Wednesday, February 25, 2009
Bila Lelaki Membebel, The Mantra Sastra kata Life Is Cantik.
16 Komen Ikhlas Just My Point of View PeXXaL Pada 10:02:00 PMAssalamualaikum wbt
Captain's Log 25th February 2009 - Hari ni hari gaji ke?
Haku nak marah ni!... Ko dah laa lambat! pastu kalo bab makan, ngko laa yg mula2 sekali simpan. Pastu bila nak keluar makanan tu, ngko laa yg paling susah nak kuar. Ko ingat ko duduk ujung2 tu dah selamat ker? Walopon ngko selubung sikit, haku bleh nampak le.. sekilas cermin, sekilas ikan di air ke, haku boleh nampak laa flaw yg ade kt ngko tu. Semalam ko buat haku sakit kepala. Satu hari haku pendam aje tau tak? Ape lagi ko nak? Nak sakitkan otak haku pulak? Nasib baik hari ni ngko ok sikit. Itu pun selepas haku kunyah2 singgam.
p/s: Gigi bongsu haku sakit gile semalam, dah berlubang. x leh pikir nak post ape semalam. ampeh. Teruskan berhujah di post sebelum ini.
p/s No. 2:Hari ni haku terjumpa blog ni... mungkin kah Amazing Hunt @15 2009 akan direalisasikan?
Labels: Corat Coret
Monday, February 23, 2009
(Luas jugak kt belakang ni)
.
Destinasi hari ni adalah kenduri kawen Widya Robetta a.k.a MoLoKo (ex-mod tahun 2004- skang masih bekerja di Astro) di Dewan Majlis Perbandaran Seremban. Jarak dari Equin Park kalo dikira dalam bentuk masa adalah sejam aje. Kitorang bertolak dalam pukul 12 lebih laa, supaya sampai kt sana ngam2 org tgh sanding & makan.
.
Maybe ade yg terlampau amik berat, akan bertanya,
"eh asik pegi kenduri orang aje, bile nak buat kenduri sendiri?",
"Asik amik berkat aje korang ni? x cukup2 lagi ke berkat nye?" ,
"korang mesti dah banyak idea utk majlis kawen korang nnt kan?"
.
So jawapan selamat haku senang aje, orang dah jemput datang kenduri tu, pegi aje ler. Bukan jauh sangat pun, makan pree lagi, boleh tangkap gambo. Kalo nak dikira jawapan utk soalan2 di atas, memang haku xkan pegi kenduri sampai bila2 laa sebelum haku kawen. Kalo haku x pegi kenduri orang, nanti sah sah ler org tak pegi kenduri haku. kan Janet kan kan kan ?
.
Kronikel of PESAL kata, "Nikmati gambar2 di bawah"
.
(Kt Dewan MPS ni, ade 2 bahagian sebenarnye. Ada satu lagi kenduri kt bahagian dewan 1 lagi. Kenduri org Pakistan. Maybe pengantin Pakistan tu datang ke situ menggunakan kereta dlm bentuk hadiah tu. maybe laa.. )
.
(Blogger tegar the-mantra-sastra yg sedang kelaparan laju menuju masuk ke dewan mendahului yg lain.)
.
Untuk gambar2 seterusnya, boleh terus klik sini: My Multiply
.
Balik daripada kenduri, kami bertiga telah diajak menikmati CENDOL LEMAN oleh MaikelOwan & the Geng. Sebabnya The Geng nya kata CENDOL LEMAN tu masuk TV3 semalam, so diorang nak try ler. MaikelOwan bagitau macam tempat CENDOL LEMAN tu dekat area2 bandar Seremban tu aje. Disebabkan Epa jadi driver, so keputusan ke tempat cendol itu haku serahkan kepadanya. Jam dah tunjuk pukul 2.30 ptg, pukul 7.00ptg kang nak masuk keje pulak. Haku follow aje sbb mcm best jugak makan cendol Leman yg diwar warkan tu.
.
Kami yg tak tahu jalan ke sana, follow aje lah geng2 diorang ni.
.
Operasi Cendol Leman bermula dengan:
- 4 kereta (A, B, C & D) keluar dari Dewan Majlis Perbandaran Seremban. (salah satunya kereta kami)
- 4 kereta singgah di Stesen Petronas Taman Tun Dr Ismail. (Ramai keluar melakukan aktiviti cuci perut, kami hanya tunggu dalam kereta)
- Dalam kesesakan lalu lintas & hujan lebat, 1 kereta (A) tersasar. 3 kereta (B, C & D) meneruskan perjalanan bersama.
- Masih lagi hujan lebat. Kami cuba menghubungi kereta yg tersasar itu. Selepas mendapat info, 1 kereta(B) meninggalkan kelompok 3 kereta tadi utk terus pergi ke Senawang (exit PLUS Senawang) kerana terasa spt 2 kereta (C & D) lagi tu taktau ape yg mereka buat & hilang punca.
- Kereta (A) yg mula2 tersasar tadi sesat & terperangkap dalam banjir di Taman NtahApeNtah.
- 2 kereta (C & D) yg ditinggalkan hilang tanpa kabar berita.
- Info yg diberikan: Cendol Leman berdekatan JPJ Senawang.
- Hujan masih lebat, kereta (B) di Senawang terus give-up sebab jam dah pukul 4 ptg. .
Kereta (B) bergerak pulang dalam kehujanan & ke"frust"an. Cendol Leman, kau tunggu... kami pasti datang!
.
p/s: AMARAN KERAS: Jangan tidor baring melintang di seat belakang kereta anda. Anda akan tergolek ke depan sekiranya driver membuat emejensi brake.
.
Labels: Corat Coret
Sunday, February 22, 2009
Assalamualaikum wbt.
Captain's Log 21th February 2009...
Amaran keras!!! utk pemain2 bolasepak, JACOB Weetameal tidak dapat menggantikan kehebatan Nasik; dari segi memberi tenaga kepada badan. (Macam hampeh je haku men bola kt PULAPOL petang tadi, lari sikit aje dah rase nak pengsan, perut lapar punye pasal sebab bangun2 tido aje terus pegi men bola. Baru laa haku paham kenapa ramai orang kata pemain bolasepak Malaysia main bola macam tak makan nasik.)
Tapi itu cuma mukadimah sahaja.
Post kali ni haku nak cite pasal 2 benda yg org pandang kt haku.. rasa nya la. Berikut adalah dialog2 yg pernah haku dengar sendiri, or dengar drpd orang lain:
Wanita A: Eh garang nye...
Wanita B: Senyum laa sikit. Seriusnya muka. Tu akak dah letak harga murah tu. Kalau mahal tatau cemane mukanya.
Wanita C: Hari ni kerja dengan PESAL. Dia memang garang...
Lelaki D: Weii hari tu *** kata ngko kedekut ilmu pasal tak ajar dia buat promo MMSX tu.
Wanita E: Taknak lah tanya PESAL, dia kedekut ilmu.
Lelaki F: So, u dah tau semua benda teknikal tu, u simpan sendiri laa?
Dialog2 di atas cukup sahaja utk menggambar pandangan org lain terhadap haku.
.
Garang & Kedekut Ilmu ?
.
Mengapa haku nampak garang agaknye:
- Maybe sebab keturunan.. arwah atok haku memang garang & tegas. Arwah bapak haku pun memang terkenal kt kampung sebagai seorang yg garang gak. Even member2 sekolah haku masa haku kecik2 dulu cukup takut dengan bapak haku. Arwah bapak haku tukang kebun sekolah aje dulu. Setiap kali mak bapak anto anak2 diorang masuk darjah 1, diorag x suruh cikgu2 tolong tengokkan anak diorang, diorang akan suruh arwah bapak haku ajor sikit mane2 budak yg x dengar cakap cikgu.
- Tegas - Ramai org kenpius antara ketegasan & kegarangan.
- Sebab muka haku memang nampak garang kot. Belum haku jegil mata lagi tu. Tapi ade gak sesetengah org, buat la muka garang cemane pun, tak nampak pun garang nye.
- Kalo haku tersenyum sepanjang masa kang, orang kata haku gile pulak.
"ape tengok2 ? x puas ati? nak kena?"
Kesimpulan: Siapa yg kata haku garang tu, x kenal haku lagi laa tu. itu aje.
.
Mengapa agaknye orang kata haku kedekut ilmu?
- Haku pun tatau kenapa org kata haku kedekut ilmu. Bagi haku, cara belajar paling efficient, kene try & error sendiri2. Kalau tak tahu, baru tanya. Pastu muka tu nak kena laa nampak mcm nak betul2 belajar kan.
- Maybe sebab haku bukan seorang pengajar yg bagus. Sebab tu haku x jadi cikgu kot.
- Haku x paham gak apsal org kata haku kedekut ilmu, padahal bukannye banyak sangat ilmu haku.
- Eh... siapa sebenornye yg kata haku kedekut ilmu ni ??? cisss !!...
Soalan Terkumpul Untuk Minggu Ini:
.
Siapakah Wanita A, Wanita B, Wanita C, Lelaki D, Wanita E & Lelaki F ?
.Sila hantarkan penyertaan anda di bahagian komen di bawah.
Labels: Corat Coret
Thursday, February 19, 2009
Assalamualaikum Wbt.
.
Captain's Log 19th February 2009 (Misi memakan burger Oblong telah tercapai selepas 2 hari kempunan nak beli)
.
Sebenarnye haku bukanlah fanatik or hardcore makan burger sangat. Tapi setiap Tahun Baru Cina, ade prosperity burger kt McD, memang haku akan beli. Tapi tahun ni aku kurang beli Prosperity burger sebab harga satu set meal nak dekat RM20!. Sama harga mcm haku makan nasik putih + ikan kembung masak pedas + tomyam ayam + kangkung belacan + telur dadar + air sirap. So adakah berbaloi utk haku mengorbankan duit haku semata2 utk memakan sekeping burger prosperity + kentang goreng + air oren berkarbonat ?
.
Atas sebab lain pulak, McD tu Israel. X kira laa dia sumbang seposen ke 2 posen ke. Janji haku dapat mengurangkan jumlah duit diorang nak beli peluru2 penembus tubuh org Islam. (Walopon haku sedar maybe sistem Windows yg haku pakai ni ade kene mengena dengan Israel gak). Boikot sikit pun kire boikot gak kan.
.
So, utk melampiaskan nafsu makan burger haku tu, ditambah pulak dengan cite mamat ni yg kata Oblong burger tu mcm burger prosperity & adalah produk tempatan; haku berasa perlu utk haku menyuapkan secebis burger tersebut di mulut ku, akan ku kunyah perlahan2 dengan penuh nikmat sambil mendengar alunan muzik Butterfingers (Mati Hidup Kembali). Daripada ape yg haku penah dengar pulak, Oblong burger ni kirenye mcm produk tempatan mcm brand Ramly, Purnama burger, Otai burger; cuma yg ni kire latest laa yg bernama Oblong.
.
Selepas berhempas pulas selama 2 hari (2 hari yg lepas, setiap kali haku pegi je gerai tu, dia dah tutup), akhirnya burger tersebut berjaya dibeli dengan jayanya masa balik dari kerja tadi. Ternyata haku menjadi pelanggan pertama gerai burger tersebut. Kali ni haku x cuba utk memanggil brader tu "abang" untuk mengelakkan konflik pemikiran yg berlaku di entry sebelum ini.
.
Haku cuma cakap,"Burger Oblong Daging 1!"
.
- Harga seketul burger oblong daging cuma RM3.50 ... Jauh lebih murah drpd burger prosperity McD. Kenapa bayar lebih ?
.
Nikmati lah gambar2 di pasar... eh silap, di bawah.
.
(pandangan depan: Perhatikan sos2 black pepper yg melimpah ruah di samping letusan mayonis di celah2 timun itu)
.
(Pandangan corner: Cebisan bawang besar jugak tidak segan silu menunjukkan dirinya)
.
Korang cium bau aje lah ye... tapi bau yg ade pun bau skrin monitor korang aje lah.
.
Hint: Lokasi Gerai Burger ini adalah di depan Apartment Cemara Equin Park. Jarak dari rumah haku = 2 pelaung sahaja.
.
(Gambar X-Ray yg diambil menggunakan senapang elektron ke atas perut haku selepas proses Suap-Telan-Hadam berlaku)
.
p/s: Aku kembali berasa lapar bila mana post ini sedang ditulis.
.
Labels: Corat Coret
Assalamualaikum wbt
Captain's Log 18th February 2009
Haku baru balik dari men futsal & badminton. Mungkin inilah yg dikatakan Lelah Semu Semata. Letih gilak.
Burger Oblong tutup lagi. 2 hari dah haku kempunan makan burger Oblong. Haku tatau laa sedap ke tak burger Oblong tu sebab ade org kata rupenye mcm burger prosperity McD. Tak payah beli kt McD sbb Israel. Org melayu pun bleh buat burger ala2 prosperity.
Haku meneruskan perjalanan mencari burger di tempat lain pulak. Destinasi Amy Seafood (kedai T.B) menjadi pilihan. Ade gerai burger kt tepi kedai tu.
Seorang brader jual burger memakai cap bertanya pada haku.
Brader Jual Burger: Ye bang nak burger ape?
Haku: Bang, bagi burger ayam special 1, burger daging 1. (haku x makan malam lagi. Siang tadi pukul 6.30 tu haku makan Yong Tau Fu tu dikire sebagai makan tgh hari)
(Haku tunggu dalam 6 minit setengah)
Haku: Berapa bang?
Brader Jual Burger: Semua sekali RM4.50.
(Haku bagi duit RM5, dia pulangkan balik 50sen kt haku seraya berkata)
Brader Jual Burger: Terima kasih bang.
(Haku lantas mengambil duit baki & terus berlalu sambil tiba2 terpikir)
Haku panggil dia abang, dia panggil haku abang gak. Hampehh, dua2 taknak mengaku tua.
Labels: Corat Coret
Wednesday, February 18, 2009
Mungkin jika haku juga adalah dari spesis bajewak, haku akan main futsal mix kt Gelanggang Futsal Astro start dari pkl 8 sampai kul 10, pastu terus main badminton pukul 10 sampai pukul 12. Maybe haku akan dapat anugerah Olahragawan sekali lagi selepas itu.
Labels: Corat Coret
Tuesday, February 17, 2009
Assalamualaikum wbt.
Captain's Log 16th February 2009 (Post khas utk kaki2 bola & kaki tengok bola especially EPL)
*Benda ni sepatutnye haku dah post lama dulu. 2 tahun lepas sepatutnye. Tapi skang ni kire ok jugak lah utk ditulis semula memandangkan saingan liga semakin sengit & hampir sampai ke penghujung.
Untuk mereka yg sedang blur tentang post ape yg haku tulis ni, benda ni adalah FANTASY FOOTBALL. We create a team of 11 players playing in EPL (real time), if the players play games, score goal, make any assist or just dancing on the outfield, dengan sistem pemarkahan yg ditetapkan, anda mungkin akan mendapat point. Tapi utk @15 league ni, kami menggunakan base Yahoo! Fantasy Football (antara sebabnya geng2 kitorang dah lama guna benda ni & sangat seronok). Fantasy football @15 ni juga dijalankan secara underground, unofficial & tiada apa2 sumbangan dari pihak pengurusan @15. Harap maklum.
Okay, @15 EPL Managers League ni dah masuk tahun ke-2 dah pun. Tahun pertama (season 2007/2008) adalah try & error or percubaan di mana tiada hadiah ditawarkan kerana tiada sponsor, sekadar bermain utk kebanggaan diri sendiri, utk rekod peribadi & salah satu topik perbualan perjumpaan rakan2 chat lelaki. Akan tetapi, dengan penyertaan PERCUMA, 50 kuota team utk liga tersebut telah pantas dipenuhi oleh 50 org chatters @15. (ya betul, limit utk liga ini hanyalah 50 team sahaja).
Syarat2 pertandingan adalah sangat mudah:
- Mempunyai nickname di @15.
- Ada akaun Yahoo! mail.
- Memang layan bola terutamanya EPL.
- Akan mengaktifkan diri sepanjang musim.
Selain Just for Fun, benda ni juga:
- Mengeratkan hubungan sesama kaki bola @15
- Menambahkan pengetahuan mengenai EPL.
- Supaya ada tujuan sikit laa kalo tengok EPL match kt TV tu, takde la main tengok aje.
- Menguntungkan tokey2 Cyber Cafe - Ada sesetengah "manager" yg sanggup menghabiskan masa berjam-jam di CC semata2 nak tukar sorang player je.
- Menambahkan KECELIKAN IT (Celik IT).
- Dan lain2 - korang tambah laa sendiri.
So yg menariknya utk season 2008/2009 ni - ada hadiah disediakan. Chatters @15 memang ramai yg pemurah. Anda cuma perlu cadangkan sesuatu yg menarik minat mereka & mereka akan terus menunjukkan minat utk membantu. Utk tahun ini, 2 sponsor yg terlibat terdiri drpd saudara JUANZ & juga Sindiket Perkapalan The Abdul. Sepanjang season ini yg hampir memasuki 3rd quater, @15 League juga dgn pantasnye memenuhi kuota 50 team yg ditetapkan, dengan saingan sengit merebut hadiah2 berikut:
JOHAN
1 Night stay for TWO at Hotel Singgahsana PJ. (breakfast included)
Naib Johan
Dinner for TWO at Hotel Singgahsana PJ.
*Inilah sahaja current event @15 yg melibatkan chatters2 @15. Event2 rasmi mcm tahun2 lepas seperti bowling, futsal, treasure hunt & sebagainya; utk tahun ni, haku tatau ler lagi ade ke tak. Kalau ada pun maybe laa event2 underground anjuran chatters2 sendiri kan. Siapa yg nak organize?
Seorang mod pernah berkata, @15 bukan event management company.
Sekian majulah sukan untuk negara Malaysia berasaskan UK. Akan datang maybe ade blog khas utk membincangkan tips & komen tentang fantasy football @15 ni. (Ada siapa2 yg nak book utk 3rd season pulak?)
Labels: Channel 15 Event
Saturday, February 14, 2009
Assalamualaikum Wbt.
Captain's Log 14th February 2009
(valentine's day pun ko keje ke? ye laa sebab haku x sambut laaa.. Haku tanye, haku jawab sendiri)
Nasihat kecil:
Merujuk kepada dialog diri sendiri di atas, memang hampir semua org tahu yg kita sebagai umat Islam x elok woo sambut Valentine. Ini adalah fakta yg memang disebarkan kepada umum terutama sekali umat Islam seluruh dunia. (tak kira lah Malaysia, Brunei or Singapore or kt mane2 aje lah) - Yang celik IT boleh selongkar.
*End of nasihat kecil.
Okeh... tadi haku bukak nuffnang haku & haku kaji2 sikit data2 yg diberikan. Sungguh kagum + hairan + ajaib bile haku nampak benda di bawah ini:
Soalan:
1. @15 mendapat siaran di Taiwan kah? Haku takkan tanye sbb ape US & UAE pun ade sebab haku tau siapa yg bukak blog ini dari sana.
2. Siapakah chatter @15 yg sedang bercuti di Taiwan or adakah warga Taiwan sendiri yg bukak blog haku ni?
3. Or adakah Nuffnang admin memang base di Taiwan.
4. Kenapa haku x tanya pasal Singapore?
Sekian soalan. Cuba anda rungkaikan "curiosity" ini.
Labels: Nuffnang
Tuesday, February 10, 2009
Ida Nerina adalah merupakan tenaga pengajar yang baru di Akademi Fantasia. Beliau akan berkhidmat sebagai Guru Lakonan.
Hashridz Murshim atau lebih dikenali dengan nama Acis juga antara wajah baru di Akademi Fantasia. Beliau telah ditugaskan sebagai Pengarah Muzik.
Labels: AF7
Assalamualaikum wbt.
Captain's Log 10th February 2008.
Haku x nak involve sangat pasal politik2 ni. Sebab haku rase, haku belum layak menyuarakan ape2 lagi pasal politik. Cukuplah pasal politik2 sukan masa kt U dulu, politik tempat kerja skang. So haku xnak involvekan komen haku pasal politik negara. Maybe umor antara faktor penyebab; sebab maybe jugak politik hanya untuk orang2 tua. Org2 muda yg involve politik boleh dianggap laa sebagai berfikiran tua, & maybe jugak ini hanya pendapat haku hanya pada masa sekarang. Sebab tatau la kot2 kalo haku jadi ahli politik akan datang. Siapa tahu.
Post kali, haku nak REKOMEN pasal movie yg haku tengok. Haku akan cuba rekemen movie2 utk anda semua sekerap mungkin selepas haku tengok tu. Sebab dalam x sedar, rupenye haku ni jenis kaki tengok movie gak. Tapi tgk kt rumah aje lah. Seperti yg haku bagitau di post sebelum2 ini.
Ni satu movie yg haku baru tengok aritu. Kalo siapa dah tengok, so x payah laa haku rekemen lagi. Yg belum tengok, sila sasarkan Program Wajib Tayang di DVD Player & Home Teater anda.
Tajuk filem: Flash Of Genius
Sesuai utk tontonan seisi keluarga, Sesuai utk tontonan student2 law or undang2. Sebuah kisah benar berkenaan product patent, perjuangan & hak.
Rating IMDB.com: 6.8/10
p/s: Soalan: Banyak post dalam blog dikira sebagai takde life ke, or jarang post dalam blog dikira sebagai takde life???
Labels: MOVIE MANIA
Sunday, February 8, 2009
Assalamualaikum Wbt.
Captain's Log 8th February 2009...
Nuffnang bukanlah sejenis buah pinang, tapi mungkin untuk orang2 yg dah bertunang. Macam pantun ler pulak. Haku cuma nak bagitau yg haku sedang menguji keberkesanan nya.
Ketidak berkesanan Google Adsense menyebabkan haku berpaling arah. Haku kire2 balik (bukan lah maknanye haku mengira menggunakan kelkulator, hanya bace je ape stats yg google provide), utk tempoh hampir setahun memblog ni, hasil dari Google Adsense hanyalah US Dollar 3.65 bersamaan dengan Ringgit Malaysia (yg ni kene guna kalkulator) 13.14. Jumlah minimum utk pengeluaran adalah US Dollar 100. Berbanding Nuffnang hanya memerlukan Rm50 utk pengeluaran cek minimum. Maybe haku nak kene adjust Metatag la kot. (Utk mereka yg naif yg mungkin memerlukan penerangan dari org yg naif juga, metatag ialah sebijik macam Metacafe)
Namun ku punya hati, haku tidak benar2 fokus buat duit menggunakan blog. Cuma konsep Try & Error di samping semangat ingin mencoba, haku buat aje lah.
Untung sabut timbul, untung batu tenggelam, untung tahi tenggelam tenggelam timbul.
Operasi tangkap - tanda - lepas & tangkap semula ini telah pun bermula semalam dengan haku sendiri dapat melihat iklan Milo di blog haku. Seperti biasa, operasi ini tidak akan berjaya mendapat result yg sempurna jika anda tidak klik pada iklan2 yg mungkin muncul secara tiba2 di blog haku nnt.
Selamat mencoba!
Labels: Tips
Saturday, February 7, 2009
Alhamdullilah... haku telah berjaya lulus exam yg haku amik aritu. Mintak2 x sia2 lah pelaburan yg haku buat selama ini. Oleh itu,
Secara otomatiknya...
Haku kene stadi lebih lagi utk mengharungi benda2 baru. Dan...
Secara otomatiknya...
Haku kene cepat2 bertindak merebut segala jenis peluang yg ada. So,
Secara otomatiknya...
Haku kene update resume & sijil2 haku cepat2, pegi amik sijil cepat2... Supaya
Secara otomatiknya...
Penyebaran cv haku menjadi lebih cepat, effisyen & meluas. Kabel lebih yakin & konfiden... Dan
Secara otomatiknya...
Peluang untuk mencuba bidang baru lebih besar... Moga2
Secara otomatiknya...
Haku boleh bercakap seperti apa yg "Iron Man" cakap masa mula2 belajar terbang...
p/s: woitt AdjUst & Dehe... Azab haku dah lepas... Takkan nak biar haku jalan sorang2???
Labels: Corat Coret
Thursday, February 5, 2009
Assalamualaikum Wbt.
Captain's Log 5th February 2009... (2nd post of the month)
Back to basic? ye, post kali ni khas utk Chatters2 @15 sahaja. Tahukah anda bahawa selepas sahaja anda mendaftar nick & chat di @15, otomatik anda mendapat gelaran "cetez" ? (bukan cetiz sebab ia lebih kepada ceti kutip hutang)
Mod @15 skang ni dah kurang, bukan kurang ajar tapi hampir kurang upaya nak layan mesej2 yg tidak perlu di @15 tu. Contoh2 mesej yg tidak perlu, tapi kami layan pun xpe & dalam masa yg sama meningkatkan lagi tahap ketepuan otak kami adalah seperti berikut:
- Abg Pesal, Boleh tak ajar saya cara nak hantar MMS besar?
- CikKipas, mcm manew nak pvt chat?
- Kacoi, i dah hantar MMS tapi x dapat reply pun. i guna Celcom. I jurusan bisnes.
- akak Qen, itew dah antaw pvt kt akak Qen napew taqs balash? sumbunk la akak Qen nieyp!
- aKaK cEm nApe aKaK kAte x PaHam sAyE tUliS apeW? aKaK cEm x WeTi bAcE keW?
Haa.. yg tu baru sikit. Bayangkan 12 jam mengadap benda2 ni. Bukan nak merungut, dah memang kerja kami pun. Sebab tu jugak lah benda ni menjadi salah satu benda yg haku nak post kali ni.
Walopon maybe mesej2 yg banyak mendatangkan keuntungan, then again, apakah yg kita carik? kuantiti or kualiti or kuali ? Cetez2 yg rajin bace blog ni boleh laa khabar2 kan pada member2 chat yg lain. Anggap penulisan seterusnya sebagai education purpose or utk tujuan pembelajaran.Okay sila lihat Gambarajah 3.1 di bawah ini:
Okay secara khususnye, @15 (cenel 109 ASTRO) terbahagi kepada 4 panel utk tatapan anda seisi keluarga. Abaikan yg no.1 tu sebab itu adalah logo yg mmg tertera menandakan anda sedang mengadap @15. Mengenai latar belakang or design pula, benda tu dinamakan SKIN (bukan skinhead or siKINzir) yg akan bertukar2 konsep mengikut keadaan semasa or event2 Astro. (contoh nye skang ni guna skin Raja Lawak.
4 panel yg ada kt @15 tadi haku dah tandakan sebagai 2, 3, 4 & 5 seperti berikut:
- 2 - Yg ni dinamakan Banner (bukan David Banner). Ia lebih kepada ruang iklan or instruction kepada iklan tersebut. Iklan akan bertukar-tukar dari masa ke semasa. Kalo korang rajin, korang kire laa iklan tu bertukar setiap berapa saat? Hadiah menarik menanti pemenang bertuah.
- 3 - Yg ni pulak video panel. Kalo takde video panel ni, boleh dikatakan kitorang akan mati jugak ler. Selain mendapat hiburan secara terus (drama, konsert dan sebagainya), benda ni berfungsi memberi idea utk chatting. Video panel ni boleh dikatakan sebagai penyelamat jika otak moderator tidak berfungsi dengan sempurna. Cetez2 yg bosan dengan kemandoman (perkataan asal: mandom) kapet @15, boleh laa layan cerita2 yg ade kt sini. Cuma kekurangan video panel ini ialah dimension yg kecil berbanding saiz sebenar tv anda.
- 4 - Di bahagian selatan sikit ni, yg ni dinamakan Info Panel yg juga berfungsi sebagai ruang iklan. Please la kalau ade masa, bace laa info2 yg ade kt sini. Sbb kadang2 haku terasa nak luku aje kepala yg tanye "Bang pesal, cemane nak antar MMS poster?". Memang haku boleh jawab, tapi haku nak luku kepala ko dulu boleh tak? Kt info panel tu ade instruction yg akan keluar secara rotation ttg bagaimana nak antar MMS, nak chat guna emoticon & sebagainye. Yg haku x paham, sepatutnye cetez yg bijak, diorang akan carik jalan sebaik mungkin utk menjimatkan duit dorang drpd bertanya kan soalan2 yg x perlu. Tapi haku paham laa kalau ade yg kaye sangat tp x reti nak sembang. So, subjek bertanyakan info2 menjadi modal pemula bicara. tapi siyes la haku malas nak jawab!
- 5 - Kt sini lah ibukota sebenar @15. Kalau lah setiap text mengeluarkan suara, ade mcm kt pasar rasa nye. Yg ni dinamakan Chat Panel. Jangan tanye haku kenapa semua text tu naik ke atas, kenapa x turun ke bawah? Chat panel @15 haku rase adalah yg terbaik sebab dibuat secara menegak, bukan senget2 mcm sesetengah chat panel tv lain & mempunyai kapasiti mengeluarkan beberapa nickname pada satu mase (bukan mcm Chat panel Sun Music; keluar sebijik2). Dekat chat panel ni la tpt setiap mesej anda yg dihantar dikeluarkan setelah DITAPIS oleh lembaga penapisan yg berkaliber. Tapi kalau ada perkataan yg anda rasa tidak patut dilepaskan, maybe itu adalah human error. Bayangkan kalo 100,000 mesej yg ditapis, 1 terlepas mengandungi perkataan yg tidak perlu, kire ok laa tu. Human error cannot be avoided. Accident happen. Shit happen. So, kalau anda perasan berlaku, buat2 x nampak sudah ler.. haha
Sekian dulu, kalo ade lagi tips2 menarik, haku post lain pulak.
Labels: Corat Coret
Wednesday, February 4, 2009
Haku nak cite pasal tv series yg haku layan setiap minggu, tp mcm malas ler pulak nk menaip nye. lain kali aje ler..
Labels: Corat Coret