Saturday, July 12, 2008

MODUNDI @15


Sorri semua.. dah lebih seminggu aku x post ape2.. bukan malas.. tapi sebenarnye.. sangat malas.. hahahak. Tapi aku cuba gak curik2 masa buat blog ni.. utk semua kaki2 baca @15.

Okay.. captain's Log 12 July 2008.. genap hari ke-7 berlangsung program terbaru di @15 iaitu MODUNDI. SO far so good respon yg diberikan dari chatters2 @15.

Kalo korang nak tau, benda MODUNDI ni mmg dah lama ade dalam cadangan.. cuma takde mase yg sesuai langsung nak buat benda ni. Setiap tahun kita ada AF.. pastu ade pulak Ikon.. pastu Raja Lawak.. pastu ade AF lagi.. & mcm2 lagi program yg memerlukan pengundian termasuk le kt cenel2 lain pun. Event kt Hitz.TV pun ade undi nak pilih lagu (UP2U). Di Era kita ada carta undian Top30 & berape2 lagi top ntah. Bulan 3 aritu, kita ada UNDIAN UMUM a.k.a Pilihanraya Umum. Tapi, haku rase.. mari kita semua kembali ke zaman Glamor Gila dulu.. yg org dok undi OUT utk peserta2 yg mereka x suka & UNDI IN utk peserta yg mereka suka. Tengok mcm mana Kumpulan The MODS yg x buat performance ape pun.. still org undi. (diorang buat laa cukup syarat nyanyi2 sikit + magic2 tak jadi sikit)... haha

So, disebabkan kisah dongeng & mitos The Mods tu.. idea tu dah timbul masa tu jugak rasanye.. n mcm haku cakap tadi, tiada masa utk program undian mod ni direalisasikan. Sehinggalah selepas AF6.. era KEMANDOMAN (perkataan asal = mandom), bermula. Mungkin ramai jugak dah menjangka yg AF6 tidak akan mendapat sambutan yg menggalakkan berbanding AF AF sebelum nye.. Kita sendiri boleh tau, MERIAH BETUL dengan MERIAH YG DIBUAT-BUAT, mmg jauh beza nye. Dengan fan fan AF6 yg ade beberape kerat tu, nampak laa sikit meriahnye. walopon x banyak.. katanya.

EURO 2008 dah abis, Event @15 pun dah abis.. The right time has come. MODUNDI ni dilancarkan tepat pukul 12mlm hari sabtu minggu lepas. Malam minggu.. haku keje time tu. Promosi agak kurang di awal2 waktu tu. Problem2 awal seperti org vote x kuar emoticon pun ade laa sikit2. Mengikut idea asalnye, sepatutnye emoticon yg keluar tu, adelaa pergerakan sikit2. Mcm kene BOM tu, sepatutnye BOM tu jatuh dari mane ntah, pastu meletup kebabom.. So nampak laa realistiknye kene MODOUT tu. Tp itu idea asal. taktau ke mane pegi idea tu, maybe akan di UPDATE setiap minggu kot.

Soalan pertama yg mungkin timbul kt kepala2 geliga chatters@15; MODUNDI ni utk ape? Siapa diorang ni yg kita nak undi2? diorang ade nyanyi2 ke? Haku jawab senang je; MODUNDI ni utk cara terbaru utk MONITOR performance moderator2 @15 ni.. cara diorang bekerja, cara diorang layan korang, cara diorang chat, cara diorang nak tarik undi, & mcm2 cara lagi.. semuanya ditentukan oleh chatters@15 yg setiap hari DEAL dgn mereka ni. Bukan bermaksud pihak management nak lepas tangan, tp ini boleh dianggap sebagai salah satu aspek penilaian mereka. Korang bleh tengok sendiri mcm mane komitmen moderator pada benda ni. Komitmen pada benda ni adalah bermaksud komitmen kepada kerja. So jangan salahkan mereka kalo ade yg over or lebih2 utk raih undi. Itu adalah KERJA mereka. Terpulang pada korang utk membuat undian.

Lagi satu, MODUNDI ni boleh dianggap sebagai PERCUBAAN utk melakukan AFOUT dalam AF akan dtg. Sama ada boleh jalan atau tidak.. Mcm mane dengan PEPERANGAN yg akan berlaku antara UNDI IN dengan UNDI OUT kalo benda ni dipraktikkan dalam AF nnt? So kt sini kite bleh tengok sebagai satu rehearsal kecil kecilan.

Jangkamasa MODUNDI ni takde laa lama sangat mcm AF tu.. & diharap korang jangan mudah bosan pulak. Sampai ujung bulan je pun. Cukup ujung bulan ni.. nama2 TOP 5 akan keluar.. pastu sambung lagi 2 Minggu utk TOP 5 sahaja. Masa ni.. ELIMINATION satu persatu MUNGKIN akan dilakukan sehinggalah hari ke-14 kite mendapat seorang Juara. Korang berikan sendiri laa gelaran ape korang nak beri utk Juara tu. Sebab gelaran tu pun belum ditentukan.

Pengiraan PERATUS utk MODUNDI utk satu2 MOD tu.. mudah je, n sangat2 relevan. Jumlah MODUNDI tolak MODOUT je.. pastu carik laa peratus mcm biasa. Benda peratus tu akan ditayangkan dari semasa ke semasa utk update kt korang. Semuanya telus & tiada sebarang unsur penipuan mengenai peratusan. Sbb benda2 peratusan ni amat2 sensitip.


The catch utk Moderator ni maybe dapat makan dinner kt tempat mewah bersama pengundi2 yg membuatkan dia menjadi JUARA or TOP 5 tu. & Kemungkinan besar ade hadiah2 mewah yg lain utk Chatters@15. Pasal hadiah ni, korang bleh bertanya pada yg otai2 mcm Bosensem & pihak pengurusan yg lain mcm KakJey, Kak Izan & Pendi. (ahaks.. masuk jugak nama2 ni dalam blog haku)

Cara2 nak MODUNDI:

Taip MODUNDI NICKNAME MOD YG BERTANDING & hantar ke 32999
Undi Sakan lak: MODUNDI3 NICKNAME MOD & hantar ke 32999.
*sakan sampai 3 je... haa ade yg tanye apsal haku undi 3 keluar satu je.. MODUNDI3 tu mmg masuk kiraan sebagai 3 UNDIAN.. tp keluar kt cenel dalam bentuk satu EMOTICON je.. (gambar selain drpd gambar BUNGA bermaksud org tu UNDI 3 laa)

Utk MODOUT.. sama je caranye cuma tukar perkataan MODUNDI tu dgn MODOUT laa. Haku xnak ajar lebih2 MODOUT ni.. sbb kang anak murid makan tuan.. kakakaa (skang ni pun haku dah 70% menyumbang kpd MODOUT antara semua MOD yg dpt MODOUT)

p/s: TAKDE UNDIAN MELALUI TALIAN TETAP


So haku rase, semua persoalan dpt dijawab dengan selambe.. sebarang surat menyurat ke rumah haku takkan dilayan. Korang teruskan je mengundi MOD mane yg korang suka, MOD mane yg korang menyampah, MOD mana yg korang beria ia promot n MOD mane yg korang mcm nak ajak gaduh je.. Semua terpulang & 100% di tangan korang. Bagi haku pulak.. mcm haku cakap tadi.. ITU ADALAH KERJA & komitmen pada kerja ngko dinilai melalui bagaimana korang bekerja pada satu masa & ketika itu. huahuhahua.

Siapa2 nak tanye.. bleh tinggalkan NOTA kt chatbox je.. or antar Chat NOTA UTK PESAL MESEJ PERTANYAAN & hantar ke 32999. (mase haku keje le; time haku cuti.. haku layan blog je laa)

1 Comment:

  1. Anonymous said...
    This blog could be more exciting if you can create another topic that everyone can relate on.

Post a Comment