Tuesday, July 1, 2008
Amazing Hunt @15 - The Chronicle
Allo eberibodi!! Mcm best je buat tajuk The Chronicle tu.. Walopon maybe x sesuai sangat, disebabkan haku punye blog, so suke ati haku je le nak tulis tajuk ape.
Captain's log... 27, 28 & 29 Jun 2008.. Hari kejadian The Amazing Hunt @15... Tibalah masanya setelah setup yg panjang sejak 3 bulan yg lepas.. Semua crew sudah bersedia.. lanun2 dari serata tanah air juga sudah bersedia menerima sebarang cabaran... & bersedia menjawab soalan2 Treasure Hunt..
Okay kita mulakan dulu dengan Briefing Day pd 27hb Jun 2008. Bertempat di ASTRO Bukit Jalil, persatuan2 lanun a.k.a peserta2 Amazing Hunt telah menghantar minimum 2 org wakil utk mendengar hujah2 dari Ketua Lanun @15 (abg Botak a.k.a Abg Stone).
Semua berjalan lancar petang itu dgn 2 sessi briefing dari Abg Stone kita.. disebabkan kapasiti Dewan Teater tu hanya mampu menampung 45 org pd satu2 masa.(Sebenarnye kitorang xdpt Studio 1 tu, kalo x memang boleh je sumbat semua... haku rase laa). So mereka2 yg hadir telah pun mengambil goodie bag masing2 yg mengandungi Tshirt Ekslusif Amazing Hunt, petrol voucher & juga cenderahati2 yg amat limited. Di samping itu, mereka juga dijamu dengan makanan2 sbg pengalas perut sebelum mendengar briefing yg panjang lebar dari Abg Stone.
Pagi esoknya... saat yg dinantikan pun tiba. Crew2 Amazing Hunt @15 telah berada di ASTRO Bukit Jalil seawal jam 6 pagi.(Kecuali aku laa sbb haku dtg pukul 6.30... banyak lagi keje x setel time tu). Kami dikejutkan (sebenarnye AdjUst yg dikejutkan) oleh AwekJB yg datang BERDUA bersama seorang lelaki yg tidak kami kenali. AwekJB kata lelaki tu masuk gak Amazing Hunt ni, dan telah membayar yuran pendaftaran kpd seorang chatter yg dikenali sbg KKENDA. Masalah bagi kami pula ialah KKENDA tu x masuk pun Amazing Hunt ni.. So maybe disebabkan KEBAIKAN HATI awekJB tu, dia bawak jugak mamat tu menaiki teksi ke ASTRO Bukit Jalil pagi tu jugak. Lepas beberapa ketika, awekJB still kt kaunter bertanya kan pada Bai yg menjaga kaunter pagi tu, kot2 ade team yg kosong lagi. N selepas beberapa ketika juga, LELAKI tersebut terus M.I.A xdpt ditemui. AwekJB pulak masuk team mana ntah.. haku pun x tau le..
Letih jugak nak menunggu sekor2 sampai ni.. Sampai pukul 7.30, hampir semua kereta telah bersedia dlm garisan.. kecuali team Ops! Terlupa Pulak. Info yg kami dpt, Driver team tersebut baru sahaja bangun tido pukul 7 pagi tu.. N semasa pukul 8 utk Flag Off, Kereta mereka berada di Putrajaya & sedang dlm perjalanan ke ASTRO.. So xleh nak buat ape laa... kami terpaksa Flag Off dengan 42 kereta sahaja. Setelah sessi final briefing & bacaan doa oleh Ustaz Saidul Mujaddah... Semua kereta Flag Off tepat pukul 8 dari ASTRO Bukit Jalil menuju ke checkpoint pertama.
Di pihak crew penjaga checkpoint pulak, kami semua telah pun dibekalkan oleh abang Stone dgn envelope2 yg untuk diberikan kepada peserta di setiap checkpoint. Haku terpaksa bergegas ke checkpoint ke-4 - Genting Sempah bersama 5tussy & KakJey selepas sahaja diorang Flag Off tu.
1st Checkpoint - Tugu Negara
*Cabaran di checkpoint ni mudah je... ambil gambar di hadapan Tugu Negara bersama semua ahli kumpulan.. pastu antar MMS bergambar tu ke @15. Dengan menaip COMP. No
2nd Checkpoint - KLCC
3rd Checkpoint - Eye Of Malaysia
4th Checkpoint - R & R Genting Sempah
5th Checkpoint - Hutan Lipur Lentang.
6th checkpoint - Lanchang
7th Checkpoint - Temerloh
8th Checkpoint - Maran
9th Checkpoint - Gambang
Dari checkpoint Gambang, diorang akan start sessi Treasure Hunt pulak. Tulip diberikan selepas selesai sahaja cabaran di Gambang tu. So, lanun2 ni kene masuk pekan Kuantan, jawab2 soalan treasure Hunt & terus menuju ke Sanctuary Resort di Cherating utk finishing. Haku pulak, mcm biasa laa ade keje lagi.. dah abis singgah2 semua checkpoint, haku n crew dlm kete terus pecut pegi ke Sanctuary Resort. Kami x masuk Kuantan ikut peserta nak tangkap2 gambar lagi.. sbb dah lambat. Haku kene ada kt sana pukul 2.30. Sbb Mini Bike tu sampai pukul 2. Kaunter finishing bukak pukul 2.30. Memang haku terpaksa memecut dgn kelajuan melebihi had laju yg ditetapkan.. Terus ke penghujung Highway LPT.. sbb ikut sana lagi dekat kalo nak ke Sanctuary tu.
10th Checkpoint - Mini a.k.a Pocket Bike di Parking lot Sanctuary Resort. *Peserta yg sampai je kt kaunter finishing diberikan satu lagi kertas cabaran, markah 10. Diorang kene naik mini bike, tanpa menjatuhkan kaki, buat pusingan 8, dua kali pusing. Nampak mcm senang je.. sbb ramai yg lulus checkpoint ni. So kalo dah setel, haku cop OK... diorang terus pegi Finishing tadi utk serah jawapan, video & treasure yg ada. Kt bawah ni adalah sikit2 aksi permotoran diorang tu.
DINNER WITH PIRATES. - The Curse of Black Pearl
Ermm.. haku x tau nak cerita apa pasal dinner ni. Semuanya serba x menjadi as plan. Mcm kene cursed pun ade.. bayangkan, dari sistem audio, aircond, itenary, makanan, Reza blah dari jadi Emcee sbb sakit & sebagainye... Semua fun yg kitorang lalui pada siang hari di"spoil"kan oleh dinner tu.. Tu yg haku buat muka ketat je tu. Taktau nak salahkan siapa.. tp of course le salah pertama, resort tu sendiri laa kot. Buat benda x seperti yg dijanjikan. Bayangkan haku nak connect laptop ke sistem audio diorang pun, diorang boleh kata sepatutnye haku yg kena sediakan kabel. Pastu boleh pulak suruh haku letak mic je kt laptop tu.. kelakar2.. Korang mungkin boleh buat cara bangbil lu pikirlah sendiri. hahak.. Tp apa2 pun semua tetap berjalan lancar walaupun ada suara2 x puas hati yg kedengaran.. huhuk. Mintap maap dari kami di @15 kalo dinner tu spoilkan mood korang. Apa2 pun korang semua mmg sporting sbb sanggup berpakaian ala2 lanun.
Malam tu, selepas post mortem + planning utk esok pulak kt kedai depan resort tu sambil makan2, haku & crew2 lanun yg lain balik ke bilik.. ape lagi.. membongkang laa. Haku sekali landing je terus lelap. maybe sebab penangan tido SEJAM je malam sebelum Amazing Hunt tu.
Beach Game - *The Spoil has been covered.
Panggil punye panggil.. dapatlah kami kumpulkan lebih kurang 60 org utk join Beach Game pagi tu. (6 team x 10 org setiap team).. Mula2 plan nak buat 4 game... Sand Castle, Boling kelapa, Longest line + (satu lg haku dah lupa pulak).. Tapi bila matahari dah naik atas kepala.. terpaksa cut jadi 3 game je. Game yg haku lupa nama tu yg terpaksa dipotong dari senarai. Memang seronok laa beach game ni.. dapat laa cover sikit keseronokan utk dinner malam tadi tu. hahahak.. kan? kan? kan?
Abis je Beach Game... ingatkan nak lepak2 tepi swimming pool.. haa amik ko.. semua kene baling masuk kolam.. haku x sempat nak amik gambar selepas kene baling dlm kolam tu.. Dapat gambar sebelum kene baling je laa..kakaka.. korang2 yg kene baling je laa tau cemane gambarannye..
Thanks utk semua yg terlibat sekali lagi.. Thanks to all sponsor yg besar mahupun yg kecik2.. Thanks to all participants.. Thanks to Stone Event.. Thank you. (ape2 hal kalo Stone Event nak pakai crew berkaliber, jgn lupa contact ye.. hahak)
Kat BAWAH ni aku letak link utk korang download SLIDE SHOW yg ditayangkan semasa DINNER WITH PIRATES tu.. Tp versi yg sudah aku alter sana sini utk menambahkan lagi perisa nya.. Korang download n tgk puas2.. Bagi aku, Picture with dialogue lebih LIVE & lebih SIMPLE.
>>> DOWNLOAD SLIDE SHOW <<<
Labels: Channel 15 EVENT - June 2008 (3)