Wednesday, January 28, 2009
Assalamualaikum wbt.
Captain's Log 28th January 2009...
Aku terpanggil utk menaip lagi (walopon hari2 keje menaip), tp yg haku nak taip ni, pasal BLOGGING.
Baru2 ini haku menerima sepucuk surat dari pembaca blog haku ni.
Antara lain, surat tersebut berbunyi begini:
Selain menaip or mengarang blog, haku selalu gak melakukan "blog hopping" ala2 island hopping laa.. melompat dari 1 blog ke 1 blog yg lain... dari blog kawan2, sampai lah blog2 artis or selebriti. Haku yakin gak ade gak kawan2 yg jadikan blog haku sebagai pulau persinggahan, apatah lagi chatters2 @15 yg selalu gak melawat blog haku ni.
Haku hairan gak bile ade yg buat blog, tapi x mau org lain bace blog diorang or limitkan org yg masuk ke blog diorang. Lagi2 kalau ade gambar & sebagainye. Lebih2 lagi bila ade yg tau org tengok blog dia or komen2, diorang marah2 & sebagainye. Tak kurang juga yg menuduh org lain membocorkan alamat blog diorang kepada manusia2 yg sangat berminat kepada mereka.
Pernah sekali tu, haku telah dituduh menjadi punca kepada pembocoran alamat blog "rakan2 artis" yg lain kepada chatters @15. Weii, korang tulis blog utk siapa? Tapi takpe, haku dengan rela hati mendelete link2 blog mereka di blog haku ni. Benda berlaku pada satu masa yg lalu... saje haku cungkil balik.
Ini bagi haku, adalah sesuatu yg bertentangan dgn tujuan penulisan blog itu sendiri. Blog ditulis utk merekodkan event2, perkara2 or benda2 menarik yg boleh dikongsi bersama para pembaca di seluruh alam. Kalau laa lalat tu boleh membaca & bukak internet, sang lalat pun sudi membaca cerita2 kalian itu.. x kisah la pasal makan kt tempat awam ke, pakaian anda tidak berbasuh ke or even sambutan harijadi anda bersama boipren / gelpren tersayang.
Ada beberapa cadangan bernas sekiranya anda tidak mahu blog anda menjadi tatapan umum & menjadi tempat kebanjiran chatters:
- Setkan blog anda menjadi "PRIVATE"- haku tatau laa function ni ade ke tak.. korang cuba try test uji.
- Selain blogger.com, anda juga boleh menulis kejadian2 yg berlaku kepada anda menggunakan Microsoft Word (jika anda mahukan font kaler2) or Notepad jika anda hanya mahu menulis. Kemudian simpan segala penulisan anda di dalam hard disk or pendrive anda. Letakkan pendrive anda di dalam laci yg berkunci. Utk menambahkan security, anda boleh menambah mangga kepada laci anda itu.
- Jika anda masih berasa teruja utk menggunakan internet, anda boleh mengupload penulisan anda tadi di mana2 upload server seperti Rapidshare, Savefile.com, Megaupload & sebagainye. Biarkan sahaja file anda tersimpan di situ & anda sahaja yg tahu login & password nya.
- Jika anda masih berdegil jugak nak buat blog, pastikan alamat blog anda susah utk ditulis menggunakan keyboard biasa; paling bagus kalo menggunakan alamat bahasa Jawi. & pastikan juga penulisan2 anda dalam bahasa yg sukar difahami sebagai contohnya bahasa india, sanskrit, tionghua & sebagainya.
Surat ini dikirim oleh: LASEP (Bukan PESAL)
Labels: Corat Coret
Amik ko..ayat Pesal memg laser beb!!!!!!!