Wednesday, January 28, 2009

SURAT DARI PEMBACA

Assalamualaikum wbt.

Captain's Log 28th January 2009...

Aku terpanggil utk menaip lagi (walopon hari2 keje menaip), tp yg haku nak taip ni, pasal BLOGGING.

Baru2 ini haku menerima sepucuk surat dari pembaca blog haku ni.

Antara lain, surat tersebut berbunyi begini:

Selain menaip or mengarang blog, haku selalu gak melakukan "blog hopping" ala2 island hopping laa.. melompat dari 1 blog ke 1 blog yg lain... dari blog kawan2, sampai lah blog2 artis or selebriti. Haku yakin gak ade gak kawan2 yg jadikan blog haku sebagai pulau persinggahan, apatah lagi chatters2 @15 yg selalu gak melawat blog haku ni.

Haku hairan gak bile ade yg buat blog, tapi x mau org lain bace blog diorang or limitkan org yg masuk ke blog diorang. Lagi2 kalau ade gambar & sebagainye. Lebih2 lagi bila ade yg tau org tengok blog dia or komen2, diorang marah2 & sebagainye. Tak kurang juga yg menuduh org lain membocorkan alamat blog diorang kepada manusia2 yg sangat berminat kepada mereka.

Pernah sekali tu, haku telah dituduh menjadi punca kepada pembocoran alamat blog "rakan2 artis" yg lain kepada chatters @15. Weii, korang tulis blog utk siapa? Tapi takpe, haku dengan rela hati mendelete link2 blog mereka di blog haku ni. Benda berlaku pada satu masa yg lalu... saje haku cungkil balik.

Ini bagi haku, adalah sesuatu yg bertentangan dgn tujuan penulisan blog itu sendiri. Blog ditulis utk merekodkan event2, perkara2 or benda2 menarik yg boleh dikongsi bersama para pembaca di seluruh alam. Kalau laa lalat tu boleh membaca & bukak internet, sang lalat pun sudi membaca cerita2 kalian itu.. x kisah la pasal makan kt tempat awam ke, pakaian anda tidak berbasuh ke or even sambutan harijadi anda bersama boipren / gelpren tersayang.

Ada beberapa cadangan bernas sekiranya anda tidak mahu blog anda menjadi tatapan umum & menjadi tempat kebanjiran chatters:

  • Setkan blog anda menjadi "PRIVATE"- haku tatau laa function ni ade ke tak.. korang cuba try test uji.
  • Selain blogger.com, anda juga boleh menulis kejadian2 yg berlaku kepada anda menggunakan Microsoft Word (jika anda mahukan font kaler2) or Notepad jika anda hanya mahu menulis. Kemudian simpan segala penulisan anda di dalam hard disk or pendrive anda. Letakkan pendrive anda di dalam laci yg berkunci. Utk menambahkan security, anda boleh menambah mangga kepada laci anda itu.
  • Jika anda masih berasa teruja utk menggunakan internet, anda boleh mengupload penulisan anda tadi di mana2 upload server seperti Rapidshare, Savefile.com, Megaupload & sebagainye. Biarkan sahaja file anda tersimpan di situ & anda sahaja yg tahu login & password nya.
  • Jika anda masih berdegil jugak nak buat blog, pastikan alamat blog anda susah utk ditulis menggunakan keyboard biasa; paling bagus kalo menggunakan alamat bahasa Jawi. & pastikan juga penulisan2 anda dalam bahasa yg sukar difahami sebagai contohnya bahasa india, sanskrit, tionghua & sebagainya.


Surat ini dikirim oleh: LASEP (Bukan PESAL)

Monday, January 26, 2009

Kenapa haku busy ?

Assalamualaikum wbt.
Captain's log 25th January 2009
Esok Kongsipacai (sebutan yg betul oleh org Melayu), So malam ni ade makan besar. Walopon haku bukan gangster or kongsi gelap cine Papan or anything like it, haku terasa seperti ingin merayakan sekali laa raye cine ni. Epa pun dah kata dia nak masak2 ketam lah, udang lah, spageti lah, tanpa rase malu haku terus pergi ke sana utk menikmati makanan yg disediakan + kene buat keje networking sikit utk pc & laptop kt umah Epa tu (yg akhirnye serupa x jadi ape2 pun, sebab x jadi2 haku nak connect 2 pc tu supaya bleh berinternet serentak). Gambar makanan kt umah dia pun haku x amik sebab semua makanan telah selamat masuk ke perut. (2 round makan: Sekali masa datang, sekali lagi sebelum balik).. memang kenyanggg..
Utk backdated event series, haku rase cukup je laa setakat yg dah dipost tu. Yg lain2 agak kurang ceritanye disebabkan takde gambar or mmg haku malas nak post. Sebenarnye, sepanjang ke"busy"an haku kembali ke skolah; seperti yg diwar warkan aritu ialah sebab haku pegi amik short course yg mahal juga harganye. Duit bonus haku abis kt situ je. Course + Exam & bukan melibatkan keje2 haku di ASTRO ni.
Course haku bermula dari 17hb Disember berakhir pada 26hb Disember, 27hb terus keje sampai 29hb & haku ade mase beberapa hari sahaja utk berpindah ke rumah baru pada 1hb. (skang ni haku menaip di rumah baru laa)... Pastu 5hb pulak haku dah planning utk amik exam bagi course tersebut di atas. Jadi benda2 seperti blog ni terpaksa diabaikan utk seketika laa... So mintak2 di situ cukup lah penjelasan haku. Doakan semoga haku lulus dengan cemerlang course tersebut.
Kenapa haku busy aritu & arini?

1. Aku sibuk berpindah rumah, semua org tau keje pindah rumah mmg leceh. Packing - Angkut - Unpack balik. & keje paling meletihkan ialah MENGANGKUT. Sebab rumah baru haku ni di tingkat 3. Memang letih nak angkut semua benda. Haku ni jenis kalo boleh nak angkut semua, takde nak tinggal or buang ape2. Kalo barang2 yg terlampau lama or dah x guna tu je yg haku betul2 buang. Workstation kt bawah ni pun diubahsuai menggunakan barang2 lama yg masih boleh digunakan lagi. (Paling latest: Haku busy layan movie)

2. Aku busy belajo.. study.. nak amik exam laa katakan. Dulu2 mase zaman blajar kt U taknak belajo rajin2. Padahal mak dah pesan belajo rajin2. Tapi tu ler, manusia ni kalau makin dipesan, makin laa x buat. So, skang ni haku rase insap sikit kalo bab belajo ni. Hidup ibarat roda, sekali kita malas, x semestinya selama nya kita malas... n masa ni ialah turn haku utk jadi rajin... cuma haku akan bersiap sedia bila tiba semula time malas haku.. haha




3. Haku busy main game. Ni salah satu tabiat xleh buang sejak dulu lagi. Gila men game, tapi main x pandai2 gak. PS2 hasil sumbangan ni sebenarnye baru je haku amik dari rumah Epa, sebab Epa pun x reti main PS2 sangat.. so ape lagi, PS2 come to daddy laa.. haha.
Kalo agak2 x puas ati nak lawan Pro Evolution Soccer 2009, boleh datang sini, tapi bawak gamepad sendiri sebab 1 lagi gamepad dah rosak.

Maybe semua chatters or yg bace blog haku ni dah tau yg Mod2 @15 skang ni tinggal berapa kerat aje. 6 org dah berpindah ke department baru termasuk Epa; yg lain2 pulak ialah Dakheart, 5tussy, Frappucinobukit, Hipor & Djeket. Semua ni pompuan. Yg berenti pulak ialah Sbonez & Adjust (ujung bulan ni diorang last). Ini telah menjadikan haku sebagai Mod @15 lelaki paling lama sekali berada di @15. Satu rekod jugaklah, maybe haku akan jadi Mod sampai umor 55tahun. Siapa tahu kan? (tolak Bosensem laa sbb dia lebih bersifat Bos, bukan Mod).

Jadi utk mereka2 yg dah blah... Good luck haku ucapkan dengan karier baru & kerjaya baru yg lebih MANTOP (kata Samsul Ghau2). Kalo korang ade buat silap kt tempat baru & kalau bos baru tanye siapa punye keje ni? Siapa Punye??? korang jawab aje Man Belon yg punye !!!

Selain itu, haku juga telah bertukar shift or jadual keje. Skang ni haku bergandingan dgn CikKipas (nama pena baru dia). Nak kene komen sikit ke? CikKipas ni jenis yg sangat rajin chat sampai haku suruh dia supaya berenti2 or rehat2 sikit chat tu. Antara sebab2 haku soh dia relak2 sikit ialah 1)haku chat sikit aje 2)Nampak mcm dia berusaha sangat laa pulak (walopon ini adalah suatu yg bagus) 3)Takut jari dia patah kalo dia hentam keyboard tu melebihi halaju yg ditetapkan. Apa2 pun cikKipas teruskan aje kerja anda dgn jayanye.

Okeh laa.. tu je dulu utk kali ni. Haku tgh pikir ni nak sambung layan movie ke or nak men PS2 lagi.. ermmm..

Wednesday, January 21, 2009

Assalamualaikum Wbt.

Captain's Log 21st January 2009. (Masih lagi sessi qada' posting)

Mcm mana haku bleh terlupa yg ini ? Open house di rumah salah seorang Mod Bujang @15. Juga rumah bekas2 mod yg lain. Makanan mmg superb sampai kan ada yg tambah berkali, tidak kurang juga ada yg tidak mahu balik.

Assalamualaikum wbt.

Captain's Log 21st January 2009

Seperti yg dijanjikan selepas haku merdeka sikit, exam pun dah abis, cuma menunggu result yg tak kunjung tiba bersama debaran. So korang bleh click sini utk gambar2 perkelahan Sungai Congkak tempoh hari.

Selamat menjamu mata!

Sunday, January 11, 2009

Assalamualaikum wbt.
Hampir sebulan jugak lah haku x update ape2 kt blog ni kan.

Captain’s Log January 11, 2009; So kt sini haku update benda2 yg haku x sempat nak update sejak pemergian haku ke tempat pertapaan haku aritu (selepas last post aku). Haku namakan or labelkan cerita ni sebagai BACKDATED EVENT SERIES… Itu pun sebab dah ade bunyi2 soh haku update blog. Ye laa.. haku update ni tp there was a sacrifice to be made; haku terpaksa mengular. Huhuhuk


Captain’s Log for Backdated Event Siri 1: Kepala Batu- 15th December 2008

Batu? Kt dunia ni ada mcm2 jenis batu- Batu kelikir (ke kerikir?), Batu Api, Batu blok, Batu bata, Batu karang, Batulbah kalo ko & last but not least.. Batu nesan.. Tp kt bawah ni haku nak cerita pasal Batu Garam.

Fakta di bawah haku carik selepas sahaja haku melakukan event di bawah. Well sebenarnye haku pegi meronda2 a.k.a Wandering around mencarik bola bowling… tapi biasa laa, lain yg dicarik, lain yg kita jumpa; (sama konsep macam kita tunggu bas laa.. Kalo tak tunggu bas, berduyun2 bas lalu… Kalo tunggu, sejam pun belum tentu sampai). Haku tatau laa ape kaitan nye, cuma masa Form 1 dulu haku penah pegi sekolah naik bas & penah kene denda kutip sampah keliling padang sbb bas yg LEMBAB.

Baca laa bawah ni dulu & tengok2 laa gambar yg haku snap sendiri. (Haku tau mmg sesetengah manusia kt dunia ni Malas Baca bila tengok benda panjang2 ni)

Lampu Garam Bukit

Sinaran Terapi Semulajadi Jutaan Tahun

Rock Salt ataupun dikenali sebagai Garam Bukit hanya boleh didapati di kawasan Asia dan Eropah. Ianya bukit garam batu yang terbentuk secara semulajadi kira-kira 256 juta tahun dahulu. Penyelidikan saintifik dan empirik telah membuktikan bahawa lampu garam bukit mempunyai elemen biofizikal yang mampu meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan hidup kita melalui tiga proses iaitu:

  • Penghasilan ion negatif secara semulajadi
  • Peneutralan dan pengimbangan frekuensi elektromagnetik
  • Terapi cahaya berwarna (600-700 nanometer)

Secara Bioimia dan Biofizikal pula lampu Garam Bukit membantu mengimbang dan meneutralkan fungsi badan kita kepada ritma getaran tenaga semulajadi.

Tahukah anda bahawa penggunaan alat perkakasan elektrik seharian seperti komputer, televisyen, radio, penyaman udara serta asap rokok boleh menjejaskan tahap kualiti udara di persekitaran anda. Lebihan ion positif yang dihasilkan telah menyebabkan kekurangan dan ketidakseimbangan yang mengganggu kualiti udara segar.

Ia juga menjejaskan kesihatan secara fizikal dan emosi. Untuk mengembalikan keseimbangan ion negatif yang amat penting untuk kesihatan, kita perlu mempertingkatkan kualiti udara seperti di kawasan pergunungan dan air terjun yang telah kita sedia maklum tentang kesegaran udaranya. Kajian saintifik Institut Penyelidikan Bio-Fizikal Jerman mendapati pelepasan haba daripada batu garam kristal mampu memulihkan kualiti udara.

Garam adalah bersifat semulajadi(neutral). Permukaan garam akan menyerap lembangan dari udara. Apabila dipanaskan, ia akan melepaskan semula zarah- zarah ion negatif keudara. Ion-ion negatif ini mampu membunuh bakteria dan membersihkan udara walaupun dalam kuantiti yang kecil.

Rock Salt Lamp atau Lampu Garam Bukit merupakan satu langkah alternatif untuk membersihkan udara pada masa kini. Penggunaannya telah begitu meluas di seluruh dunia. Ia boleh didapati di kawasan bukit Asia. Ia telah terbentuk semulajadi sejak ratusan juta tahun dahulu. Ia dibentuk secara teliti untuk memelihara keunikan dan bentuknya yang semulajadi.

Apa itu ion negatif ?
Berbilion-bilion Ion negatif dihasilkan secara semulajadi melalui angin, cahayamatahari, air terjun, hujan ribut dan buih ombak. Tempat-tempat ini membekalkan udara yang sungguh menyegarkan untuk kebaikan kita. Secara amnya satu Ion negatif adalah molekul oksigen yang dicajkan secara elektronik. Ion positif dalam udara adalah molekul yang telah kehilangan elektronnya melalui proses pencemaran udara.

ION NEGATIF- (SUMBER UDARA DARI)
0 – 100 (Dalam bilik)
0 – 200 (Dalam pejabat dengan sistem penghawa dingin)
20 – 250 (Dalam pesawat)
250 – 500 (Dalam rumah - ruang tamu)
250 – 750 (Persekitaran perindustrian)
1000 – 2000 (Kampung)
1000 – 5000 (Gunung)
5000 – 20000 (Dalam gua)
25000 – 100000 (Air terjun)

Dr Albert P. Krueger, seorang ahli mikrobiologi dan ahli patologi ujikaji diUniversiti California, mendapati bahawa kuantiti Ion Negatif yang kecil boleh membunuh dan menyingkir bakteria dalam udara dengan cepat. Dengan itu ia dapat mengurangkan kemungkinan jangkitan kepada orang. Kajian saintifik menunjukkan lampu Garam Bukit boleh meningkatkan ION NEGATIF(Vitamin Udara) sehingga 300% atau 3 kali ganda.

Fungsi Lampu Garam

  • Bukit Meneutralkan dan mempertingkatkan kualiti udara.
  • Mengurangkan pencemaran udara.
  • Mempercepatkan tahap pemulihan pesakit asma.
  • Menyembuhkan luka akibat terbakar.
  • Memberikan kesan positif ke atas tindakan kita terhadap perangsang deria.
  • Mengurangkan sebahagian besar bakteria yang terkandung di dalam udara yangada di dalam rumah
  • Digunakan sebagai bahan terapi penyinaran untuk meningkatkan sistem imunisasi kita.
  • Melegakan resdung, migran, pening kepala, demam panas, serangan selsema.
  • Meningkatkan tahap produktiviti kerja / konsentrasi.
  • Meningkatkan kapasiti denyutan jantung.
  • Mengurangkan perasaan cemas / berdebar-debar.
  • Mempengaruhi tahap serotomin dalam aliran darah

Kesesuaian pemasangan Lampu Garam

  • Tepi katil- Selamat digunakan sebagai lampu malam yang cantik, dan menjadikan malam anda suasana yang harmoni dan romantik
  • Pejabat- Dapat meningkatkan tahap konsentrasi kerja di samping membersihkan ruang udara dan mengurangkan tekanan
  • Bilik Bacaan/persendirian- Mewujudkan suasana yang menyegarkan dalam proses pembelajaran / bacaan yang panjang
  • Tepi komputer / meja pejabat- Sangat sesuai dan bukan sahaja cantik malah dapat mengurangkan radiasidaripada skrin monitor.
  • Bilik rawatan / terapi- Mewujudkan suasana yang tenang dan membersihkan udara di sekitar bilik
  • Ruang rehat / tamu- Samada di rumah mahupun pejabat, menjadi satu hiasan yang cantik dan dapat menikmati suasana harmoni
  • Kawasan merokok- Dapat menghilangkan bau yang kurang menyenangkan dengan cepat
  • Feng Shui- Berupaya menambah tenaga di dalam bilik apabila diletakkan di tempat-tempat yang strategik
  • Cara Penjagaan- Lampu ini tidak boleh digunakan di dalam bilik yang lembap atau di luar rumah.Jika terkena air, gunakan seperti biasa. Haba atau kehangatan cahaya lampu itu boleh mengeringkannya. Gunakan pada suhu kering. Selamat digunakan walaupun di dalam bilik tidur bayi. Sentiasa pasang lampu ini untuk mendapat udara yang segar.

Kembali kepada situasi asal, haku pegi carik bola boling... last2 haku dapat batu boling. Tak cukup sehari, esok nye haku pegi lagi sbb bakal mak mentua haku berkenan pulak dgn batu2 tu. Siap rekomen kt kawan2 dia beli batu tu. N haku secara x langsung menjadi pengangkut batu secara sukarela a.k.a bakal menantu yg bagus.

P/S: Hasil dari interview haku dengan tukang jual batu, dia kata kalo orang cina biasa nye akan beli yg kaler merah2 sikit. Ye laa kan, diorang kan suka kaler2 merah cam Gong xi fa cai tu. Antara sebab2 aku beli bendalah selain drpd sebab2 di atas ialah, tpt haku beli ni amat murah berbanding tpt lain. Sekian

Sedang blog ini ditulis, batu yg sama sedang menyala nyala di rumah baru ku utk suasana harmoni. (merujuk kepada perkara di atas)

To be continued with another event...