Wednesday, April 1, 2009

Dan sebenarnya...

Assalamualaikum wbt

.

Captain's Log 1st April 2009 (Bukan entry April Fool)

.

Baru2 ni org dok kecoh2 pasal VSS di tempat kerja. Sebenarnye.. haku syukur gak ler sebab konfirmasi yg haku dapat, utk tahun ni, haku selamat. So haku x nak sentuh pasal benda tu. Jaga "punggung" masing2 sudah.

.

Utk entry kali ni, sebenarnye haku nak cepat ni. Pasni nak pegi Digital Mall, PJ nak antar laptop adik tunang haku. Haku takde pengalaman pun repair laptop yg asik keluar Fatal Error blue screen ni. Maybe sebab hardware conflict kot, ntah ler... haku pun tatau. Nak kene bersilat silat jugak ler kot dengan tukang jual laptop tu nt. Sebab kalo nak ikutkan, waranty utk dapat service free dah abis dah sebulan lepas. Sambil2 tu nnt kt Digital Mall bleh laa haku jalan2 usya2 gadget ape yg patut. Usya je laa pun, beli nye tak.

.

Dah melalut pulak, sebenarnye haku nak cite pasal member lama yg haku jumpa semalam. Member sekolah masa kt Jasin, Melaka dulu. Stok 12 tahun dah x jumpa. Member haku ni sebenarnye dari minggu lepas lagi nak jumpa dengan haku. Tapi ade je benda2 yg xleh buat haku jumpa dia; keje lah, haku mengantuk lah, takpun time tu haku ade benda lain nak buat. Member lelaki haku ni, utk entry ni kita namakan aje dia "Zacko". (memang itu pun nama gelaran dia)

.

Sebenarnye.. haku dah boleh agak dah, kalo ada member2 lama nak jumpa ni, ada 2 sebab aje:

  1. Member nak bagi kad jemputan kawen.
  2. Nak ajak masuk Multilevel Marketing.

So bile haku dah setting2 dengan Zacko semua, dia pun datang la kt tempat haku. Haku ajak dia lepak restoren mamak Thoibba bawah rumah haku je. Senang.

.

Dia sampai je, haku turun bawah jalan kaki. Dari jauh haku tengok 1 kete besar, Zacko tengah lepak kt satu meja sebelah kete ni. Haku pun dalam hati terus cakap, "perghh.. naik Volvo mamat ni.. keje ape agaknye"

.

Sebenarnya.. biasalah haku bile jumpa member2 yg dari sekolah Jasin ni. Diorang ni puji haku satu je. "Waa ko menten je badan ye. Menten bersukan lagi ke?" So disebabkan dah terlampau selalu diajukan soalan2 mcm tu. Jawapan haku dah jadi macam-macam. "Takde lah.. sama aje mcm ngko", "Haku ni makan pun x cukup, tu pasal mcm ni", "Biasalah, amalkan cara hidup sihat"... wakakaka cam g**pang aje nak kaver org puji.

.

Borak punye borak.. cite pasal kisah2 lama, cite pasal budak sekolah itu, budak sekolah yg ni, cite pasal keje haku... Haku korek2 sikit.. dia kata dia dah lama kawen, 4 tahun yg lepas tapi still menunggu kelahiran cahaya mata pertama. So, disebabkan itu, haku terus ajukan soalan keramat ni, "ko buat multilevel ape ni sebenornye". Zacko x jawab. Dia kata bisnes kecik2 aje. Kononnye dia sendiri segan nak cakap. (segan nak cakap tapi kete ko besor gak kan). Disebabkan dia x cakap ape2, haku pun keluarkan ayat2 defend awal yg haku dulu penah buat multilevel itu, multilevel ini, skang simpan duit nak kawen, dulu penah buat pelaburan internet & sebagainye. Zacko diam aje dengar haku cite.

.

Di penghujung2 perbualan kami, dia mengeluarkan sehelai notepad & sebatang pen. Dia tanye tarikh lahir haku. Pastu dia tulis2 sikit, kire2 sikit. jadilah seperti di bawah ni.

Pastu dia cite laa sikit.. Dia kata dia jarang jumpa org yg banyak no.9 ni. No.9 yg kt tengah2 triangle tu mewakili nombor asas kehidupan haku. No.9 ni lambang kejayaan. Unsur no.9 ni unsur Kayu. Kalo ko yakin dengan diri ngko, ape je ngko buat pasti berjaya. Dia tambah lagi, dia jarang jumpa org ade nombor 9 cermin (kiri & kanan sama). Pastu paling bawah sekali tu akhir hidup haku pun diakhiri dengan nombor 9, maknanya haku akan akhiri hidup haku dengan kejayaan.

.

Dia cite jugak pasal minda separa sedar, bagaimana mata kita berkelip tanpa kita sedar, bagaimana kita tido bleh gerak2 tanpa kita sedar. Tu semua dikawal oleh minda separa sedar.

.

Haku pun tanye dia tarikh lahir dia & suruh buat benda yg sama. Zacko = no.6. Lambang kekayaan. nombor last dia pun nombor 6. Dia kata dia unsur besi. Pastu ade laa lagi dia cite pasal diri dia mengikut setiap nombor yg ade dalam kira2 tu. Haku pun x paham sangat. Dia kata benda ni namanye Rahsia Tarikh Lahir. Ada kajian. Macam mana nak memahami potensi diri yg sebenar nye.

.

Haku yg biasa lah, takkan nak puas hati, "Zacko, ko letak tarikh lahir Mawi. x silap haku 25/8/1981 kot" sbb haku agak2 je. Dia kira2, Mawi ni nombor asas dia no.7 unsur Air Besar. Biasanye org cemni dikurniakan kekuatan suara. Tatau laa nak pecaye ke tak member haku ni.

.

So penamat cite, Zacko kata, "haku dah kire2 ni kalo nombor haku gabung dengan ngko, kalo buat bisnes ke ape ke, mesti berjaya ni" Siap ade nombor pelaris (2,7 & 9) dalam gabungan nombor haku & dia. Tapi dia kata yg haku ni belum bersedia utk mendengar bisnes ape yg dia buat tu. (maybe sebab haku dah "counter" awal2 tadi).

.

Lepas salam2, 2 jejaka ni pun balik.

.

Dan sebenarnye... sampai ke sudah pun haku tatau bisnes ape yg dia buat sebenarnye. Adakah ini taktik terbaru dalam pemancingan multilevel marketing ? Tapi kalo dia nak cite lain kali ke, haku sudi mendengarnya.

.

p/s: Nombor plet Volvo dia 9009... patut lerr...

10 Comments:

  1. NeoFahri said...
    saspen plak aku baca cite ko neh..kalo ada episod kedua ko postla kat sini..menarik gak resia no2 neh ye..
    Dehe said...
    6318 dgn 963189 tu lawo gak tu nombornye.. hehe..
    ponggetz said...
    no ekor ke apa ni?? kuikui
    SwapNAVY said...
    ha3...pesal nak kene jumpa feng shui nie..ekekekeke..tapi numb 9 memang tuah
    kucinsiam said...
    salam...hihi i da penah kenaaaa...

    mine byk number 7...
    so seumo idup kene CANGKUL utk dpt kan sesuatu..katanyaaa...

    entahlah...sbb 7 menyerupai cangkul kerrr...?huhu

    so,rezeki yg turun dr langit,brapa pulak numbernya yaaaaa....?

    nak tukaaaaaaaaa...kuikui
    PeXXaL said...
    NeoFahri- Ko try google search Rahsia Tarikh Lahir. Mesti ko nampak triangle yg macam haku buat tu. Episod ke-2, tunggu haku jupe mamat tu lagi ler.

    Dehe- nombor tu memang lawo.

    Ponggets- ko ni mesti jenis malas bace habis. pemalasss..

    SwapNavy- Besday ngko bile? bleh haku kire2 kan. Tapi haku tatau la ape unsur2 yg keluar kecuali Kayu, Besi & Air Besar.

    Kucinsiam- 7 tu mengikut perkiraan yg sama mcm dalam gambarajah ke?
    NBMS said...
    ha ah pesal. aku pun pernah baca pasal rahsia tarikh lahir mcm tu..
    kalau ko nak tau detail betul2 pasal tarikh lahir ko ni, org tu caj wooo.. kena bayar kalau nak dia kaji pasal tarikh lahir ko. nti dia bagi lengkap semua skali detail.. jodoh ko mcm mana pun dia bleh tilik.
    PeXXaL said...
    Zura- aah, mmg kene bayar pun mamat tu bagitau kt aku. Sebab dia siap masuk course tuuu kire2 tarikh lahir. Ko search aje Rahsia Tarikh Lahir kt Google, ada iklan utk siapa2 yg nak masuk kursus.
    AZREEZA said...
    karut....karut....jangan biarkan diri anda dibelenggu....MISTERI..hehe...
    Pen_Merah said...
    hi pesal. aku takutlah.. nak kira la tarikh lahir aku... kang tak pasal pasal dapat no 4....... huhuhuhu...

Post a Comment