Saturday, June 27, 2009
Assalamualaikum wbt.
.
Captain's Log 27th June 2009
.
*Nak promo sikittttttttt..
Labels: Channel 15 Event, Menembak, Paintball
Sunday, June 21, 2009
.
Captain's Log 20th June 2009 (Happy Fathers' Day esok)
.
Sedikit update... hari yg meletihkan hari ni. Nak cite sikit aje pasal Acara Futsal Mix yg haku & rakan2 join hari ni. Ketika aku menaip ni, haku sedang melalui 3/4 drpd time frame Keletihan aku.
Semua nya bermula:
Hari Jumaat 19th (1900 - 0700) - Keje
Hari Sabtu 20th (0800 - 1100) - Balik dari keje terus tido
Hari Sabtu 20th (1300 - 1800) - Main Futsal Mix Tournament ni
Hari Sabtu 20th (1900 - 0700) - Keje.
*Sekejap lagi haku flat ler ni.. hahaa
.
Korang pernah main futsal pakai kain sarung? Yang tak penah main futsal langsung, takyah jawab. kompem x penah. So department kami telah dijemput utk menjayakan program Futsal Mix Kampung Style, bertempat di The Challenger, Taman Connaught Cheras, yg dianjurkan oleh geng2 Call Center (haku pun x pasti laa ape nama penuh nye, tp dept customer service laa haku rase). So setelah dipersetujui, kami telah menghantar 2 team; 1 team Kampung Dusun (team aku) & 1 lagi team Billa (geng2 macha). utk semua sekali, tournament ini berjaya mengumpulkan 10 team dari kalangan staff astro, & mewajibkan setiap pemain memakai kain sarung ketika bermain. Lelaki pakai kain pelikat, pompuan pakai kain batik.
*Tapi ade gak macha yg taktau bezakan kain batik dengan kain pelikat.. hahaa.. maybe dia main rembat aje kain jiran sebelah rumah.
.
Fokus kt team Kampung Dusun:
Line up - Pesal (defender/tengah), MaikelOwan(tengah/penyerang), abgKEMAT(goalkeeper/penyerang), Epa(defender), Watie(penyerang) & kak Mazani(penyerang-player import dr Pahang).
.
Kami berjaya melangkah ke Semi-Final, tapi apakan daya, dengan keputusan seri 1-1 & penalti pun seri 3-3, kami kalah pada acara LAMBUNG SYILING.
.
Apa2 pun utk penentuan tpt ke-3 & ke-4, kami berjaya membelasah team lawan dengan skor 11-1, menjadikan kami pemenang mutlak tempat ke-3.
.
Syabas kepada player2 team Kampung Dusun!!!
.
Labels: Corat Coret, Futsal
Thursday, June 11, 2009
Assalamualaikum wbt.
.
Captain's Log 11th June 2009...
.
Tajuk tersebut bunyi nye macam best, tu pasal aku letak. Another descendant of Archibald WitMiki (nama baru Miki sempena bulan Transformers), telah berjaya dijual sebentar tadi kepada satu famili yg haku rase sangat2 baik dalam penjagaan kucing. Susah nak dapat penjaga kucing yg sekepala dari segi pemakanan kucing tu (Royal Canin). Biasa haku jumpa yg kasi IAMS aje sebab nak mentenen murah. Tengkiu kepada famili Encik Yazid dari Sri Damansara yg contact haku melalui portal Mudah.com.my.
.
Utk tidak lari tajuk, haku teringat Soul Out kt Hartamas. Bukan ape, Soul Out ni kalo x silap haku tempat2 minum2 a.k.a pub la kt sana. Haku x masuk pun, haku cuma lalu je setahun yg lepas, & Soul Out ini menjadi salah satu jawapan kepada Treasure Hunt yg haku, Yob, MrAlvey & Matdehe masuk. Tahun lepas mmg gile Treasure Hunt sampaikan Treasure Hunt open pun kitorang masuk. So utk tahun ni (memang dah plan dari tahun lepas lagi) yg team kami kompemm akan naik podium kalo ASTRO buat treasure hunt utk kakitangan sahaja. Sebab dari pengalaman & strategi, haku rase team kami ade kelebihan berbanding team lain. Bajet tahun ni nak guna 2 kereta, 2 team, 1 misi. Ade Code Breaker, A Go-Kart Racer, Lucky Bastard, a Sharp Shooter & juga dayang2 buat hiasan. So memang yakin kalo masuk tahun ni, Top 10 tu takde masalah kot.
.
.
Tapi apakan daya, Treasure Hunt Astro (for staff only) tahun ni jatuh pada 1 & 2 Ogos. Betul2 tepat time haku bekerja. Siapa laa manusia bongok yg set tarikh time haku keje ni. Sia2 haku lekat sticker Treasure Hunter kt belakang kete haku dr tahun lepas lagi. adoii ler. Kalau nak cuti, nak kene ade org ganti. 4 org di bawah ni:
.
cEm - cEm hanya boleh ganti haku hari Ahad je, tapi segan dah nak mintak cem ganti time weekend setelah membace rintihan beliau.
.
NilaUtama- Dia cuma & boleh ganti haku hari Ahad (2hb tu).
.
Zura & Qen- Bertuah laa haku kalo diorang nak ganti haku. Sebab dua2 ni haku rase nak pegi jugak treasure hunt tu.
.
So siapa lagi yg boleh kuharapkan... perlukah haku memanggil semula salah sorang drpd 6 org cendiakawan yg dah berpindah dept tempoh hari ? Yg berbunyi seperti saman di negara Eropah, Or When somebody ask M Nasir, M Nasir ask somebody two times ?
.
- last2 haku rase mcm haku tak ditakdirkan pergi utk tahun ini -
24hrs later -[Buat penat aje aku membebel kt atas ni pasal Treasure Hunt. Rupe2 nya aku aku salah tengok jadual. Utk lebih tepat lagi, jadual keje yg ade pada aku adalah Versi Salah. Ampesss. So akhirnya aku akan pegi jugak Treasure Hunt ni. Lumut, nnt kan kemunculan kami bulan 8]
Apa2 pun minggu ni minggu yg meletihkan. Adik pompuan aku kawen minggu lepas & aku act as wali. First time seumor idup ade adik ipar lelaki. First time jugak lah mengadap org lafaz akad depan tok imam. Haku rase kalau haku laa kene dgn Tok Imam kampung haku tu, 3 soalan yg dia bagi, semua soalan tu haku jawab ke laut.
.
.
Antara soalan2 yg haku ingat:
.
1. Ada berapa rukun nikah?
.
2.Lafaz "Aku terima nikah" tu Ijab atau Kabul?
.
3.Ada berapa rukun mandi wajib? 2 atau 3 ?
.
Adik Ipar baru haku tu jawab tergagap2 mcm tak yakin selepas kena gertak kuat dgn Tok Imam... nasib baik semua betul.
.
.
p/s: So siapa2 ade buku or idea2 mengenai soalan2 lazim yg biasa nye tok imam tanye time nak menikah, boleh laa share2 kt ruangan komen. Berguna tu nanti.
.
.
Labels: Corat Coret, update le