Thursday, April 2, 2009
Assalamualaikum wbt.
.
Captain's Log 2nd April 2009
.
MEMPERSEMBAHKAN!
.
Sebuah Cerpen Bersiri
(di adaptasi daripada sebuah kisah benar)
-Segala watak di dalam cerpen ini adalah rekaan semata-mata, jika ada kene mengena pun, penulis kata lantaklah, dia yg tulis-
.
Kisah ini bertajuk...
"Nama ku Miki Shahnameh. Aku seorang lelaki. Umor ku baru je masuk 2 tahun. Lifespan aku pendek je. Tidak seperti manusia lain. So aku ingin mengambil kesempatan ini menyuruh penulis utk menulis sedikit cerita tentang ku.
.
Walopon aku duduk di Malaysia, tetapi aku berdarah Parsi. Aku sendiri tak mengenal pasti asal usul sebenar diriku. Bagaimana keturunan aku boleh sampai ke sini? Sebab aku tak pernah nak ambik tau untuk baca buku sejarah. Ya betul, aku tak sekolah. Aku tak reti bace. Segala yg tertulis di sini hanyalah imaginasi penulis. Kerana sekarang aku hanya duduk di dalam bilik gelap bersama... arghh! nantilah aku cerita.
.
Aku masih ingat lagi mula2 aku diambil oleh tuan ku. Pada masa itu umur ku baru 2 bulan setengah... Bulan 7 tahun 2007. Itulah kali terakhir aku menatap wajah ibuku. Oh ibu, di mana kah kau sekarang? Sihatkah adik perempuan ku yg cun itu?
Tuan ku bernama Paizol. Mungkin itulah nama sebenar tuan ku. Masa aku diambil tu, aku dapat mengecam Paizol mengeluarkan berkeping-keping note RM50. Pada masa itulah baru aku tau yg aku rupanya telah dijual. Bukan diambil begitu saja. Aku tau pasal RM50 tu sebab setiap hari sejak aku lahir ke muka bumi, ada je org datang dan pergi berurusan menggunakan note2 RM50. Ibu yg mengajar ku, itulah duit. Patutlah tuan lama aku sering je berkata padaku, "Ini kalau dah besar sikit esok ni, tukar jadi duit ni".
.
Aku dibawa pulang ke rumah. Jauh juga perjalanannya. Nilai ke Serdang. Masa tu aku taktau apa2 sangat kecuali membuat bunyi bising ala2 manja. Tiba di rumah baru, aku berasa takut. Tapi naluri untuk bermain terlampau kuat. Berlari aku ke hulu ke hilir macam orang gile. Paizol seakan suka bermain dengan ku. Aku mengejar aje ape2yg dia baling. bola kertas. loceng dan sebagainya.
.
errr... Encik Paizol, boleh cepatkan cerita ni tak? Takkan nak cerita semua benda yg aku buat masa kecik2 dulu?
-Ye laaa-
.
Okay. Beberapa hari selepas itu, aku didatangi 4 org sahabat baru yg aku x ingat. Rupa-rupanya Paizol telah pergi ke Penang utk mendapatkan sahabat untuk aku. Semua kecik-kecik. 4 "orang" semuanya. Paling bagus pasal diorang ni, semuanya putih bersih. Tapi serius aku cakap, diorang ni macam alien. Mula2 aku mcm malas aje nak berkawan dengan diorang ni. Yela kan, badan aku besar, takkan nak kawan dengan budak2 ingusan ni.
Tapi dari hari ke hari, aku perasan diorang makin berkurang. Lepas sorang, sorang.. blah ntah ke mane. Akhirnya yang tinggal cuma seorang aje. Paizol kata kt aku, ni kawan ngko. Ni adik ngko. Nama dia Puteh. Jaga dia elok2. Aku yang terpinga-pinga, terus bertanya pada member tu. Betul ke nama ngko Puteh? Dia jawab... aah, Puteh Romlee.
Aku nak tergelak sebab badan mamat ni macam Aziz Satar, ade hati nak jadi P. Romlee konon konon konon. Tapi takpelah, kita geng aje lah.
.
Bersambung.
.
Preview Next Episode: Paizol, Latipah & Cintaku
Labels: CERPEN
22 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ni dh lari dr landasan @15 ni hikk...
PESAL...
anda neh memaaaaannngg laaaaa...
LAWAK...!!!!
neway tengkiuuuzzz lerrrr...sanggup beli n jaga bebaik adek badek iiii...eaaaa..
TQ SO MUCH
AbdulWaheed- Dah abis siri ni, haku buat Kesatri Baja itam lak. kakaka
emel lagi satu dah check ke?
Ending cerpen ni nanti..Encik Paizol n CikLatipah will live happily together..amin..ekeke..
lma x layan wei hekhek
beh lyn cte imaginasi neh..tingat lak karangan upsr dlu2 hehehe
Paizol..
bg lar cek sekor..
ngee
KakMayee- cite ni lebih kepada kisah hidup Miki sebenarnye.
AbdulWaheed- tengok la kalo ade mase.
Mardya- ko ni x sabo2. Drama bersiri kt tv bleh tunggu seminggu sekali. Tunggu haku free time ler. Tinggal publish aje.
cikEla@dakit- Ko tengok gambar ALIEN 4 ekor tu ke yg membuatkan ngko mintak seekor? Yg tu tahun 2007 pnyer gambar. Yg tinggal cuma Puteh Romlee. Yang lain, dah bagi org...
tggal puteh romlee jer..
bru nk mintk sekor..
hikhik..
bukak blog pesal,
tapi cter2 ko neh wat aku
rase terhibur..
klako ler pesal...
sumel gler ank2 kucen tuh..
tp aku x suka bela kucen..
hukhuk..