Friday, March 27, 2009

Teng Ka Yu !

Assalamualaikum wbt.

.

Captain's Log 26th March 2008.

.

24th yg lepas, besday haku. 29 tahun yg lepas haku dilahirkan. Haku tatau laa cemane rupe haku mase lahir. Mungkin time tu takde letrik lagi kot rumah haku. Rumah kampung. Sebab TV paling lama kt rumah haku pun, arwah bapak haku beli tahun 1985, kalo x silap laa. Dan time tu khidmat bateri lori masih digunakan. Haku cuma pernah tengok gambo haku mase kecik2 umor setahun, mmg gemuk gak ler. Tatau ler haku makan ape time tu. Tapi gambar tu dah hilang. Ntah ke mane.

.

Disebabkan background haku tu, so memang jangan harap laa nak ade sambutan2 besday ni. Dan disebabkan itu jugaklah haku kurang ingat besday2 org ni. Haku pernah terbace dalam satu buku motivasi, salah satu cara nak keep relationship sesama manusia, cuba ingat besday org, tapi ntah kenapa haku susah nak ingat. Berbalik kepada tadi, maybe disebabkan background famili haku la kot.

.

Sebagai contoh laa, katakan sesetengah famili, adik beradik berpelukan bile dah lama x jumpa, peluk mak bapak semua. Tapi bukan famili haku. Dulu2 cuba laa peluk adik beradik ke, mak bapak haku ke.. mesti keluar ayat ni, "ko dah buang tebiat?".. hahaa

.

Tapi skang ni ade laa jugak sambutan2 besday di kalangan famili haku, maybe disebabkan peredaran masa. (Mcm laa haku idup dah lama sangat kan)

.

So, utk besday haku bebaru ni, nak ucapkan time kasih kepada semua yg antar SMS x putus2 ucap eppy besday. Time tu haku kt meja snuker aje. So, konsentrasi membalas mesej agak kurang disebabkan komitmen "menunjul" bola. Mesej2 berbentuk sms & mms anda, haku simpan aje x delete pun.  kepada yg bagi hadiah2 ikhlas tu, time kasih jugak diucapkan. Hadiah2 tu haku simpan laa.. ade jugak yg haku x dapat simpan lama hadiah tu (sebab dalam bentuk makanan, simpan sekejap aje dalam perut). Thanks to all!

.

Gambar kt atas tu satu2 nye kek besday haku utk kali ni. Alhamdullilah ade jugak kek. Acara sambutan penuh tangisan itu dilakukan di Restoren Ajimal ketika waktu supper haku bersama sebahagian anggota tegar D Abdul. Utk lebih cerita boleh klik sini.

.

p/s: Lilin kek ade 3, 2 panjang 1 pendek sikit. 1 batang mewakili 10 tahun. (Bagitau awal2 sebelum org tanye. Bila umor dekat2 30 ni, kene berkira sikit bab2 umur. hahaa)

...

Sunday, March 22, 2009

Assalamualaikum wbt.
.
Captain's Log 22nd March 2009.
.
Okeh.. nak cite sikit pasal konsert ke-2 AF7 yg haku pegi semalam. Haku sebagai penonton yg "kepenatan" sbb baru balik men bola di waktu petang tu, so haku xde laa expect benda2 magik or benda2 yg best sangat utk konsert kali. Just nak datang konsert utk hiburkan hati di samping nk tgk jugak LIVE concert utk AF7. Kire nye nak merasa laa jugak kan.
.
Haku x kisah kalo ade kecacatan2 dari segi audio ke video ke.. sbb haku rase team2 production ni pun kompem laa taknak mistake2 audio or video ni jugak. Diorang dah try sedaya upaya diorang utk kasi everything dari segi sistem utk jadi perfect. Setakat cacat sikit, bunyi ke laut, mic malfunction sikit tu biasa la.
.
Tapi haku nak sentuh pasal kecacatan bodoh, yg boleh buat malu besar, yg boleh jadi "taboo" utk AF kali ni. Yang haku rase ditimbulkan oleh org yg x nak amik tau pun or tak concern or memang jenis tak tau ape. Tapi org inilah yg memberikan arahan.
.
Utk pembuka selera, sila lihat gambar di bawah ni.
.

Gambar ni adalah hasil ketidak puas hatian haku masa konsert semalam. Haku search google utk LOSER SIGN, & inilah hasil nye. Kenapa haku search google utk Loser Sign ni?
.
Ya sebab mase konsert semalam, satu dewan buat Loser Sign ni sambil bersorak Akademi Fantasia!
Haku tatau laa jika ini adalah gimik utk Konsert ke-2 atau tak, tapi itulah yg berlaku. Seorang staff production tampil di atas pentas memberikan arahan kepada penonton2 sebelum konsert bermula. Mamat ni haku biasa nampak laa... Masa Raja Lawak aritu pun dia ade gak. Dia la mamat yg paling lantang bersuara bab2 nak kecohkan keadaan, bab2 suruh penonton tepuk kuat2 pun dia jugak lah.
.
So arahan yg diberikan adalah supaya penonton semua menyambut dengan sorakan "fantasia!" sambil menunjukkan "loser sign" tersebut, setiap kali AC Mizal menyebut perkataan "Akademi". Takde pulak yg membantah or terpinga-pinga. Semua ikut aje. Haku pulak mcm biasa laa. perati aje.
.

Maka satu Malaysia lah nampak di kaca tv, tatkala AC menyebut "akademi" je, semua penonton menyambut dengan "fantasia!" ... sambil menunjuk "loser sign" itu. Dan yg paling best nye, perkara tersebut dilakukan berulang kali sehinggalah abis konsert. Budak2 "FERATIK" or "FANTASTIK" yg terkinja2 kt depan stage tu laa paling semangat tunjuk loser sign tu.
.
Dalam hati haku cuma... "Adoiiiii"
.
p/s: Utk brader yg bagi arahan tu: Haku paham kalo "maybe" laa ko terlupa nak terbalikkan "loser sign" tu menjadi No.7. Tapi ko patut concern laa benda2 cemtu kan. LIVE tu beb...
.
.
.

Sunday, March 15, 2009

Assalamualaikum wbt.
.
Captain's Log 15th March 2009
.
Selamat datang ke rancangan Kura Kura Unta.
.

.
Jam menunjukkan pukul 4.25PM...
.
Cukup 5 jam dah kami satu opis mengular hari ni. Tahniah! Diharapkan rekod ini dapat dipanjangkan lagi sehingga pukul 7.00pm nnt.
.
.
.
p/s: Budak2 malam jangan JELOSSS... Punye laa banyak masa, sampai boleh buat BLOG time keje.

.

p/s2: Lain kali mod2 semua, letakkan banyak lagi link2 utk di"surf" kt pc opis ni. Dah abis surfing dah ni. kakakaa
.

Saturday, March 14, 2009

Assalamualaikum

.
Captain's Log 14th March 2009
.
Malam ni konsert pertama AF7, seriously, takde feel lagi haku nak layan AF7 ni.. student2 nye pun haku x kenal2 lagi. Nak mark muka sekor2 pun x hapal lagi... (biasa yg kene mark ni, muka2 yg mmg nak kene kutuk laa kan). So malam ni kalo ade kesempatan haku utk tengok Astro, bleh laa layan. Kalo xde, baik haku layan bola aje lah.
.
.
Tu je lah kot cite AF7 haku... Nak cite benda lain ler pulak.
.
Esok (15th March) member haku kawen, ex-mod MaikelOwan... kawen dengan LadyV ex-mod gak. kt Johor.Tak sempat nak buat Bachelor Party. Kalo tak, boleh jugak haku letakkan gambar2 bachelor party kt sini. Boleh jugak Dehe tunjuk gambar lutut dia yg sebelah kiri injured luka men futsal. Ingat tu... sebelah aje ye.. ahaks.
.

Kisah lain pulak..
.
Baru2 ni, haku pegi meeting utk Amazing Hunt 2009. Pertemuan beberapa muka dari Digital Five, @15 Operation & Murai.com. Tujuan meeting lebih kepada bagaimana utk kami berkolaborasi menjayakan Amazing Hunt 2009. Dari segi sponsorship, konsep & sebagainya.
.
.
Presentation by bosensem kepada Murai.com & Digital Five, dengan harapan mereka dapat memahami situasi sebenar, yg @15 ni takde marketing division. So, kami di bahagian operation mmg sepatutnye x perlu buat benda2 ni.

.
Tapi for the sake of @15 rating, benda2 ni perlu ada. Event2 begini perlu dikekalkan. Konsepnye senang aje, kenapa perlu ade event ni setiap tahun? Bila ada event, @15 ade something yg lebih drpd JUST CHATTING aje. So, kebanyakan org2 kt luar tu bukan nak chatting aje, diorang nak gak jumpa2, beraktiviti & sebagainye. Bile ade benda cemni, akan ada sesuatu yg lain yg @15 boleh offer, thus increasing the number of chatters.
.
Masa2 sebelum event, masa event, selepas event... ada laa something interesting yg chatters ni boleh borak2. Pasal event & sebagainye. So tambah laa bilangan mesej2 kt @15. Lagi satu, chatters2 lama mungkin akan datang balik utk chat & join aktiviti. So benda chatting tu x MATI kt situ aje.

.
Berbalik kepada meeting...

.
Jawapan stended yg kami terima, WE HAVE 0 (zero) BUDGET for this - Sudah tentulah bukan keluar dari mulut wakil Murai.com, sbb diorang takde kene mengena. Murai.com cuma di"propose" utk menjadi sponsor.
.
Tapi yg 1 lagi tu, kalo untung, korang nak amik. Kalo revenue kurang, korang bising, Tapi bab2 customer, korang tak nak jaga? Ape ni? Sebesar-besar kerajaan pun jatuh jika pemerintah tidak mengambil tahu kebajikan rakyat.
.
Tapi x perlulah haku cite pasal kerajaan pulak. Haku heran, mcm mane platform Murai.com yg kecik tu pun bleh buat event yg peserta2 nye masuk FREE aje. Kenapa @15 yg sudah lama establish, lebih 6 tahun, masih kurang dari segi bajet2 utk benda2 mcm ni. Event2 sebelum ni pun bergantung harap pada yuran pendaftaran chatters2 yg masuk. Mungkin benda ni haku x perlu bgtau di sini.
.
Tapi itulah yg terjadi, dilema @15.

.
Pihak yg cuma memandang keuntungan... tapi tidak kepada sesuatu yg boleh mengekalkan keuntungan tersebut.

.
Sepatutnye skang ni @15 dah boleh keluarkan T-shirt sendiri, merchandise sendiri, or service lain; contohnye khidmat iklan berbayar sendiri.
.
Tapi tu laa kan, dalam kes ni, satu formula melengkapi persamaan di bawah:

.
PANDAI + TAKUT = BODOH
.
Pandai- Pandai sangat bile dah duduk kt atas tu.
.
Takut- Taknak cuba benda baru, takut nak keluar modal.
.
Bodoh- Semut yg kecik boleh nampak, gajah depan mata x boleh cam. Pintu peluang terbuka luas pun x perasan.

.
Lagi satu, Sesiapa di luar sana, tolong ungkit balik kisah MODUNDI. Siapa pemenang? Siapa dapat hadiah? Diorang cuma akan bertindak jika org luar bersuara. Sediakan sepanduk anda.
.
Selama mana @15 boleh bertahan ? ...
.
.
.
.

Saturday, March 7, 2009

Jangan Pikir Lain.

Assalamualaikum wbt
.
Captain's Log 8th March 2009 (post sehari awal, esok x payah post)
.
Haku terbace satu kata-kata ni:
.

"Ilmu tanpa amal, ibarat pokok tidak berbuah"
.
Haku cuba mengkaji-kaji, haku rase mcm haku ade banyak gak ilmu2 ni. Macam banyak gak bende yg haku tau secara langsung or tidak langsung. Ade benda2 yg boleh diamalkan, ade jugak benda2 yg boleh diamalkan, tapi haku x amalkan. Ade gak ilmu yg x sepatutnye diamalkan, tapi haku amalkan.
.
So haku terpikir, adakah haku tergolong di dalam jenis pokok tidak berbuah itu? Masalahnye skang, banyak jugak jenis pokok2 tidak berbuah ni... contohnye; pokok ru, pokok lalang (lalang tu kire pokok jugak kan?, pokok bunga puding. Pendek kata, pokok jenis daun2 aje lah, yg takde buah.. ade kan?
.
Jika memang betul lah haku jenis pokok tidak berbuah... haku rase, nak jadi mcm pokok di bawah... tidak berbuah, tapi adjustable.. hahaa

.
p/s: Haku kene check balik, sbb haku rase... haku ade "buah".

Assalamualaikum wbt

Captain's Log 7th March 2009 (Blog perlu update setiap hari ke? mana haku tau, xde org bagitau)

Update sikit aje ni.. Raja Lawak dah abis. Sepah jadi juara tadi. haku tgk dari awal sampai abis... memang layak laa kot diorang jadi juara. Kalo nak compare dengan Amir kan.. Jihan pulak menang motor Naza Blade 250.. bagi haku laa, elok lagi menang moto sensorang dari menang kete 3 org.. Bagi korang pulak cemane?

Tertutup nya tirai Raja Lawak, tertutup nye Red Button Chat di Prima, maka terbuka lah tirai AF7. Red Button chat akan dikekalkan cuma, cuma akan dipindahkan ke Ria pulak. Sebab AF tu Ria yg punye laa. 20 student dah diumumkan.. pengetua je belum lagi.. Haku pun heran apsal susah sangat diorang nak umumkan pengetua. Gempak sangat ke sebenornye pun ???

Semalam satu malam haku buat proposal tentang Amazing Hunt 2009.. (actually repair proposal yg dah disiapkan), alter2 sikit.. tambah2 sikit.. so pagi dah pass pada boss. Masuk2 keje je, haku di"inform" yg event tersebut akan ditunda kepada 1 tarikh yg sesuai selepas AF7 abis. Bajet bende ni buat bulan 5 nampaknye tak jadi lah.. Pastu banyak benda lak nak kene lepas. Department itu lah, ini lah.. pendek kata, lebih leceh dari tahun lepas. Ape2 pun outcome nye still bergantung kepada meeting minggu depan.

p/s: Esok cuti 3 hari... ape laa haku nak buat nnt. Nak keluar jauh2, bajet dah lari... sekian. Kalo ade mod2 nak amik MC, nak cuti, nak EL, sila bagitau haku aje.. boleh haku buat duit sikit. hahaa

Monday, March 2, 2009

Bila Zombie Bersuara

Assalamualaikum wbt.
.
Captain's Log 2nd March 2009 (Entry pertama utk bulan Mac. *haku menggunakan perkataan entry kali ini)
.
Haku tatau nak post ape kali ni sebenarnye. Hari2 dilalui seperti biasa. Selepas last post aritu, banyak masa haku dihabiskan dgn aktiviti2 sokan. Main bowling (dgn bebudak Abdul), main futsal (Ansara Jasin 97), main bola padang (Astro team).. pastu terus sambung kerja balik utk 3 hari weekend. So memang takde bende nak cite. Takkan nak cerita pasal bende2 sukan tu. Last time haku cite pasal sokan, yg bagi komen cuma 2 org aje. hahaa.. Haku bajet, mesti pembace blog ni akan rase boring aje. Maybe ade jugak siap tak bace abis pun. So buat ape haku taip panjang2?
.
Pernah tak korang rase, tengah buat sesuatu benda ni... tapi x rase pun macam korang sedang buat benda tu?
*Pertama kali baca mesti x paham, cuba bace 2,3 kali. Mesti paham.
.
Haku rase, ini lah yg dinamakan TRANSITION STATE. Dulu2 mase zaman study, ade gak belajar pasal transition state ni... katakan lah dari keadaan sejuk ke keadaan panas.. so sempadan antara kedua2 nye tu.. itulah yg dinamakan transition state. Cuma kali ni transition state nye mcm terlampau panjang. Seperti sebuah landasan keretapi...
.
Cuma keadaan haku ni, bukan lah haku membeku & sedang menuju ke arah kepanasan. Ia lebih berkisar kepada kerjaya haku. Mungkin selepas lulus exam aritu, jiwa haku dah takde kt tempat kerja skang ni. Tapi kerja baru pun haku belum dapat lagi sebenarnye. So ade percampuran elemen antara next karier dengan current karier. Menjadikan haku ambil endah x endah, ala kadar, tangkap muat, melepaskan batuk di tangga & yg sewaktu dengannya.
.

.

Haku dah jadi macam zombie laa, hidup tak, mati pun tak... berjalan terhoyong hayang mencarik OTAK utk menjadi bahan hidangan... cuma haku bukanlah duduk di Kampung Pisang. Apatah lagi pisang bukan lah makanan pebret haku. Duduk opis mcm duduk bilik termenung. Termenung tengok video panel kalau ade bende2 best. Tidak terlampau tengok sangat Chatspace di sebelahnye. Mcm banyak berkhayal, tapi haku x makan pil khayal. Sakit agak nye haku ni.
.
Mungkin kesilapan besar haku bile bagitau orang tua tu yg haku nak blah. Tapi dalam masa yg sama, haku sendiri x pasti haku nak blah ke mana.
.
Tapi tiket sudah pun ade di tangan. Cuma tiada tertulis destinasi pun di tiket tersebut. Haku sedar kembali, maybe haku yg kene tulis sendiri destinasi nye.
.
p/s: Entry di atas bercampur2 antara haku mengarut, dengan sedikit sneak preview mengenai entry yg sebelum ni. pastikan otak anda adalah yg terbaik utk menjadi makanan zombie.

.

.