Wednesday, February 4, 2009
Haku nak cite pasal tv series yg haku layan setiap minggu, tp mcm malas ler pulak nk menaip nye. lain kali aje ler..
Labels: Corat Coret
Wednesday, January 28, 2009
Assalamualaikum wbt.
Captain's Log 28th January 2009...
Aku terpanggil utk menaip lagi (walopon hari2 keje menaip), tp yg haku nak taip ni, pasal BLOGGING.
Baru2 ini haku menerima sepucuk surat dari pembaca blog haku ni.
Antara lain, surat tersebut berbunyi begini:
Selain menaip or mengarang blog, haku selalu gak melakukan "blog hopping" ala2 island hopping laa.. melompat dari 1 blog ke 1 blog yg lain... dari blog kawan2, sampai lah blog2 artis or selebriti. Haku yakin gak ade gak kawan2 yg jadikan blog haku sebagai pulau persinggahan, apatah lagi chatters2 @15 yg selalu gak melawat blog haku ni.
Haku hairan gak bile ade yg buat blog, tapi x mau org lain bace blog diorang or limitkan org yg masuk ke blog diorang. Lagi2 kalau ade gambar & sebagainye. Lebih2 lagi bila ade yg tau org tengok blog dia or komen2, diorang marah2 & sebagainye. Tak kurang juga yg menuduh org lain membocorkan alamat blog diorang kepada manusia2 yg sangat berminat kepada mereka.
Pernah sekali tu, haku telah dituduh menjadi punca kepada pembocoran alamat blog "rakan2 artis" yg lain kepada chatters @15. Weii, korang tulis blog utk siapa? Tapi takpe, haku dengan rela hati mendelete link2 blog mereka di blog haku ni. Benda berlaku pada satu masa yg lalu... saje haku cungkil balik.
Ini bagi haku, adalah sesuatu yg bertentangan dgn tujuan penulisan blog itu sendiri. Blog ditulis utk merekodkan event2, perkara2 or benda2 menarik yg boleh dikongsi bersama para pembaca di seluruh alam. Kalau laa lalat tu boleh membaca & bukak internet, sang lalat pun sudi membaca cerita2 kalian itu.. x kisah la pasal makan kt tempat awam ke, pakaian anda tidak berbasuh ke or even sambutan harijadi anda bersama boipren / gelpren tersayang.
Ada beberapa cadangan bernas sekiranya anda tidak mahu blog anda menjadi tatapan umum & menjadi tempat kebanjiran chatters:
- Setkan blog anda menjadi "PRIVATE"- haku tatau laa function ni ade ke tak.. korang cuba try test uji.
- Selain blogger.com, anda juga boleh menulis kejadian2 yg berlaku kepada anda menggunakan Microsoft Word (jika anda mahukan font kaler2) or Notepad jika anda hanya mahu menulis. Kemudian simpan segala penulisan anda di dalam hard disk or pendrive anda. Letakkan pendrive anda di dalam laci yg berkunci. Utk menambahkan security, anda boleh menambah mangga kepada laci anda itu.
- Jika anda masih berasa teruja utk menggunakan internet, anda boleh mengupload penulisan anda tadi di mana2 upload server seperti Rapidshare, Savefile.com, Megaupload & sebagainye. Biarkan sahaja file anda tersimpan di situ & anda sahaja yg tahu login & password nya.
- Jika anda masih berdegil jugak nak buat blog, pastikan alamat blog anda susah utk ditulis menggunakan keyboard biasa; paling bagus kalo menggunakan alamat bahasa Jawi. & pastikan juga penulisan2 anda dalam bahasa yg sukar difahami sebagai contohnya bahasa india, sanskrit, tionghua & sebagainya.
Surat ini dikirim oleh: LASEP (Bukan PESAL)
Labels: Corat Coret
Monday, January 26, 2009
1. Aku sibuk berpindah rumah, semua org tau keje pindah rumah mmg leceh. Packing - Angkut - Unpack balik. & keje paling meletihkan ialah MENGANGKUT. Sebab rumah baru haku ni di tingkat 3. Memang letih nak angkut semua benda. Haku ni jenis kalo boleh nak angkut semua, takde nak tinggal or buang ape2. Kalo barang2 yg terlampau lama or dah x guna tu je yg haku betul2 buang. Workstation kt bawah ni pun diubahsuai menggunakan barang2 lama yg masih boleh digunakan lagi. (Paling latest: Haku busy layan movie)
2. Aku busy belajo.. study.. nak amik exam laa katakan. Dulu2 mase zaman blajar kt U taknak belajo rajin2. Padahal mak dah pesan belajo rajin2. Tapi tu ler, manusia ni kalau makin dipesan, makin laa x buat. So, skang ni haku rase insap sikit kalo bab belajo ni. Hidup ibarat roda, sekali kita malas, x semestinya selama nya kita malas... n masa ni ialah turn haku utk jadi rajin... cuma haku akan bersiap sedia bila tiba semula time malas haku.. haha
3. Haku busy main game. Ni salah satu tabiat xleh buang sejak dulu lagi. Gila men game, tapi main x pandai2 gak. PS2 hasil sumbangan ni sebenarnye baru je haku amik dari rumah Epa, sebab Epa pun x reti main PS2 sangat.. so ape lagi, PS2 come to daddy laa.. haha.
Maybe semua chatters or yg bace blog haku ni dah tau yg Mod2 @15 skang ni tinggal berapa kerat aje. 6 org dah berpindah ke department baru termasuk Epa; yg lain2 pulak ialah Dakheart, 5tussy, Frappucinobukit, Hipor & Djeket. Semua ni pompuan. Yg berenti pulak ialah Sbonez & Adjust (ujung bulan ni diorang last). Ini telah menjadikan haku sebagai Mod @15 lelaki paling lama sekali berada di @15. Satu rekod jugaklah, maybe haku akan jadi Mod sampai umor 55tahun. Siapa tahu kan? (tolak Bosensem laa sbb dia lebih bersifat Bos, bukan Mod).
Jadi utk mereka2 yg dah blah... Good luck haku ucapkan dengan karier baru & kerjaya baru yg lebih MANTOP (kata Samsul Ghau2). Kalo korang ade buat silap kt tempat baru & kalau bos baru tanye siapa punye keje ni? Siapa Punye??? korang jawab aje Man Belon yg punye !!!
Selain itu, haku juga telah bertukar shift or jadual keje. Skang ni haku bergandingan dgn CikKipas (nama pena baru dia). Nak kene komen sikit ke? CikKipas ni jenis yg sangat rajin chat sampai haku suruh dia supaya berenti2 or rehat2 sikit chat tu. Antara sebab2 haku soh dia relak2 sikit ialah 1)haku chat sikit aje 2)Nampak mcm dia berusaha sangat laa pulak (walopon ini adalah suatu yg bagus) 3)Takut jari dia patah kalo dia hentam keyboard tu melebihi halaju yg ditetapkan. Apa2 pun cikKipas teruskan aje kerja anda dgn jayanye.
Okeh laa.. tu je dulu utk kali ni. Haku tgh pikir ni nak sambung layan movie ke or nak men PS2 lagi.. ermmm..
Labels: Corat Coret
Wednesday, January 21, 2009
[Backdated Event Series] Lebih lama! Zaman Open House 2008!
0 Komen Ikhlas Just My Point of View PeXXaL Pada 12:52:00 PMAssalamualaikum Wbt.
Captain's Log 21st January 2009. (Masih lagi sessi qada' posting)
Mcm mana haku bleh terlupa yg ini ? Open house di rumah salah seorang Mod Bujang @15. Juga rumah bekas2 mod yg lain. Makanan mmg superb sampai kan ada yg tambah berkali, tidak kurang juga ada yg tidak mahu balik.
Labels: Backdated Event Series 2008
[Backdated Event Series] Piknik @ Sungai Congkak
0 Komen Ikhlas Just My Point of View PeXXaL Pada 11:46:00 AMAssalamualaikum wbt.
Captain's Log 21st January 2009
Seperti yg dijanjikan selepas haku merdeka sikit, exam pun dah abis, cuma menunggu result yg tak kunjung tiba bersama debaran. So korang bleh click sini utk gambar2 perkelahan Sungai Congkak tempoh hari.
Selamat menjamu mata!
Labels: Backdated Event Series 2008





