Sunday, January 11, 2009
Assalamualaikum wbt.
Hampir sebulan jugak lah haku x update ape2 kt blog ni kan.
Captain’s Log January 11, 2009; So kt sini haku update benda2 yg haku x sempat nak update sejak pemergian haku ke tempat pertapaan haku aritu (selepas last post aku). Haku namakan or labelkan cerita ni sebagai BACKDATED EVENT SERIES… Itu pun sebab dah ade bunyi2 soh haku update blog. Ye laa.. haku update ni tp there was a sacrifice to be made; haku terpaksa mengular. Huhuhuk
Captain’s Log for Backdated Event Siri 1: Kepala Batu- 15th December 2008
Batu? Kt dunia ni ada mcm2 jenis batu- Batu kelikir (ke kerikir?), Batu Api, Batu blok, Batu bata, Batu karang, Batulbah kalo ko & last but not least.. Batu nesan.. Tp kt bawah ni haku nak cerita pasal Batu Garam.
Fakta di bawah haku carik selepas sahaja haku melakukan event di bawah. Well sebenarnye haku pegi meronda2 a.k.a Wandering around mencarik bola bowling… tapi biasa laa, lain yg dicarik, lain yg kita jumpa; (sama konsep macam kita tunggu bas laa.. Kalo tak tunggu bas, berduyun2 bas lalu… Kalo tunggu, sejam pun belum tentu sampai). Haku tatau laa ape kaitan nye, cuma masa Form 1 dulu haku penah pegi sekolah naik bas & penah kene denda kutip sampah keliling padang sbb bas yg LEMBAB.
Sinaran Terapi Semulajadi Jutaan Tahun
Rock Salt ataupun dikenali sebagai Garam Bukit hanya boleh didapati di kawasan Asia dan Eropah. Ianya bukit garam batu yang terbentuk secara semulajadi kira-kira 256 juta tahun dahulu. Penyelidikan saintifik dan empirik telah membuktikan bahawa lampu garam bukit mempunyai elemen biofizikal yang mampu meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan hidup kita melalui tiga proses iaitu:
- Penghasilan ion negatif secara semulajadi
- Peneutralan dan pengimbangan frekuensi elektromagnetik
- Terapi cahaya berwarna (600-700 nanometer)
Secara Bioimia dan Biofizikal pula lampu Garam Bukit membantu mengimbang dan meneutralkan fungsi badan kita kepada ritma getaran tenaga semulajadi.
Tahukah anda bahawa penggunaan alat perkakasan elektrik seharian seperti komputer, televisyen, radio, penyaman udara serta asap rokok boleh menjejaskan tahap kualiti udara di persekitaran anda. Lebihan ion positif yang dihasilkan telah menyebabkan kekurangan dan ketidakseimbangan yang mengganggu kualiti udara segar.
Ia juga menjejaskan kesihatan secara fizikal dan emosi. Untuk mengembalikan keseimbangan ion negatif yang amat penting untuk kesihatan, kita perlu mempertingkatkan kualiti udara seperti di kawasan pergunungan dan air terjun yang telah kita sedia maklum tentang kesegaran udaranya. Kajian saintifik Institut Penyelidikan Bio-Fizikal Jerman mendapati pelepasan haba daripada batu garam kristal mampu memulihkan kualiti udara.
Garam adalah bersifat semulajadi(neutral). Permukaan garam akan menyerap lembangan dari udara. Apabila dipanaskan, ia akan melepaskan semula zarah- zarah ion negatif keudara. Ion-ion negatif ini mampu membunuh bakteria dan membersihkan udara walaupun dalam kuantiti yang kecil.
Rock Salt Lamp atau Lampu Garam Bukit merupakan satu langkah alternatif untuk membersihkan udara pada masa kini. Penggunaannya telah begitu meluas di seluruh dunia. Ia boleh didapati di kawasan bukit Asia. Ia telah terbentuk semulajadi sejak ratusan juta tahun dahulu. Ia dibentuk secara teliti untuk memelihara keunikan dan bentuknya yang semulajadi.
Apa itu ion negatif ?
Berbilion-bilion Ion negatif dihasilkan secara semulajadi melalui angin, cahayamatahari, air terjun, hujan ribut dan buih ombak. Tempat-tempat ini membekalkan udara yang sungguh menyegarkan untuk kebaikan kita. Secara amnya satu Ion negatif adalah molekul oksigen yang dicajkan secara elektronik. Ion positif dalam udara adalah molekul yang telah kehilangan elektronnya melalui proses pencemaran udara.
ION NEGATIF- (SUMBER UDARA DARI)
0 – 100 (Dalam bilik)
0 – 200 (Dalam pejabat dengan sistem penghawa dingin)
20 – 250 (Dalam pesawat)
250 – 500 (Dalam rumah - ruang tamu)
250 – 750 (Persekitaran perindustrian)
1000 – 2000 (Kampung)
1000 – 5000 (Gunung)
5000 – 20000 (Dalam gua)
25000 – 100000 (Air terjun)
Dr Albert P. Krueger, seorang ahli mikrobiologi dan ahli patologi ujikaji diUniversiti California, mendapati bahawa kuantiti Ion Negatif yang kecil boleh membunuh dan menyingkir bakteria dalam udara dengan cepat. Dengan itu ia dapat mengurangkan kemungkinan jangkitan kepada orang. Kajian saintifik menunjukkan lampu Garam Bukit boleh meningkatkan ION NEGATIF(Vitamin Udara) sehingga 300% atau 3 kali ganda.
Fungsi Lampu Garam
- Bukit Meneutralkan dan mempertingkatkan kualiti udara.
- Mengurangkan pencemaran udara.
- Mempercepatkan tahap pemulihan pesakit asma.
- Menyembuhkan luka akibat terbakar.
- Memberikan kesan positif ke atas tindakan kita terhadap perangsang deria.
- Mengurangkan sebahagian besar bakteria yang terkandung di dalam udara yangada di dalam rumah
- Digunakan sebagai bahan terapi penyinaran untuk meningkatkan sistem imunisasi kita.
- Melegakan resdung, migran, pening kepala, demam panas, serangan selsema.
- Meningkatkan tahap produktiviti kerja / konsentrasi.
- Meningkatkan kapasiti denyutan jantung.
- Mengurangkan perasaan cemas / berdebar-debar.
- Mempengaruhi tahap serotomin dalam aliran darah
Kesesuaian pemasangan Lampu Garam
- Tepi katil- Selamat digunakan sebagai lampu malam yang cantik, dan menjadikan malam anda suasana yang harmoni dan romantik
- Pejabat- Dapat meningkatkan tahap konsentrasi kerja di samping membersihkan ruang udara dan mengurangkan tekanan
- Bilik Bacaan/persendirian- Mewujudkan suasana yang menyegarkan dalam proses pembelajaran / bacaan yang panjang
- Tepi komputer / meja pejabat- Sangat sesuai dan bukan sahaja cantik malah dapat mengurangkan radiasidaripada skrin monitor.
- Bilik rawatan / terapi- Mewujudkan suasana yang tenang dan membersihkan udara di sekitar bilik
- Ruang rehat / tamu- Samada di rumah mahupun pejabat, menjadi satu hiasan yang cantik dan dapat menikmati suasana harmoni
- Kawasan merokok- Dapat menghilangkan bau yang kurang menyenangkan dengan cepat
- Feng Shui- Berupaya menambah tenaga di dalam bilik apabila diletakkan di tempat-tempat yang strategik
- Cara Penjagaan- Lampu ini tidak boleh digunakan di dalam bilik yang lembap atau di luar rumah.Jika terkena air, gunakan seperti biasa. Haba atau kehangatan cahaya lampu itu boleh mengeringkannya. Gunakan pada suhu kering. Selamat digunakan walaupun di dalam bilik tidur bayi. Sentiasa pasang lampu ini untuk mendapat udara yang segar.
Kembali kepada situasi asal, haku pegi carik bola boling... last2 haku dapat batu boling. Tak cukup sehari, esok nye haku pegi lagi sbb bakal mak mentua haku berkenan pulak dgn batu2 tu. Siap rekomen kt kawan2 dia beli batu tu. N haku secara x langsung menjadi pengangkut batu secara sukarela a.k.a bakal menantu yg bagus.
P/S: Hasil dari interview haku dengan tukang jual batu, dia kata kalo orang cina biasa nye akan beli yg kaler merah2 sikit. Ye laa kan, diorang kan suka kaler2 merah cam Gong xi fa cai tu. Antara sebab2 aku beli bendalah selain drpd sebab2 di atas ialah, tpt haku beli ni amat murah berbanding tpt lain. Sekian
Sedang blog ini ditulis, batu yg sama sedang menyala nyala di rumah baru ku utk suasana harmoni. (merujuk kepada perkara di atas)
To be continued with another event...
Labels: Backdated Event Series 2008
Monday, December 15, 2008
Assalamualaikum..
Ni dah post nombor berape utk bulan December aaa? haku malas nak check masa tengah dalam window Posting sebab malas pulak nak buat mcm beria-ia sangat.. kakaka
Captain's Log 14th December 2008
yaaa!! Hari ni haku start bercuti panjang. Kalo ikut borang cuti haku, haku akan kembali ke opis pada 28hb December 2008 (ye, haku tulis December dalam bahasa Inggeris... sebabnya, British penah menjajah Tanah Melayu & sebab lainnye ialah agak nampak cikai sikit kalo haku tulis Disember walopon haku tau yg haku mmg la cikai sikit aje)
Skang haku nak plan program2 menarik sempena cuti panjang ni.
Antara program2 menarik haku ialah:
- 14hb pukul 1 tgh hari tadi sepatutnye haku pegi kenduri anak mentua kakak haku merangkap adik ipar dia. - ended up dgn haku tido sepanjang hari sebab 13hb malam tu kan haku keje. Sila rujuk post sebelum ini. So plan ni kire fail la.
- 14hb malam ingat nak repair bola boling - setel dah - pastu ingat terus nak men boling, tp penuh ler pulak E.P tu.. So ended up dengan pergi ke CC bersama tunangku & adiknye. (Ni skang ni haku kt CC ler)
- Isnin 15hb - Siang sebelum pukul 2, haku ingat nak pegi men boling kt Summit ler.. 4 game RM10 tuuu. - Lepas tu kalo sempat, Anto Miki pegi grooming sebelum beliau dihantar ke Shah Alam utk kongkek Baby yg dah gatal. (Harap Maaf- haku tatau lagi perkataan paling sesuai selain kongkek). Malam pukul 8 - 10, main futsal pulak kt Sunway Sport Planet. Hari Isnin = Hari Sukan Sedunia. (ehh, hari Isnin gaji masuk.. yahooo!- Kompom gaji haku kene tolak banyak ni)
- Selasa 16hb - Pegi sopping komplek or kedai2 yg berdekatan utk carik stationary, buku2 & persediaan utk persekolahan. Kalo haku rajin sikit, kemas2 rumah, kemas bilik kasi wangi dgn alat2 wangian yg ade. hahak
- 17hb - 26hb - Kembali Ke Sekolah.
Labels: Corat Coret
Saturday, December 13, 2008
So selepas ini... tiada lagi aktiviti2 di bawah:
1. Tak dapat laa haku keluar rumah 10minit awal sebelum masuk waktu kerja.. sebab lepas ni, kompem kene keluar awal lagi sekurang2nya 1/2 jam utk mengelakkan jem di PEKAN CINA.
So... for the last time... FAREWELL CYBERJAYA...
Labels: Corat Coret
Thursday, December 11, 2008
Assalamualaikum wbt.
Hari ni hari ke-2 kami mengular dengan jayanye.. 2 hari keje malam, dua2 hari tu ade mentenen & kami diperlukan utk tidak berbuat ape2 sehingga mentenen tersebut selesai.. Sangat effisyen..
(Sekadar hiasan: Haku tidak betul2 menjadi ular ini.)
Captain's Log 11th Dec 2008...Hari ke-4 raya haji. Memang haku takde lagi lebihan2 daging korban kt dalam peti ais pun. Sbb raye sehari je, & malam sebelum tu keje malam.. So, bayangkan ape terjadi di hari raya tersebut. Tp haku balik kampung jugak utk menjamah makanan2 yg mak & kakak2 haku masak. mmg best.. mmg kenyang.
Pernah tak anda semua berkehendakkan sesuatu yg betul2 anda idamkan, & akhirnye anda betul2 dapat ape yg anda idamkan? Ibarat impian tercapai. Mesti hebat je rasa nye kan.
Haku rasa dari dulu sampai sekarang, haku ada benda ni... "ape yg haku idamkan, haku dapat".
Contoh:
1. Masa darjah 6 dulu, haku betul2 berharap yg haku akan dapat menyepak bola (bolasepak) setinggi2 yg mungkin.. or dalam bahasa bola nye.. sepakan "lop"... tak sampai seminggu lepas tu, haku dah boleh sepak bola cemtu.
2. (Sori cite pasal bola je dulu)... Masa tingkatan 2, haku mengidam nak beli boot bola kulit sedangkan haku tau haku takde duit pun time tu. Demi impian haku, haku keluarkan duit ASB haku senyap2 beli but bola RM50. But bola tu tahan sampai haku abis form 3. walopon dah berjahit sana sini.
3. 2nd Year masa UTP, dah berkira2 nak pakai motor... penah sekali haku accidentkan motor member haku.. tp calar sikit je la.. tu pun sebab haku berangan lebih yg motor member haku tu = motor haku la konon. Last2 masa cuti semester, haku keluarkan duit loan utk D/P motor baru. Arwah bapak haku bayar bulan2 sampai abis..
4. Impian nak beli kete.. Dah dapat dah selepas 5 bulan kerja kt ASTRO ni.
Ada jugak impian2 haku yg haku x expect pun dapat. Contoh nye dulu masa haku darjah 5, kawan2 haku semua kata arwah bapak haku ni org paling garang kt kampung. Haku terpikir gak.. kt mane garangnye? sbb kalo kt rumah tu, biasa aje. Elok je bergurau senda... So haku terpikir cemane agaknye pelempang bapak haku yg kawan2 haku ni sering perkatakan. Dalam 4,5 minggu selepas itu... Haku dapat impian merasa pelempang bapak haku tu bile haku kantoi merokok. Sampai berdarah idung. ooo mcm tu rupenye... Tercapai impian.
Ibarat... semua yg haku nak, haku dapat... Sama ada cepat atau lambat je. 100% boleh percaya.
Di kala takde benda nak buat ni, mula la haku berpikir balik... ape lagi impian haku yg belum settle? Maybe haku kene setkan bebetul impian haku, seperti mana yg sering haku lakukan masa kecik2 dulu.. or masa zaman2 remaja dulu. Kalau nak sesuatu, cuba dapatkan dengan sungguh2.. Maybe impian tu akan tercapai dengan sengaja or tidak sengaja. Asalkan tercapai... kire ok la tuu...
Satu yg pasti, Impian akan bertambah besar bila jiwa anda menjadi besar... & kadang2 kite perlu dahulukan impian orang lain dari impian diri sendiri...
Labels: Corat Coret
Thursday, December 4, 2008
Assalamualaikum wbt.
Diharap semua boleh membaca kt wajah baru page haku ni. Sebab kalo tak, lambat lagi laa haku nak update kasi lawa sikit..
Captain's Log 4 Dec 2008... post pertama utk bulan Disember..
Masa mula2 nak start kan mamat tu ade bercakap dalam hati, di tempat kerja nya.. Di manakah beliau berada di muka bumi ni sebenarnye? Siapakah beliau sebenar nye..? So dia pun terus je GOOGLE search nama.. memang hasil google search dia tu = NOTHING laa.. kirenye mamat tu takde ape2 makna laa dalam hidup dia..
So, hari ni haku terpikir.. apa kata haku buat benda yg sama.. GOOGLE SEARCH nama haku..
Nama pena haku laa.. PESAL .. & haku dapat result yg memberangsangkan!!! lebih hebat dari result Hero cite Wanted tu. Result pertama yg keluar dari google search itu, mengatakan haku adalah seorang CHAMPION!! <<==== click sini kalo x caye.
Cuba korang Google Search nama korang lak.. haha
Labels: Cuba Jaya





