masa balik dari kerja tadi. Ternyata haku menjadi pelanggan pertama gerai burger tersebut. Kali ni haku x cuba utk memanggil brader tu "abang" untuk mengelakkan konflik pemikiran yg berlaku di entry sebelum ini.

.

Haku cuma cakap,"Burger Oblong Daging 1!"

.

- Harga seketul burger oblong daging cuma RM3.50 ... Jauh lebih murah drpd burger prosperity McD. Kenapa bayar lebih ?

.

Nikmati lah gambar2 di pasar... eh silap, di bawah.

.

(pandangan depan: Perhatikan sos2 black pepper yg melimpah ruah di samping letusan mayonis di celah2 timun itu)

.

(Pandangan corner: Cebisan bawang besar jugak tidak segan silu menunjukkan dirinya)

.

Korang cium bau aje lah ye... tapi bau yg ade pun bau skrin monitor korang aje lah. 

.

Hint: Lokasi Gerai Burger ini adalah di depan Apartment Cemara Equin Park. Jarak dari rumah haku = 2 pelaung sahaja.

.

(Gambar X-Ray yg diambil menggunakan senapang elektron ke atas perut haku selepas proses Suap-Telan-Hadam berlaku)

.

p/s: Aku kembali berasa lapar bila mana post ini sedang ditulis.

.

Assalamualaikum wbt

Captain's Log 18th February 2009

Haku baru balik dari men futsal & badminton. Mungkin inilah yg dikatakan Lelah Semu Semata. Letih gilak.

Burger Oblong tutup lagi. 2 hari dah haku kempunan makan burger Oblong. Haku tatau laa sedap ke tak burger Oblong tu sebab ade org kata rupenye mcm burger prosperity McD. Tak payah beli kt McD sbb Israel. Org melayu pun bleh buat burger ala2 prosperity.

Haku meneruskan perjalanan mencari burger di tempat lain pulak. Destinasi Amy Seafood (kedai T.B) menjadi pilihan. Ade gerai burger kt tepi kedai tu.

Seorang brader jual burger memakai cap bertanya pada haku.

Brader Jual Burger: Ye bang nak burger ape?
Haku: Bang, bagi burger ayam special 1, burger daging 1. (haku x makan malam lagi. Siang tadi pukul 6.30 tu haku makan Yong Tau Fu tu dikire sebagai makan tgh hari)

(Haku tunggu dalam 6 minit setengah)

Haku: Berapa bang?
Brader Jual Burger: Semua sekali RM4.50.

(Haku bagi duit RM5, dia pulangkan balik 50sen kt haku seraya berkata)

Brader Jual Burger: Terima kasih bang.

(Haku lantas mengambil duit baki & terus berlalu sambil tiba2 terpikir)

Haku panggil dia abang, dia panggil haku abang gak. Hampehh, dua2 taknak mengaku tua.

Wednesday, February 18, 2009

Assalamualaikum wbt.
.
Captain's Log 17th February 2009
.
Hari ini -
Takde ape2 yg menarik sangat. Aku bangun tido pukul 2 petang, qada' tido utk 3 hari yg lepas sbb keje. Post Fantasy Football semalam sebenarnye ade problem sikit. Setiap kali haku letak gambar, space between paragraph terpaksa di adjust semula supaya jarak antaranya tidak terlalu jauh. Haku pun x paham apsal jadi cemtu sebenarnya.
.
Bangun2 tido je terus dapat panggilan dari author of the-mantra-sastra. Dia ajak haku jadi committee utk @15 Treasure Hunt akan datang. 1 May 2009 katanya. Haku setujukan aje disebabkan haku sendiri tatau hala tuju haku akan datang ni. Mungkin disebabkan haku je Mod lelaki yg ade pengalaman handle event @15 ni laa yg dia nak ajak haku kot. Tapi bile haku pikir2 balik, selama 2 tahun event Treasure Hunt @15 yg dah berlangsung aritu, haku bukan committee ke? Haku ade buat ape? Macam mane haku boleh terlupa jadi committee ni? Maybe penyakit lupa haku dah tahap kronik. Haku akan cuba kurangkan makan semut.
.
Pastu pegi makan kt Kembangan Paradiso lak, jumpa Chireo kt sana lepak lepas dia abis keje. Untuk mereka2 yg soh haku kirimkan salam, haku lupa laa nickname2 yg suruh kim salam tu. Sebab haku x catit la. Anggap sahaja kiriman salam2 anda dah disampaikan..
.
Malam pulak layan snooker kt South City Plaza dengan Matdehe. Ini adalah antara sukan wajib haku sejak 10 tahun yg lalu. Keputusan perlawanan adalah seperti post fantasy football di bawah. Siapa kt atas dialah pemenang. hahaa.
.
Balik dari snuker je terus layan series Heroes & House M.D. yg paling latest sekali. Baru abis donlod. Nak haku ceritakan dua2 series tu sekali ke? X payah laa kot, haku bukan Azwan Ali nak taip blog panjang2.
.
Hari ini juga haku terpikir utk create another blog yg akan menjadi blog khas utk certain topic. Maybe haku akan buat blog just untuk cerita pasal tempat2 makan ala2 Warung Kita, Jalan2 Carik Makan etc, cerita pasal filem2 Melayu (nak lawan blog yg masuk Kosmo tu) OR maybe blog pasal sukan ke. So xyah ler haku sumbat semua cerita dalam blog haku yg ni. Maybe akan nampak mcm organize sikit. Itu pun kalo haku ade masa laa. Nak update blog yg ni pun payah, tak gitu? Maybe jugak kalo susah2 sangat, haku buatkan aje post utk blog yg ni. (sebab lama benor x update2) kakakaa
.
Semalam -
Time haku keje, tetiba dapat mesej ni:
"Hari Rabu pukul 10pm - 12pm, bertempat di dewan Sri Petaling , akan dianjurkan perlawanan badminton sesama rakan sejenis.. Dijemput hadir" -Mesej dihantar oleh PIRATE.
.
Gile.. selepas hampir setahun x "menyemash", sukan badminton akan kembali mewarnai hidup aku. Kali terakhir main badminton pun sebab ade SKOPJE. Lepas dia masuk KPLI, mane ade main dah. Kalau ade planning2 nak main pun selepas itu, kompem tak jadi. So maybe skang ni dah ade balik sebab SKOPJE pun dah mengajar dekat2 sini aje.
.
(Pemukul lalat yg dibeli hasil dari bisnes prepaid juta2 ni akan beraksi semula malam esok, selepas setahun tersadai)
Esok malam -
Planning yg ade ialah bermain badminton seperti post yg haku tulis hari ini tentang mesej yg haku dapat semalam.
.
Mungkin jika haku juga adalah dari spesis bajewak, haku akan main futsal mix kt Gelanggang Futsal Astro start dari pkl 8 sampai kul 10, pastu terus main badminton pukul 10 sampai pukul 12. Maybe haku akan dapat anugerah Olahragawan sekali lagi selepas itu.
.

KLU: Mungkinkah kemunculan semula makhluk bajewak seperti dalam gambar itu akan berlaku pada malam esok?
.

Apa lagi nak cite? Korang pulak laa cite.

Tuesday, February 17, 2009

@15 EPL Managers League

Assalamualaikum wbt.

Captain's Log 16th February 2009 (Post khas utk kaki2 bola & kaki tengok bola especially EPL)

*Benda ni sepatutnye haku dah post lama dulu. 2 tahun lepas sepatutnye. Tapi skang ni kire ok jugak lah utk ditulis semula memandangkan saingan liga semakin sengit & hampir sampai ke penghujung.

Untuk mereka yg sedang blur tentang post ape yg haku tulis ni, benda ni adalah FANTASY FOOTBALL. We create a team of 11 players playing in EPL (real time), if the players play games, score goal, make any assist or just dancing on the outfield, dengan sistem pemarkahan yg ditetapkan, anda mungkin akan mendapat point. Tapi utk @15 league ni, kami menggunakan base Yahoo! Fantasy Football (antara sebabnya geng2 kitorang dah lama guna benda ni & sangat seronok). Fantasy football @15 ni juga dijalankan secara underground, unofficial & tiada apa2 sumbangan dari pihak pengurusan @15. Harap maklum.

(jika anda dapat melihat ruangan di atas ini, anda berada di lorong yg betul)

*Sebenarnye benda ni juga la yg jadi proposal haku mase haku interview MIT dulu. (MIT = pihak yg bertanggungjawab menjaga segala teknikal tentang @15. What i meant about "segala" is SEMUA SEKALI.) Buat penat je haku tulis tangan 3 muka surat, hampeh je result interview nye. Ceharam.

Okay, @15 EPL Managers League ni dah masuk tahun ke-2 dah pun. Tahun pertama (season 2007/2008) adalah try & error or percubaan di mana tiada hadiah ditawarkan kerana tiada sponsor, sekadar bermain utk kebanggaan diri sendiri, utk rekod peribadi & salah satu topik perbualan perjumpaan rakan2 chat lelaki. Akan tetapi, dengan penyertaan PERCUMA, 50 kuota team utk liga tersebut telah pantas dipenuhi oleh 50 org chatters @15. (ya betul, limit utk liga ini hanyalah 50 team sahaja).

Syarat2 pertandingan adalah sangat mudah:
  • Mempunyai nickname di @15.
  • Ada akaun Yahoo! mail.
  • Memang layan bola terutamanya EPL.
  • Akan mengaktifkan diri sepanjang musim.

Selain Just for Fun, benda ni juga:

  • Mengeratkan hubungan sesama kaki bola @15
  • Menambahkan pengetahuan mengenai EPL.
  • Supaya ada tujuan sikit laa kalo tengok EPL match kt TV tu, takde la main tengok aje.
  • Menguntungkan tokey2 Cyber Cafe - Ada sesetengah "manager" yg sanggup menghabiskan masa berjam-jam di CC semata2 nak tukar sorang player je.
  • Menambahkan KECELIKAN IT (Celik IT).
  • Dan lain2 - korang tambah laa sendiri.

So yg menariknya utk season 2008/2009 ni - ada hadiah disediakan. Chatters @15 memang ramai yg pemurah. Anda cuma perlu cadangkan sesuatu yg menarik minat mereka & mereka akan terus menunjukkan minat utk membantu. Utk tahun ini, 2 sponsor yg terlibat terdiri drpd saudara JUANZ & juga Sindiket Perkapalan The Abdul. Sepanjang season ini yg hampir memasuki 3rd quater, @15 League juga dgn pantasnye memenuhi kuota 50 team yg ditetapkan, dengan saingan sengit merebut hadiah2 berikut:

JOHAN
1 Night stay for TWO at Hotel Singgahsana PJ. (breakfast included)

Naib Johan
Dinner for TWO at Hotel Singgahsana PJ.

TEMPAT KETIGA
Hi-tea for TWO at Hotel Singgahsana PJ.

(Semua hadiah berkaitan Hotel Singgahsana ditaja oleh JUANZ)
Utk Top 10 Managers pula akan menerima TROFI BOLA BERAPI (seperti dalam gambar) yg disumbangkan oleh Sindiket Perkapalan The Abdul.
(trofi ini memang betul2 boleh mengeluarkan api)

Walopon nampak mcm cikai aje hadiah2 nye, tapi kire ok la kan drpd takde langsung. Berikut adalah sneak preview kedudukan terkini @15 EPL Managers League season 2008/2009. Anda boleh perhatikan di mana terdapat ruang utk manager2 berinteraksi sesama mereka sambil memaki hamun & mengutuk team2 lawan, saiko menyaiko & sebagainye di mana bagi kaki2 bola, inilah yg dapat mengerat tali sillaturrahim sesama mereka.

*Inilah sahaja current event @15 yg melibatkan chatters2 @15. Event2 rasmi mcm tahun2 lepas seperti bowling, futsal, treasure hunt & sebagainya; utk tahun ni, haku tatau ler lagi ade ke tak. Kalau ada pun maybe laa event2 underground anjuran chatters2 sendiri kan. Siapa yg nak organize?

Seorang mod pernah berkata, @15 bukan event management company.


Sekian majulah sukan untuk negara Malaysia berasaskan UK. Akan datang maybe ade blog khas utk membincangkan tips & komen tentang fantasy football @15 ni. (Ada siapa2 yg nak book utk 3rd season pulak?)

Saturday, February 14, 2009

Halusinasi - @15 di Taiwan

Assalamualaikum Wbt.

Captain's Log 14th February 2009

(valentine's day pun ko keje ke? ye laa sebab haku x sambut laaa.. Haku tanye, haku jawab sendiri)

Nasihat kecil:
Merujuk kepada dialog diri sendiri di atas, memang hampir semua org tahu yg kita sebagai umat Islam x elok woo sambut Valentine. Ini adalah fakta yg memang disebarkan kepada umum terutama sekali umat Islam seluruh dunia. (tak kira lah Malaysia, Brunei or Singapore or kt mane2 aje lah) - Yang celik IT boleh selongkar.
*End of nasihat kecil.

Okeh... tadi haku bukak nuffnang haku & haku kaji2 sikit data2 yg diberikan. Sungguh kagum + hairan + ajaib bile haku nampak benda di bawah ini:





Soalan:
1. @15 mendapat siaran di Taiwan kah? Haku takkan tanye sbb ape US & UAE pun ade sebab haku tau siapa yg bukak blog ini dari sana.
2. Siapakah chatter @15 yg sedang bercuti di Taiwan or adakah warga Taiwan sendiri yg bukak blog haku ni?
3. Or adakah Nuffnang admin memang base di Taiwan.
4. Kenapa haku x tanya pasal Singapore?

Sekian soalan. Cuba anda rungkaikan "curiosity" ini.

Tuesday, February 10, 2009

AF Kembali

Assalamualaikum wbt.
Captain's Log 10th February 2009 ... (again?)

Saje haku post kt sini pasal info terbaru AF7... kot2 ade yg x sempat tengok @15 ke.. mane tau kot2 promo kt sana laju sangat keluarnye ke... or maybe ade yg mengadap blog haku lebih dahulu drpd mengadap @15. Ni info terbaru masih panas baru keluar dari ladang...
Pengacara AF7:

Akademi Fantasia musim ke 7 membawa kembali AC Mizal sebagai pengacara untuk Konsert Mingguan rancangan realiti sensasi kegemaran ramai ini.
Akademi Fantasia musim ke 7 sekali lagi menampilkan Sarimah sebagai pengacara Diari AF7. Beliau juga akan bertindak sebagai pengacara untuk Tirai Akademi Fantasia musim ke - 7.
Tenaga Pengajar:
Syafizawati Shariff atau lebih dikenali sebagai Cikgu Syafi telah ditugaskan untuk mengajar Vokal Teknikal para pelajar AF7.
Siti Hajar Ismail akan berkongsi ilmunya dengan para pelajar AF7 selaku Guru Vokal Persembahan.
Fatimah Abu Bakar masih kekal sebagai tenaga pengajar di Akademi Fantasia akan berkhidmat sebagai Guru Motivasi dan Bahasa Inggeris.


Ida Nerina adalah merupakan tenaga pengajar yang baru di Akademi Fantasia. Beliau akan berkhidmat sebagai Guru Lakonan.


Hashridz Murshim atau lebih dikenali dengan nama Acis juga antara wajah baru di Akademi Fantasia. Beliau telah ditugaskan sebagai Pengarah Muzik.

Buat julung-julung kalinya Akademi Fantasia memperkenalkan A.Aris Kadir yang akan berkhidmat sebagai Guru Tari dan Pereka Tari untuk musim ke 7 ini.
So, setakat info yg ade ni.. haku x nampak lagi kelainan yg cuba disampaikan dalam AF7 ni.. selain drpd gambar promo cikgu Siti Hajar yg nampak LAIN ialah beliau nampak lebih muda pulak. hahaa.

MOVIE MANIA part 2

Assalamualaikum wbt.

Captain's Log 10th February 2008.

Haku x nak involve sangat pasal politik2 ni. Sebab haku rase, haku belum layak menyuarakan ape2 lagi pasal politik. Cukuplah pasal politik2 sukan masa kt U dulu, politik tempat kerja skang. So haku xnak involvekan komen haku pasal politik negara. Maybe umor antara faktor penyebab; sebab maybe jugak politik hanya untuk orang2 tua. Org2 muda yg involve politik boleh dianggap laa sebagai berfikiran tua, & maybe jugak ini hanya pendapat haku hanya pada masa sekarang. Sebab tatau la kot2 kalo haku jadi ahli politik akan datang. Siapa tahu.

Post kali, haku nak REKOMEN pasal movie yg haku tengok. Haku akan cuba rekemen movie2 utk anda semua sekerap mungkin selepas haku tengok tu. Sebab dalam x sedar, rupenye haku ni jenis kaki tengok movie gak. Tapi tgk kt rumah aje lah. Seperti yg haku bagitau di post sebelum2 ini.

Ni satu movie yg haku baru tengok aritu. Kalo siapa dah tengok, so x payah laa haku rekemen lagi. Yg belum tengok, sila sasarkan Program Wajib Tayang di DVD Player & Home Teater anda.



Tajuk filem: Flash Of Genius

Sesuai utk tontonan seisi keluarga, Sesuai utk tontonan student2 law or undang2. Sebuah kisah benar berkenaan product patent, perjuangan & hak.

Rating IMDB.com: 6.8/10

p/s: Soalan: Banyak post dalam blog dikira sebagai takde life ke, or jarang post dalam blog dikira sebagai takde life???

Sunday, February 8, 2009

Observe, Measure, Identify

Assalamualaikum Wbt.

Captain's Log 8th February 2009...

Nuffnang bukanlah sejenis buah pinang, tapi mungkin untuk orang2 yg dah bertunang. Macam pantun ler pulak. Haku cuma nak bagitau yg haku sedang menguji keberkesanan nya.

Ketidak berkesanan Google Adsense menyebabkan haku berpaling arah. Haku kire2 balik (bukan lah maknanye haku mengira menggunakan kelkulator, hanya bace je ape stats yg google provide), utk tempoh hampir setahun memblog ni, hasil dari Google Adsense hanyalah US Dollar 3.65 bersamaan dengan Ringgit Malaysia (yg ni kene guna kalkulator) 13.14. Jumlah minimum utk pengeluaran adalah US Dollar 100. Berbanding Nuffnang hanya memerlukan Rm50 utk pengeluaran cek minimum. Maybe haku nak kene adjust Metatag la kot. (Utk mereka yg naif yg mungkin memerlukan penerangan dari org yg naif juga, metatag ialah sebijik macam Metacafe)

Namun ku punya hati, haku tidak benar2 fokus buat duit menggunakan blog. Cuma konsep Try & Error di samping semangat ingin mencoba, haku buat aje lah.

Untung sabut timbul, untung batu tenggelam, untung tahi tenggelam tenggelam timbul.

Operasi tangkap - tanda - lepas & tangkap semula ini telah pun bermula semalam dengan haku sendiri dapat melihat iklan Milo di blog haku. Seperti biasa, operasi ini tidak akan berjaya mendapat result yg sempurna jika anda tidak klik pada iklan2 yg mungkin muncul secara tiba2 di blog haku nnt.

Selamat mencoba!

Saturday, February 7, 2009

FULLY AUTOMATIC

Assalamualaikum wbt.
Captain's Log 6th February 2009... (Sepatutnye haku update benda ni semalam, tapi x sempat).

CONGRATULASI!

Alhamdullilah... haku telah berjaya lulus exam yg haku amik aritu. Mintak2 x sia2 lah pelaburan yg haku buat selama ini. Oleh itu,

Secara otomatiknya...

Haku kene stadi lebih lagi utk mengharungi benda2 baru. Dan...

Secara otomatiknya...

Haku kene cepat2 bertindak merebut segala jenis peluang yg ada. So,

Secara otomatiknya...

Haku kene update resume & sijil2 haku cepat2, pegi amik sijil cepat2... Supaya

Secara otomatiknya...

Penyebaran cv haku menjadi lebih cepat, effisyen & meluas. Kabel lebih yakin & konfiden... Dan

Secara otomatiknya...

Peluang untuk mencuba bidang baru lebih besar... Moga2

Secara otomatiknya...

Haku boleh bercakap seperti apa yg "Iron Man" cakap masa mula2 belajar terbang...


p/s: woitt AdjUst & Dehe... Azab haku dah lepas... Takkan nak biar haku jalan sorang2???

Thursday, February 5, 2009

BACK TO BASIC

Assalamualaikum Wbt.

Captain's Log 5th February 2009... (2nd post of the month)

Back to basic? ye, post kali ni khas utk Chatters2 @15 sahaja. Tahukah anda bahawa selepas sahaja anda mendaftar nick & chat di @15, otomatik anda mendapat gelaran "cetez" ? (bukan cetiz sebab ia lebih kepada ceti kutip hutang)

Mod @15 skang ni dah kurang, bukan kurang ajar tapi hampir kurang upaya nak layan mesej2 yg tidak perlu di @15 tu. Contoh2 mesej yg tidak perlu, tapi kami layan pun xpe & dalam masa yg sama meningkatkan lagi tahap ketepuan otak kami adalah seperti berikut:

  • Abg Pesal, Boleh tak ajar saya cara nak hantar MMS besar?
  • CikKipas, mcm manew nak pvt chat?
  • Kacoi, i dah hantar MMS tapi x dapat reply pun. i guna Celcom. I jurusan bisnes.
  • akak Qen, itew dah antaw pvt kt akak Qen napew taqs balash? sumbunk la akak Qen nieyp!
  • aKaK cEm nApe aKaK kAte x PaHam sAyE tUliS apeW? aKaK cEm x WeTi bAcE keW?

Haa.. yg tu baru sikit. Bayangkan 12 jam mengadap benda2 ni. Bukan nak merungut, dah memang kerja kami pun. Sebab tu jugak lah benda ni menjadi salah satu benda yg haku nak post kali ni.

Walopon maybe mesej2 yg banyak mendatangkan keuntungan, then again, apakah yg kita carik? kuantiti or kualiti or kuali ? Cetez2 yg rajin bace blog ni boleh laa khabar2 kan pada member2 chat yg lain. Anggap penulisan seterusnya sebagai education purpose or utk tujuan pembelajaran.

Okay sila lihat Gambarajah 3.1 di bawah ini:

Okay secara khususnye, @15 (cenel 109 ASTRO) terbahagi kepada 4 panel utk tatapan anda seisi keluarga. Abaikan yg no.1 tu sebab itu adalah logo yg mmg tertera menandakan anda sedang mengadap @15. Mengenai latar belakang or design pula, benda tu dinamakan SKIN (bukan skinhead or siKINzir) yg akan bertukar2 konsep mengikut keadaan semasa or event2 Astro. (contoh nye skang ni guna skin Raja Lawak.

4 panel yg ada kt @15 tadi haku dah tandakan sebagai 2, 3, 4 & 5 seperti berikut:
  • 2 - Yg ni dinamakan Banner (bukan David Banner). Ia lebih kepada ruang iklan or instruction kepada iklan tersebut. Iklan akan bertukar-tukar dari masa ke semasa. Kalo korang rajin, korang kire laa iklan tu bertukar setiap berapa saat? Hadiah menarik menanti pemenang bertuah.
  • 3 - Yg ni pulak video panel. Kalo takde video panel ni, boleh dikatakan kitorang akan mati jugak ler. Selain mendapat hiburan secara terus (drama, konsert dan sebagainya), benda ni berfungsi memberi idea utk chatting. Video panel ni boleh dikatakan sebagai penyelamat jika otak moderator tidak berfungsi dengan sempurna. Cetez2 yg bosan dengan kemandoman (perkataan asal: mandom) kapet @15, boleh laa layan cerita2 yg ade kt sini. Cuma kekurangan video panel ini ialah dimension yg kecil berbanding saiz sebenar tv anda.
  • 4 - Di bahagian selatan sikit ni, yg ni dinamakan Info Panel yg juga berfungsi sebagai ruang iklan. Please la kalau ade masa, bace laa info2 yg ade kt sini. Sbb kadang2 haku terasa nak luku aje kepala yg tanye "Bang pesal, cemane nak antar MMS poster?". Memang haku boleh jawab, tapi haku nak luku kepala ko dulu boleh tak? Kt info panel tu ade instruction yg akan keluar secara rotation ttg bagaimana nak antar MMS, nak chat guna emoticon & sebagainye. Yg haku x paham, sepatutnye cetez yg bijak, diorang akan carik jalan sebaik mungkin utk menjimatkan duit dorang drpd bertanya kan soalan2 yg x perlu. Tapi haku paham laa kalau ade yg kaye sangat tp x reti nak sembang. So, subjek bertanyakan info2 menjadi modal pemula bicara. tapi siyes la haku malas nak jawab!
  • 5 - Kt sini lah ibukota sebenar @15. Kalau lah setiap text mengeluarkan suara, ade mcm kt pasar rasa nye. Yg ni dinamakan Chat Panel. Jangan tanye haku kenapa semua text tu naik ke atas, kenapa x turun ke bawah? Chat panel @15 haku rase adalah yg terbaik sebab dibuat secara menegak, bukan senget2 mcm sesetengah chat panel tv lain & mempunyai kapasiti mengeluarkan beberapa nickname pada satu mase (bukan mcm Chat panel Sun Music; keluar sebijik2). Dekat chat panel ni la tpt setiap mesej anda yg dihantar dikeluarkan setelah DITAPIS oleh lembaga penapisan yg berkaliber. Tapi kalau ada perkataan yg anda rasa tidak patut dilepaskan, maybe itu adalah human error. Bayangkan kalo 100,000 mesej yg ditapis, 1 terlepas mengandungi perkataan yg tidak perlu, kire ok laa tu. Human error cannot be avoided. Accident happen. Shit happen. So, kalau anda perasan berlaku, buat2 x nampak sudah ler.. haha
Diharap penerangan di atas sudah cukup utk menjadikan anda cetez yg BIJAK, ALERT & GAYA MUTU KEUNGGULAN. Kalo org kata kt haku, "Benak betul laa ngko ni" - kompem haku marah sebab haku bukan benak betul, haku benak buat2. Perkara yg sama juga utk anda cetez2 @15. Jadi manusia bijak, jangan jadi "bijok". Sebab org klate kata "bijok natey ni Jahar" - So, bijok tu utk binatang.

Sekian dulu, kalo ade lagi tips2 menarik, haku post lain pulak.

Wednesday, February 4, 2009

SHARING WHEN YOU'RE BORING...

Assalamualaikum wbt.
Captain's log 4th February 2009... (tak perlu haku menyambut Valentine's Day lagi 10 hari kan?)
Utk post kali ni, nak cite serba sedikit pasal movie2 yg haku dah layan & tengah layan utk beberapa ketika ni. Result exam masih belum kuar menyebabkan haku terasa seperti perlu mengisi beberapa ruang kosong, dengan menonton wayang gambar di rumah tanpa perlu membayar tiket.
Lagi2 sejak dah guna torrent (walopon dah lama guna, tp baru tau cara setting utk donlod dengan laju; dengan cara sebenar), so makin rancak lah aktiviti mendonlod movie2 dari sumber2 yg dkenal pasti ni. Walopon mungkin sesetengah org menganggap ini adalah sama juga seperti menyokong piracy, well it's very effective n cost nothing at all, except for the monthly streamyx payment.
Kat bawah ni movie2 yg haku dah donlod & tonton (bukan dalam erti kata Sabah / Sarawak), yg bersesuaian dengan mata & kepala otak haku sendiri & haku recommend korang tgk laa. Bagi korang, tatau laa pulak best ke tidak. Tapi semua movie2 kt bawah dapat rating lebih dari 6/10 di imdb.com. Utk yg biasa guna torrent, boleh carik di mininova, piratebay or mane2 web yg provide torrent seumpamanya.




Yg 3 di atas, Pride & Glory, RockNRolla & Body of Lies - Haku dah tgk.
Mirrors tu belum tgk lagi... maybe malam ni laa haku tgk kot. Ada lagi movie2 lain yg haku donlod seperti Budak Kelantan & Senario Episod 1, tp takkan laa haku nak rekomen korang tgk gak kot. Maybe haku akan rekomen kalo keadaan tersebut membenarkan haku bersedia utk kene maki. hahaa
Selain tu, ada jugak movie2 yg haku dah donlod & tengok tapi mendapat makian ikhlas dari haku; The Day The Earth Stood Still 2008. Korang jgn laa donlod or beli dvd pirate nye... menyesal x sudah nnt. Mungkin Hollywood dah kekeringan idea kot.

Haku nak cite pasal tv series yg haku layan setiap minggu, tp mcm malas ler pulak nk menaip nye. lain kali aje ler..
Haku x sempat pegi Astro Fest aritu, so xde bahan haku nk cite or gambarkan tentang Astro Fest mase 1 feb aritu, kecuali haku juga berjaya mendapatkan Jaket Astro percuma seperti staff2 lain. Jaket tersebut amat sesuai utk aktiviti rempit di kala hujan.
Nanti haku cite lagi benda lain pulak... banyak benda boleh dijadikan cerita, tp skang ni tangan haku tgh menggeletar sebab lapar. Jadi aktiviti menaip tidak dapat dilaksanakan dengan lancar.
Sekian dulu