Sunday, January 11, 2009

Backdated Event Siri 1: Kepala Batu

Assalamualaikum wbt.
Hampir sebulan jugak lah haku x update ape2 kt blog ni kan.

Captain’s Log January 11, 2009; So kt sini haku update benda2 yg haku x sempat nak update sejak pemergian haku ke tempat pertapaan haku aritu (selepas last post aku). Haku namakan or labelkan cerita ni sebagai BACKDATED EVENT SERIES… Itu pun sebab dah ade bunyi2 soh haku update blog. Ye laa.. haku update ni tp there was a sacrifice to be made; haku terpaksa mengular. Huhuhuk


Captain’s Log for Backdated Event Siri 1: Kepala Batu- 15th December 2008

Batu? Kt dunia ni ada mcm2 jenis batu- Batu kelikir (ke kerikir?), Batu Api, Batu blok, Batu bata, Batu karang, Batulbah kalo ko & last but not least.. Batu nesan.. Tp kt bawah ni haku nak cerita pasal Batu Garam.

Fakta di bawah haku carik selepas sahaja haku melakukan event di bawah. Well sebenarnye haku pegi meronda2 a.k.a Wandering around mencarik bola bowling… tapi biasa laa, lain yg dicarik, lain yg kita jumpa; (sama konsep macam kita tunggu bas laa.. Kalo tak tunggu bas, berduyun2 bas lalu… Kalo tunggu, sejam pun belum tentu sampai). Haku tatau laa ape kaitan nye, cuma masa Form 1 dulu haku penah pegi sekolah naik bas & penah kene denda kutip sampah keliling padang sbb bas yg LEMBAB.

Baca laa bawah ni dulu & tengok2 laa gambar yg haku snap sendiri. (Haku tau mmg sesetengah manusia kt dunia ni Malas Baca bila tengok benda panjang2 ni)

Lampu Garam Bukit

Sinaran Terapi Semulajadi Jutaan Tahun

Rock Salt ataupun dikenali sebagai Garam Bukit hanya boleh didapati di kawasan Asia dan Eropah. Ianya bukit garam batu yang terbentuk secara semulajadi kira-kira 256 juta tahun dahulu. Penyelidikan saintifik dan empirik telah membuktikan bahawa lampu garam bukit mempunyai elemen biofizikal yang mampu meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan hidup kita melalui tiga proses iaitu:

  • Penghasilan ion negatif secara semulajadi
  • Peneutralan dan pengimbangan frekuensi elektromagnetik
  • Terapi cahaya berwarna (600-700 nanometer)

Secara Bioimia dan Biofizikal pula lampu Garam Bukit membantu mengimbang dan meneutralkan fungsi badan kita kepada ritma getaran tenaga semulajadi.

Tahukah anda bahawa penggunaan alat perkakasan elektrik seharian seperti komputer, televisyen, radio, penyaman udara serta asap rokok boleh menjejaskan tahap kualiti udara di persekitaran anda. Lebihan ion positif yang dihasilkan telah menyebabkan kekurangan dan ketidakseimbangan yang mengganggu kualiti udara segar.

Ia juga menjejaskan kesihatan secara fizikal dan emosi. Untuk mengembalikan keseimbangan ion negatif yang amat penting untuk kesihatan, kita perlu mempertingkatkan kualiti udara seperti di kawasan pergunungan dan air terjun yang telah kita sedia maklum tentang kesegaran udaranya. Kajian saintifik Institut Penyelidikan Bio-Fizikal Jerman mendapati pelepasan haba daripada batu garam kristal mampu memulihkan kualiti udara.

Garam adalah bersifat semulajadi(neutral). Permukaan garam akan menyerap lembangan dari udara. Apabila dipanaskan, ia akan melepaskan semula zarah- zarah ion negatif keudara. Ion-ion negatif ini mampu membunuh bakteria dan membersihkan udara walaupun dalam kuantiti yang kecil.

Rock Salt Lamp atau Lampu Garam Bukit merupakan satu langkah alternatif untuk membersihkan udara pada masa kini. Penggunaannya telah begitu meluas di seluruh dunia. Ia boleh didapati di kawasan bukit Asia. Ia telah terbentuk semulajadi sejak ratusan juta tahun dahulu. Ia dibentuk secara teliti untuk memelihara keunikan dan bentuknya yang semulajadi.

Apa itu ion negatif ?
Berbilion-bilion Ion negatif dihasilkan secara semulajadi melalui angin, cahayamatahari, air terjun, hujan ribut dan buih ombak. Tempat-tempat ini membekalkan udara yang sungguh menyegarkan untuk kebaikan kita. Secara amnya satu Ion negatif adalah molekul oksigen yang dicajkan secara elektronik. Ion positif dalam udara adalah molekul yang telah kehilangan elektronnya melalui proses pencemaran udara.

ION NEGATIF- (SUMBER UDARA DARI)
0 – 100 (Dalam bilik)
0 – 200 (Dalam pejabat dengan sistem penghawa dingin)
20 – 250 (Dalam pesawat)
250 – 500 (Dalam rumah - ruang tamu)
250 – 750 (Persekitaran perindustrian)
1000 – 2000 (Kampung)
1000 – 5000 (Gunung)
5000 – 20000 (Dalam gua)
25000 – 100000 (Air terjun)

Dr Albert P. Krueger, seorang ahli mikrobiologi dan ahli patologi ujikaji diUniversiti California, mendapati bahawa kuantiti Ion Negatif yang kecil boleh membunuh dan menyingkir bakteria dalam udara dengan cepat. Dengan itu ia dapat mengurangkan kemungkinan jangkitan kepada orang. Kajian saintifik menunjukkan lampu Garam Bukit boleh meningkatkan ION NEGATIF(Vitamin Udara) sehingga 300% atau 3 kali ganda.

Fungsi Lampu Garam

  • Bukit Meneutralkan dan mempertingkatkan kualiti udara.
  • Mengurangkan pencemaran udara.
  • Mempercepatkan tahap pemulihan pesakit asma.
  • Menyembuhkan luka akibat terbakar.
  • Memberikan kesan positif ke atas tindakan kita terhadap perangsang deria.
  • Mengurangkan sebahagian besar bakteria yang terkandung di dalam udara yangada di dalam rumah
  • Digunakan sebagai bahan terapi penyinaran untuk meningkatkan sistem imunisasi kita.
  • Melegakan resdung, migran, pening kepala, demam panas, serangan selsema.
  • Meningkatkan tahap produktiviti kerja / konsentrasi.
  • Meningkatkan kapasiti denyutan jantung.
  • Mengurangkan perasaan cemas / berdebar-debar.
  • Mempengaruhi tahap serotomin dalam aliran darah

Kesesuaian pemasangan Lampu Garam

  • Tepi katil- Selamat digunakan sebagai lampu malam yang cantik, dan menjadikan malam anda suasana yang harmoni dan romantik
  • Pejabat- Dapat meningkatkan tahap konsentrasi kerja di samping membersihkan ruang udara dan mengurangkan tekanan
  • Bilik Bacaan/persendirian- Mewujudkan suasana yang menyegarkan dalam proses pembelajaran / bacaan yang panjang
  • Tepi komputer / meja pejabat- Sangat sesuai dan bukan sahaja cantik malah dapat mengurangkan radiasidaripada skrin monitor.
  • Bilik rawatan / terapi- Mewujudkan suasana yang tenang dan membersihkan udara di sekitar bilik
  • Ruang rehat / tamu- Samada di rumah mahupun pejabat, menjadi satu hiasan yang cantik dan dapat menikmati suasana harmoni
  • Kawasan merokok- Dapat menghilangkan bau yang kurang menyenangkan dengan cepat
  • Feng Shui- Berupaya menambah tenaga di dalam bilik apabila diletakkan di tempat-tempat yang strategik
  • Cara Penjagaan- Lampu ini tidak boleh digunakan di dalam bilik yang lembap atau di luar rumah.Jika terkena air, gunakan seperti biasa. Haba atau kehangatan cahaya lampu itu boleh mengeringkannya. Gunakan pada suhu kering. Selamat digunakan walaupun di dalam bilik tidur bayi. Sentiasa pasang lampu ini untuk mendapat udara yang segar.

Kembali kepada situasi asal, haku pegi carik bola boling... last2 haku dapat batu boling. Tak cukup sehari, esok nye haku pegi lagi sbb bakal mak mentua haku berkenan pulak dgn batu2 tu. Siap rekomen kt kawan2 dia beli batu tu. N haku secara x langsung menjadi pengangkut batu secara sukarela a.k.a bakal menantu yg bagus.

P/S: Hasil dari interview haku dengan tukang jual batu, dia kata kalo orang cina biasa nye akan beli yg kaler merah2 sikit. Ye laa kan, diorang kan suka kaler2 merah cam Gong xi fa cai tu. Antara sebab2 aku beli bendalah selain drpd sebab2 di atas ialah, tpt haku beli ni amat murah berbanding tpt lain. Sekian

Sedang blog ini ditulis, batu yg sama sedang menyala nyala di rumah baru ku utk suasana harmoni. (merujuk kepada perkara di atas)

To be continued with another event...

3 Comments:

  1. Anonymous said...
    dasat gak info yang ko bg ni ye Pesal..bosan aku bace..wakakaka...xbace pon
    PeXXaL said...
    hoh! Pemalas sama mcm idola ngko tu kakjah
    Anonymous said...
    cisssss....ko kate aku pemalas...hoh...nk kna katok ni..
    aku bace daaa...pdai ko bg info ye

Post a Comment