Showing posts with label Futsal. Show all posts
Showing posts with label Futsal. Show all posts

Sunday, June 21, 2009

FUTSAL MIX KAMPUNG STYLE

Assalamualaikum wbt.
.
Captain's Log 20th June 2009 (Happy Fathers' Day esok)
.
Sedikit update... hari yg meletihkan hari ni. Nak cite sikit aje pasal Acara Futsal Mix yg haku & rakan2 join hari ni. Ketika aku menaip ni, haku sedang melalui 3/4 drpd time frame Keletihan aku.
Semua nya bermula:
Hari Jumaat 19th (1900 - 0700) - Keje
Hari Sabtu 20th (0800 - 1100) - Balik dari keje terus tido
Hari Sabtu 20th (1300 - 1800) - Main Futsal Mix Tournament ni
Hari Sabtu 20th (1900 - 0700) - Keje.
*Sekejap lagi haku flat ler ni.. hahaa
.
Korang pernah main futsal pakai kain sarung? Yang tak penah main futsal langsung, takyah jawab. kompem x penah. So department kami telah dijemput utk menjayakan program Futsal Mix Kampung Style, bertempat di The Challenger, Taman Connaught Cheras, yg dianjurkan oleh geng2 Call Center (haku pun x pasti laa ape nama penuh nye, tp dept customer service laa haku rase). So setelah dipersetujui, kami telah menghantar 2 team; 1 team Kampung Dusun (team aku) & 1 lagi team Billa (geng2 macha). utk semua sekali, tournament ini berjaya mengumpulkan 10 team dari kalangan staff astro, & mewajibkan setiap pemain memakai kain sarung ketika bermain. Lelaki pakai kain pelikat, pompuan pakai kain batik.
*Tapi ade gak macha yg taktau bezakan kain batik dengan kain pelikat.. hahaa.. maybe dia main rembat aje kain jiran sebelah rumah.
.
Fokus kt team Kampung Dusun:
Line up - Pesal (defender/tengah), MaikelOwan(tengah/penyerang), abgKEMAT(goalkeeper/penyerang), Epa(defender), Watie(penyerang) & kak Mazani(penyerang-player import dr Pahang).
.
Kami berjaya melangkah ke Semi-Final, tapi apakan daya, dengan keputusan seri 1-1 & penalti pun seri 3-3, kami kalah pada acara LAMBUNG SYILING.
.
Apa2 pun utk penentuan tpt ke-3 & ke-4, kami berjaya membelasah team lawan dengan skor 11-1, menjadikan kami pemenang mutlak tempat ke-3.
.
Syabas kepada player2 team Kampung Dusun!!!
.
.

.
.
.
Utk gambar2 ketika acara penyampaian hadiah, maybe akan masuk majalah The Content nnt. Tunggu aje laa.. x sempat nak amik gambar bebanyak sebab pokus kt game aje..
.
.
Majulah Sukan Utk Kampung Anda.
.
.

Monday, May 25, 2009

UTP Alumni Event

Assalamualaikum wbt.
.
Captain's Log 24th May 2009.
.
UTP Alumni Futsal Tournament 2009
.
Venue: Kelab Komuniti, Cyberjaya
Date: 23 May 2009
.

Team: Bawah Tangga A
Berdiri dari kiri: Shan, Pesal, Adi & Tungkai
Depan dari kiri: Farid, Husin & Syuk.
.
Pencapaian - Tempat ke-3 keseluruhan.
.
Buat julung kalinya, UTP Alumni organize futsal tournament & 10 team telah berjaya dikumpulkan utk menyertai tonemen ni. Selepas lebih 5 tahun, team bola Bawah Tangga berjaya jugak disatukan kembali. Bravo!
.
p/s: Anda boleh lihat gambar2 peserta lain juga yg menghiasi gambar di atas. kenal? hahaa
.