Saturday, July 12, 2008

MODUNDI @15


Sorri semua.. dah lebih seminggu aku x post ape2.. bukan malas.. tapi sebenarnye.. sangat malas.. hahahak. Tapi aku cuba gak curik2 masa buat blog ni.. utk semua kaki2 baca @15.

Okay.. captain's Log 12 July 2008.. genap hari ke-7 berlangsung program terbaru di @15 iaitu MODUNDI. SO far so good respon yg diberikan dari chatters2 @15.

Kalo korang nak tau, benda MODUNDI ni mmg dah lama ade dalam cadangan.. cuma takde mase yg sesuai langsung nak buat benda ni. Setiap tahun kita ada AF.. pastu ade pulak Ikon.. pastu Raja Lawak.. pastu ade AF lagi.. & mcm2 lagi program yg memerlukan pengundian termasuk le kt cenel2 lain pun. Event kt Hitz.TV pun ade undi nak pilih lagu (UP2U). Di Era kita ada carta undian Top30 & berape2 lagi top ntah. Bulan 3 aritu, kita ada UNDIAN UMUM a.k.a Pilihanraya Umum. Tapi, haku rase.. mari kita semua kembali ke zaman Glamor Gila dulu.. yg org dok undi OUT utk peserta2 yg mereka x suka & UNDI IN utk peserta yg mereka suka. Tengok mcm mana Kumpulan The MODS yg x buat performance ape pun.. still org undi. (diorang buat laa cukup syarat nyanyi2 sikit + magic2 tak jadi sikit)... haha

So, disebabkan kisah dongeng & mitos The Mods tu.. idea tu dah timbul masa tu jugak rasanye.. n mcm haku cakap tadi, tiada masa utk program undian mod ni direalisasikan. Sehinggalah selepas AF6.. era KEMANDOMAN (perkataan asal = mandom), bermula. Mungkin ramai jugak dah menjangka yg AF6 tidak akan mendapat sambutan yg menggalakkan berbanding AF AF sebelum nye.. Kita sendiri boleh tau, MERIAH BETUL dengan MERIAH YG DIBUAT-BUAT, mmg jauh beza nye. Dengan fan fan AF6 yg ade beberape kerat tu, nampak laa sikit meriahnye. walopon x banyak.. katanya.

EURO 2008 dah abis, Event @15 pun dah abis.. The right time has come. MODUNDI ni dilancarkan tepat pukul 12mlm hari sabtu minggu lepas. Malam minggu.. haku keje time tu. Promosi agak kurang di awal2 waktu tu. Problem2 awal seperti org vote x kuar emoticon pun ade laa sikit2. Mengikut idea asalnye, sepatutnye emoticon yg keluar tu, adelaa pergerakan sikit2. Mcm kene BOM tu, sepatutnye BOM tu jatuh dari mane ntah, pastu meletup kebabom.. So nampak laa realistiknye kene MODOUT tu. Tp itu idea asal. taktau ke mane pegi idea tu, maybe akan di UPDATE setiap minggu kot.

Soalan pertama yg mungkin timbul kt kepala2 geliga chatters@15; MODUNDI ni utk ape? Siapa diorang ni yg kita nak undi2? diorang ade nyanyi2 ke? Haku jawab senang je; MODUNDI ni utk cara terbaru utk MONITOR performance moderator2 @15 ni.. cara diorang bekerja, cara diorang layan korang, cara diorang chat, cara diorang nak tarik undi, & mcm2 cara lagi.. semuanya ditentukan oleh chatters@15 yg setiap hari DEAL dgn mereka ni. Bukan bermaksud pihak management nak lepas tangan, tp ini boleh dianggap sebagai salah satu aspek penilaian mereka. Korang bleh tengok sendiri mcm mane komitmen moderator pada benda ni. Komitmen pada benda ni adalah bermaksud komitmen kepada kerja. So jangan salahkan mereka kalo ade yg over or lebih2 utk raih undi. Itu adalah KERJA mereka. Terpulang pada korang utk membuat undian.

Lagi satu, MODUNDI ni boleh dianggap sebagai PERCUBAAN utk melakukan AFOUT dalam AF akan dtg. Sama ada boleh jalan atau tidak.. Mcm mane dengan PEPERANGAN yg akan berlaku antara UNDI IN dengan UNDI OUT kalo benda ni dipraktikkan dalam AF nnt? So kt sini kite bleh tengok sebagai satu rehearsal kecil kecilan.

Jangkamasa MODUNDI ni takde laa lama sangat mcm AF tu.. & diharap korang jangan mudah bosan pulak. Sampai ujung bulan je pun. Cukup ujung bulan ni.. nama2 TOP 5 akan keluar.. pastu sambung lagi 2 Minggu utk TOP 5 sahaja. Masa ni.. ELIMINATION satu persatu MUNGKIN akan dilakukan sehinggalah hari ke-14 kite mendapat seorang Juara. Korang berikan sendiri laa gelaran ape korang nak beri utk Juara tu. Sebab gelaran tu pun belum ditentukan.

Pengiraan PERATUS utk MODUNDI utk satu2 MOD tu.. mudah je, n sangat2 relevan. Jumlah MODUNDI tolak MODOUT je.. pastu carik laa peratus mcm biasa. Benda peratus tu akan ditayangkan dari semasa ke semasa utk update kt korang. Semuanya telus & tiada sebarang unsur penipuan mengenai peratusan. Sbb benda2 peratusan ni amat2 sensitip.


The catch utk Moderator ni maybe dapat makan dinner kt tempat mewah bersama pengundi2 yg membuatkan dia menjadi JUARA or TOP 5 tu. & Kemungkinan besar ade hadiah2 mewah yg lain utk Chatters@15. Pasal hadiah ni, korang bleh bertanya pada yg otai2 mcm Bosensem & pihak pengurusan yg lain mcm KakJey, Kak Izan & Pendi. (ahaks.. masuk jugak nama2 ni dalam blog haku)

Cara2 nak MODUNDI:

Taip MODUNDI NICKNAME MOD YG BERTANDING & hantar ke 32999
Undi Sakan lak: MODUNDI3 NICKNAME MOD & hantar ke 32999.
*sakan sampai 3 je... haa ade yg tanye apsal haku undi 3 keluar satu je.. MODUNDI3 tu mmg masuk kiraan sebagai 3 UNDIAN.. tp keluar kt cenel dalam bentuk satu EMOTICON je.. (gambar selain drpd gambar BUNGA bermaksud org tu UNDI 3 laa)

Utk MODOUT.. sama je caranye cuma tukar perkataan MODUNDI tu dgn MODOUT laa. Haku xnak ajar lebih2 MODOUT ni.. sbb kang anak murid makan tuan.. kakakaa (skang ni pun haku dah 70% menyumbang kpd MODOUT antara semua MOD yg dpt MODOUT)

p/s: TAKDE UNDIAN MELALUI TALIAN TETAP


So haku rase, semua persoalan dpt dijawab dengan selambe.. sebarang surat menyurat ke rumah haku takkan dilayan. Korang teruskan je mengundi MOD mane yg korang suka, MOD mane yg korang menyampah, MOD mana yg korang beria ia promot n MOD mane yg korang mcm nak ajak gaduh je.. Semua terpulang & 100% di tangan korang. Bagi haku pulak.. mcm haku cakap tadi.. ITU ADALAH KERJA & komitmen pada kerja ngko dinilai melalui bagaimana korang bekerja pada satu masa & ketika itu. huahuhahua.

Siapa2 nak tanye.. bleh tinggalkan NOTA kt chatbox je.. or antar Chat NOTA UTK PESAL MESEJ PERTANYAAN & hantar ke 32999. (mase haku keje le; time haku cuti.. haku layan blog je laa)

Tuesday, July 1, 2008

The Day

Amazing Hunt @15 - The Chronicle

Allo eberibodi!! Mcm best je buat tajuk The Chronicle tu.. Walopon maybe x sesuai sangat, disebabkan haku punye blog, so suke ati haku je le nak tulis tajuk ape.

Captain's log... 27, 28 & 29 Jun 2008.. Hari kejadian The Amazing Hunt @15... Tibalah masanya setelah setup yg panjang sejak 3 bulan yg lepas.. Semua crew sudah bersedia.. lanun2 dari serata tanah air juga sudah bersedia menerima sebarang cabaran... & bersedia menjawab soalan2 Treasure Hunt..

Okay kita mulakan dulu dengan Briefing Day pd 27hb Jun 2008. Bertempat di ASTRO Bukit Jalil, persatuan2 lanun a.k.a peserta2 Amazing Hunt telah menghantar minimum 2 org wakil utk mendengar hujah2 dari Ketua Lanun @15 (abg Botak a.k.a Abg Stone).

Semua berjalan lancar petang itu dgn 2 sessi briefing dari Abg Stone kita.. disebabkan kapasiti Dewan Teater tu hanya mampu menampung 45 org pd satu2 masa.(Sebenarnye kitorang xdpt Studio 1 tu, kalo x memang boleh je sumbat semua... haku rase laa). So mereka2 yg hadir telah pun mengambil goodie bag masing2 yg mengandungi Tshirt Ekslusif Amazing Hunt, petrol voucher & juga cenderahati2 yg amat limited. Di samping itu, mereka juga dijamu dengan makanan2 sbg pengalas perut sebelum mendengar briefing yg panjang lebar dari Abg Stone.

Pagi esoknya... saat yg dinantikan pun tiba. Crew2 Amazing Hunt @15 telah berada di ASTRO Bukit Jalil seawal jam 6 pagi.(Kecuali aku laa sbb haku dtg pukul 6.30... banyak lagi keje x setel time tu). Kami dikejutkan (sebenarnye AdjUst yg dikejutkan) oleh AwekJB yg datang BERDUA bersama seorang lelaki yg tidak kami kenali. AwekJB kata lelaki tu masuk gak Amazing Hunt ni, dan telah membayar yuran pendaftaran kpd seorang chatter yg dikenali sbg KKENDA. Masalah bagi kami pula ialah KKENDA tu x masuk pun Amazing Hunt ni.. So maybe disebabkan KEBAIKAN HATI awekJB tu, dia bawak jugak mamat tu menaiki teksi ke ASTRO Bukit Jalil pagi tu jugak. Lepas beberapa ketika, awekJB still kt kaunter bertanya kan pada Bai yg menjaga kaunter pagi tu, kot2 ade team yg kosong lagi. N selepas beberapa ketika juga, LELAKI tersebut terus M.I.A xdpt ditemui. AwekJB pulak masuk team mana ntah.. haku pun x tau le..

Letih jugak nak menunggu sekor2 sampai ni.. Sampai pukul 7.30, hampir semua kereta telah bersedia dlm garisan.. kecuali team Ops! Terlupa Pulak. Info yg kami dpt, Driver team tersebut baru sahaja bangun tido pukul 7 pagi tu.. N semasa pukul 8 utk Flag Off, Kereta mereka berada di Putrajaya & sedang dlm perjalanan ke ASTRO.. So xleh nak buat ape laa... kami terpaksa Flag Off dengan 42 kereta sahaja. Setelah sessi final briefing & bacaan doa oleh Ustaz Saidul Mujaddah... Semua kereta Flag Off tepat pukul 8 dari ASTRO Bukit Jalil menuju ke checkpoint pertama.


Di pihak crew penjaga checkpoint pulak, kami semua telah pun dibekalkan oleh abang Stone dgn envelope2 yg untuk diberikan kepada peserta di setiap checkpoint. Haku terpaksa bergegas ke checkpoint ke-4 - Genting Sempah bersama 5tussy & KakJey selepas sahaja diorang Flag Off tu.

1st Checkpoint - Tugu Negara

*Cabaran di checkpoint ni mudah je... ambil gambar di hadapan Tugu Negara bersama semua ahli kumpulan.. pastu antar MMS bergambar tu ke @15. Dengan menaip COMP. No utk pengenalan diri. kt Office kami ada seorang yg menjaga utk menerima MMS. Tapi ramai gak x tau yg mereka kena ON MMS ke 32999 dulu sblum menghantar MMS ke @15. Utk Chatters @15 yg loyal, ini adalah kelebihan mereka utk mendapatkan 10 markah tu. Yg bukan chatters tu maybe agak susah sikit laa nak hantar MMS (disebabkan x reti kot). So, mereka terus jumpa Marshal dan terus ke checkpoint ke-2.

2nd Checkpoint - KLCC

*Kat sini diorang kene carik nama company yg jadi sponsor utk philharmonik. (rase haku laa).. sbb haku pun x tau sgt checkpoint 2 ni.. Abg Stone yg uruskan.. Sbb tu yg jaga kt situ pun org2 STONE EVENT. huhuk. Sedikit gangguan oleh Pak Guard KLCC kt sini sebab mereka x benarkan Marshal duduk kt tpt yg mereka sepatutnye duduk. Mmg agak hangin jugak le sbb tpt tu sebenarnye Public.. so sepatutnye takde larangan. Ape2 pun, jawapan kt situ adalah ASTRO. tu je yg haku tau.. so mereka2 pun terus jumpa marshal utk pegi pulak checkpoint 3.

3rd Checkpoint - Eye Of Malaysia

*Cabaran kt sini pun senang je.. kire gondola. Kalo xnak kire pun x pe, siapa2 yg boleh surf tu bleh je terus surf internet utk dptkan jawapan yg KOMPOM. sebab kalo kire sendiri kang, mau gak tersalah kire. Jumpa je marshal, terus dpt hala tuju utk checkpoint 4. Utk 3 checkpoint ni... semua marshal adalah dari Stone Event sendiri. 3 checkpoint ni pun rasenye agak senang sbb 2,3 team berjaya sampai awal ke checkpoint 4 sejurus selepas haku setup2 brg kt situ.

4th Checkpoint - R & R Genting Sempah
*Masa haku sampai kt checkpoint ni, team Ops Terlupa Pulak tu dah sampai pun.. Abg Stone suruh mereka terus pergi ke Genting Sempah sbb diorang dah memang lambat pun. Markah 3 checkpoint sebelum2 tu mereka x dpt laa..So, diorang tgk je laa haku setup checkpoint tu sambil buat2 muka sedih. Nak buat cemane, siapa suruh bangun lambat..Cabaran kt sini, agak senang bagi mereka yg kuat minum air. hekhek.. Habiskan 1.5Liter air Coke, 2 percubaan a.k.a 2 shot only, dalam masa 5 minit sahaja. Utk checkpoint haku ni, haku cerita lebih sikit laa... 2 team terawal yg sampai- Team Nebes Chen Chen & team Pikir Lah Sendiri.. dua2 gagal minum Coke tu.. dua2 dpt markah 0. Begitu jugaklah team2 yg seterusnya.. 0. 0... 0.. 0 lagi. Semua x mampu. Tiba giliran team Abdul Wahub.. seorang wakil berjaya abiskan sebotol. Kuat minum jugak laa mamat ni. Nickname GSM. pastu sorang lagi chatter berjaya abiskan.. lelaki gak.. nickname Setone dari team Pirate Of Curry Bean. n last but not least, sorang wanita sasa nickname Yurika (kalo x silap haku) berjaya abiskan sebotol. Syabas utk 3 org kaki minum ni. (kaki minum air Coke kot). Berjaya atau tak, diorang tetap pergi ke checkpoint 5.

5th Checkpoint - Hutan Lipur Lentang.

*Kt sini Bosensem & BaiROTI sbg Marshal. Cabaran kt sini lah yg kami dok hebahkan kene berenang sungai Pahang sedalam 20meter tu. Sebenarnye, sungai biasa je.. n x dlm pun.. ade paras lutut kot. Tp boleh ke anda berenang berpelampung di dalam air yg paras lutut, pergi ke satu tpt yg ade flag number kereta anda & patah balik hanya dlm masa 3 minit? Kt sini mcm2 kejadian 18SX berlaku yg hanya diketahui oleh Bai & Bosensem. Lepas abis haku jaga checkpoint, haku pegi jugak le singgah kt checkpoint ni... Dapatlaa sedikit tayangan.. wakakaka. Berjaya atau tidak, bolos saja dinding ituuu.. kt sini haku, 5tusy n KakJey singgah sekejap je utk makan2 nasik lemak pagi td buat alas perut. To the next checkpoint pulak

6th checkpoint - Lanchang
*Kt sini hampir semua berjaya setelkan cabarannye. Cuma makan kraker berkrim WASABI je. Mungkin disebabkan sapuan krim wasabi tu sikit sangat, ramai gak team berjaya lepas. Tarikan kt sini maybe laa sbb yg sapukan krim tu = Noni AF5. hahak.. Marshal 5tring & KatVonD.. Pedas ke tak wasabi tu weii? haku pun x makan. wakakkaa.. Kami pun blah selepas mengambil 2,3 gambar..

7th Checkpoint - Temerloh

*kt sini ada Zattara & Huds. Cabaran kt sini agak tricky beserta dgn sedikit Fear Factor (dari segi kesejukan) kot. MENGGAGAU ANAK KUNCI DI DALAM AIR BATU, tajuk yg haku bagi sendiri. Dapat kunci, terus bukak mangga nye pulak. Ada 5 anak kunci, ada 5 mangga.. tp kt dalam air batu tu ade 15 anak kunci yg berlainan.. kt sini jugak diorang ada time limit. x silap haku 3 minit kot.. or maybe 2 minit.. Lupa pulak nak tanye Zattara. 50-50 laa kt sini.. separuh berjaya.. separuh x berjaya kot.

8th Checkpoint - Maran

*Kt sini cabarannya makan lagi. MAKAN SOTONG MENTAH. Ada jugak sotong yg masih hidup, tp haku akan cerita lagi nanti. Makan sotong mentah ni rase nye semua successful. Kalo bab makan2 ni, mmg chatters @15 boleh buat punye rasenye.. tinggal muntah x muntah je laa.. Marshal kt sini x lain x bukan, pemakan sotong sejati Hitten & PinkyME. Rasenye dua2 ni kaki makan sotong. x caye gi tanye diorang laa..

9th Checkpoint - Gambang

*Dah minum sekali, makan 2 kali.. so kt sini, kami terpaksa buat sesuatu yg menggunakan OTAK. (bukan otok-otok yg dijual kt Kemaman tu). Marshal kt sini adalah MATDEHE & FRAPP. Kahwinkan dua2 org Marshal ni, so jadilah cabarannya METAL PUZZLE. Cabut besi antara satu sama lain.. (mmg bunyi nye mcm lucah sikit, tp itulah kenyataannya). Dua besi yg bergabung antara satu sama lain mestilah diceraikan. alaa.. benda ni banyak dijual kt kedai2 cenderamata or kedai2 puzzle. kt Downtown Cheras pun ade jual gak sebenornye. huhuhuk. Utk maklumat lanjut, boleh contact MatDehe or Frapp.

Dari checkpoint Gambang, diorang akan start sessi Treasure Hunt pulak. Tulip diberikan selepas selesai sahaja cabaran di Gambang tu. So, lanun2 ni kene masuk pekan Kuantan, jawab2 soalan treasure Hunt & terus menuju ke Sanctuary Resort di Cherating utk finishing. Haku pulak, mcm biasa laa ade keje lagi.. dah abis singgah2 semua checkpoint, haku n crew dlm kete terus pecut pegi ke Sanctuary Resort. Kami x masuk Kuantan ikut peserta nak tangkap2 gambar lagi.. sbb dah lambat. Haku kene ada kt sana pukul 2.30. Sbb Mini Bike tu sampai pukul 2. Kaunter finishing bukak pukul 2.30. Memang haku terpaksa memecut dgn kelajuan melebihi had laju yg ditetapkan.. Terus ke penghujung Highway LPT.. sbb ikut sana lagi dekat kalo nak ke Sanctuary tu.

10th Checkpoint - Mini a.k.a Pocket Bike di Parking lot Sanctuary Resort. *Peserta yg sampai je kt kaunter finishing diberikan satu lagi kertas cabaran, markah 10. Diorang kene naik mini bike, tanpa menjatuhkan kaki, buat pusingan 8, dua kali pusing. Nampak mcm senang je.. sbb ramai yg lulus checkpoint ni. So kalo dah setel, haku cop OK... diorang terus pegi Finishing tadi utk serah jawapan, video & treasure yg ada. Kt bawah ni adalah sikit2 aksi permotoran diorang tu.

(JOKI Adjust & Stone Rider sedang membuat demo utk para peserta)

==============================
DINNER WITH PIRATES. - The Curse of Black Pearl
Ermm.. haku x tau nak cerita apa pasal dinner ni. Semuanya serba x menjadi as plan. Mcm kene cursed pun ade.. bayangkan, dari sistem audio, aircond, itenary, makanan, Reza blah dari jadi Emcee sbb sakit & sebagainye... Semua fun yg kitorang lalui pada siang hari di"spoil"kan oleh dinner tu.. Tu yg haku buat muka ketat je tu. Taktau nak salahkan siapa.. tp of course le salah pertama, resort tu sendiri laa kot. Buat benda x seperti yg dijanjikan. Bayangkan haku nak connect laptop ke sistem audio diorang pun, diorang boleh kata sepatutnye haku yg kena sediakan kabel. Pastu boleh pulak suruh haku letak mic je kt laptop tu.. kelakar2.. Korang mungkin boleh buat cara bangbil lu pikirlah sendiri. hahak.. Tp apa2 pun semua tetap berjalan lancar walaupun ada suara2 x puas hati yg kedengaran.. huhuk. Mintap maap dari kami di @15 kalo dinner tu spoilkan mood korang. Apa2 pun korang semua mmg sporting sbb sanggup berpakaian ala2 lanun.


Setelah ditilik2, mmg dinner tu kene curse disebabkan adanya Black Pearl kt dalam tu... (kalo korang perasan laa ada banner gambar KAPAL kt depan pentas tu)

Malam tu, selepas post mortem + planning utk esok pulak kt kedai depan resort tu sambil makan2, haku & crew2 lanun yg lain balik ke bilik.. ape lagi.. membongkang laa. Haku sekali landing je terus lelap. maybe sebab penangan tido SEJAM je malam sebelum Amazing Hunt tu.

Beach Game - *The Spoil has been covered.
Haku & crew yg lain bangun seawal jam 7 pagi.(sebenarnye haku bangun 7.45, budak2 lain bangun awal lagi).. Lepas brekpes je, haku & adjust terus kumpul2 kan hadiah & pakat2 dgn Abg Brada a.k.a Abg Beach Game tu pasal game2 yg akan dimainkan nanti.

Panggil punye panggil.. dapatlah kami kumpulkan lebih kurang 60 org utk join Beach Game pagi tu. (6 team x 10 org setiap team).. Mula2 plan nak buat 4 game... Sand Castle, Boling kelapa, Longest line + (satu lg haku dah lupa pulak).. Tapi bila matahari dah naik atas kepala.. terpaksa cut jadi 3 game je. Game yg haku lupa nama tu yg terpaksa dipotong dari senarai. Memang seronok laa beach game ni.. dapat laa cover sikit keseronokan utk dinner malam tadi tu. hahahak.. kan? kan? kan?

Abis je Beach Game... ingatkan nak lepak2 tepi swimming pool.. haa amik ko.. semua kene baling masuk kolam.. haku x sempat nak amik gambar selepas kene baling dlm kolam tu.. Dapat gambar sebelum kene baling je laa..kakaka.. korang2 yg kene baling je laa tau cemane gambarannye..

So.. keseluruhannye.. ramai yg puas hati pasal Amazing Hunt ni.. & ramai yg mahukan event ni diteruskan lagi tahun hadapan.. Kalau dapat banyak lagi sponsor, haku rase... mmg event ni akan jadi lebih perfect seperti sebelum2nya. Maybe ada yg nak sponsor utk bayaran penginapan or resort utk semua peserta ke.. or maybe ade yg nak sponsor utk makanan2 dinner ke.. hekhekhek.. or maybe ade jugak yg nak sponsor minyak full tank? y not? Segala surat menyurat boleh ditujukan pada haku or mane2 moderator @15 yg lain. Tapi mengikut pandangan peribadi aku, Amazing Hunt tahun ni lebih meriah dari tahun lepas.. walopun ade flaw sana sini & suara2 x puas hati selepas event tu habis. Benda2 tu biasa terjadi dalam semua event pun.. (kalo korang perasan laaa)

Thanks utk semua yg terlibat sekali lagi.. Thanks to all sponsor yg besar mahupun yg kecik2.. Thanks to all participants.. Thanks to Stone Event.. Thank you. (ape2 hal kalo Stone Event nak pakai crew berkaliber, jgn lupa contact ye.. hahak)

Kat BAWAH ni aku letak link utk korang download SLIDE SHOW yg ditayangkan semasa DINNER WITH PIRATES tu.. Tp versi yg sudah aku alter sana sini utk menambahkan lagi perisa nya.. Korang download n tgk puas2.. Bagi aku, Picture with dialogue lebih LIVE & lebih SIMPLE.

>>> DOWNLOAD SLIDE SHOW <<<


Adiosss...