Saturday, December 13, 2008

Berpinda minda

PENGUMUMAN!

Captain's Log 13th December 2008

Kami moderator2 @15 telah kembali semula bertugas di Bukit Jalil. Proses perpindahan berjalan dengan lancar semalam, 12 Disember 2008 (walopon haku x terlibat dalam memindahkan barang akibat bercuti, tp haku tau semuanye lancar). Ofis baru kami yg telah pun siap direnovate selama hampir 2 tahun itu terletak berhampiran ofis lama yg skang ni haku pun x tau dah jadi apa sebenornye. Utk mereka2 yg selalu pergi Studio 1 or penah pegi briefing T.H @15 aritu.. ofis kami kt area2 situ la. Do drop by kalau ada nametag Astro.

So selepas ini... tiada lagi aktiviti2 di bawah:

1. Tak dapat laa haku keluar rumah 10minit awal sebelum masuk waktu kerja.. sebab lepas ni, kompem kene keluar awal lagi sekurang2nya 1/2 jam utk mengelakkan jem di PEKAN CINA.

2. Tiada lagi brekpes di Terminal Bas Cyberjaya & di Nasik Lemak Pakcik Sorento (walopon sebenarnye pakcik tu pakai Sportage) & Kembangan Paradise (utk penggemar Soto)

3. Tiada lagi aktiviti makan cekedis / keropok / nasik berlauk masakan sendiri di depan PC sambil chat.

4. Keje waktu siang dah x boleh pakai seluar jean & seluar2 koboi & pakaian yg sama waktu dengannye.

5. Tiada lagi aktiviti Supper di Azwath & Kopitiam Cyberjaya.

6. Tiada lagi dinner time di Kembangan Paradise.

7. Tiada lagi aktiviti merokok di cafe yg ada pemandangan bermacam2 kereta lalu di highway.

8. Tiada lagi suasana seperti berada di kedai gunting rambut (Kadang2 benda ini terjadi, so jangan tanye dari mana datangnye suasana ni)

9. Tiada lagi aktiviti parking kete sesuka hati kt tepi jalan.

10. Yg lain2 ni.. korang tanye laa Mod2 kt cenel tu, ape yg diorang rindukan kt Cyberjaya tu.

Bagi haku pulak... selepas hampir 2 tahun keje kt Cyberjaya tu, haku rase kt sana lebih tenteram sebenarnye. Keje senang, pegi keje pun senang, tak jem, walopon panas tp sebenarnye bagus jugak utk prektis kt akhirat nanti sbb kt Sana lagi panas.. Lagi satu, nak gi makan pun senang. Tak payah risau kalau keluar naik kete, parking org lain amik.

Time2 cemni, baru teringat balik masa kitorang mula2 pindah ke sana... Ramai yg ingat kt Cyberjaya tu nnt hulu, x campur dengan org, susah, jauh, TAPI.. it turns out... sampai kitorang x mau pindah laa penangan nye.

Haku pulak akan mula bekerja semula di Bukit Jalil malam ni.. & mengharapkan maybe ade bagusnye di sebalik KETIDAK MAHUAN kami berpindah tu...

So... for the last time... FAREWELL CYBERJAYA...

1 Comment:

  1. Anonymous said...
    ipo la org plg suka kan..dkt dgn umah

Post a Comment