Friday, May 30, 2008

FREE TICKET / FREE GIFT

>>> FREE TICKETS!!! FREE GIFT !!! <<<

haa.. aku bukan nak bagi tiket free or free gift kt sini. Cuma nak menjelaskan mcm mane chatters2 @15 bleh dapat bermacam macam jenis tiket free dari Astro. Sebenarnye, kalau ikut konsep, takde laa free sangat pun.. korang kalo nak dpt tiket2 free ni.. kene laa menonjol sikit kt @15 tu.. maybe dgn cara chat banyak2.. jawab2 soalan kuiz & sebagainye.
Utk pengetahuan, @15 akan ada allocation utk tiket ape2 function dgn bersetujuan org atas laa. So, katalah utk sesetengah function tu, takde allocation, so takde laa tiket free kan?
Contoh masa AF6 aritu.. tiap2 minggu mmg ade allocation utk @15, tapi sikit sgt.. tiket free konsert mingguan; diorang bagi utk 3,4 org je.. Utk Mod sendiri cuma ade 2 keping tiket.. So mod2 ni terpaksa laa guna sistem giliran setiap minggu, hanya utk tengok konsert Af6 tu. Kalo takde mod yg nak pegi, maka tiket tu akan dimasukkan dlm kuota chatters @15, dijadikan sebagai adiah contest or chatters terbanyak. Ada jugak event2 yg x memerlukan tiket pun, korang dtg je.. contoh Gempak Selebriti.. mane ade guna tiket.. hekhek
Utk Teater P Ramlee Istana Budaya pulak.. yg ni haku pelik sikit, sbb allocation utk @15 mmg banyak, sampai terlebih2 pulak. cecah berpuluh2 gak le. So utk show malam ni, maybe yg dpt tiket tu akan duduk sebelah2 dgn chatters @15 yg lain.. Korang kenal2 le sendiri kalo terlaga2 bahu ke.. or terlaga2 benda lain tu, korang tanggung sendiri le.. hahak.. Ape pun haku x pegi Teater tu mlm ni.. sbb ade tugas2 khas nak kene buat.
Pasal contest2 yg lain kt Astro pulak, contoh Bid & Win... Rugi gak le siapa2 yg x cuba nasib tu. Bidaan terendah & terganjil sekali kompom dpt adiah.. Mcm aritu, berape org je yg Bid utk DVD Player? Aku takkan rase pelik kalo yg menang aritu cuma Bid RM10 je dah boleh menang DVD Player.. Mungkin nilai DVD Player tu x seberape bagi sesetengah org, tapi utk org2 yg lain? Tapi utk org lain pulak? Korang cuba je laa masuk mane2 contest Astro tu sampai dah betul2 give up, baru la benti.. hekhek...
So, korang Tune in to @15 selalu... Kt luar tu banyak lagi event2 yg nak buat & maybe ade involvement dari @15 gak.. n maybe ade chance utk korang join event2 tu secara PERCUMA. Perhatikan tulisan2 Kuning tu & tanye pada Moderator bertugas jika x paham. Kalo x paham lagi, korang masuk je Blog haku ni.. tinggalkan msj kt ChatBox tu.. Aku kompem akan merungkai segala permasalahan anda.

Kapet Anda, Dunia Anda.

Tuesday, May 20, 2008

AF6 Concert / MP3

>>> FINAL CONCERT !!! <<<

Akhirnya akil hay berjaya jugak haku meng"upload" lagu2 terbaru konsert Final aritu. Haku x pegi pun Stadium... eh pegi.. tapi singgah sekejap je. Balik dari Ipoh dr kenduri Bonez yg DIIJABKABULKAN hari tu. Pukul 7.40mlm aku sampai kt Stadium Sutera (bak kata A.C), gile ramai manusia. Manusia gile pun ramai. Aku singgah stadium semata2 nak temankan MP a.k.a MANPETIR amik angklung MINI dia kt Booth Toi FC. RM50 je kata MP, so dia angkat je laa masa wakil Toi FC dtg chat Jumaat malam tu. Lagi pun wakil Toi FC tu siap buat muka kesian.

So, aku & comrades pun menghala ke Booty Toi FC tu.. ehh Booth. Di celah2 manusia, kami mencelah celah. First booth yg aku nampak, Alif FC yg hang ingat hang bagui ka.. pastu sebelah tu haku x ingat booth sape, tp budak2 dia pakai baju kaler KUNING . Tengok2 kot ade yg kenal aku ke.. sah haku mmg x dikenali pun kt luar.. syukurr.. ahaks.. pastu kt celah2 booth tu, aku nampak booth Shawal FC ? wth ade shawal AF5 punye booth? maybe jual tshirt2 balance tahun lepas.. So setelah MP mengambil BARANG nye a.k.a Angklung Mini, aku & Comrade pun blah dari situ.

Sebelum blah tu, nampak pulak sorang member Estero sedang jalan2 bawak plastik Carefour. "wei bro, 3 org je ke? weii pegi kt Booth Carefour tu, air mineral murah sial. Satu botol 50 sen je. Aku bagi 5 ringgit, ingatkan dia pulang 2 ringgit ke, tp cashier tu pulangkan RM4.50... baik korang pegi check kt sane." Bersemangat je mamat to provoke kami soh beli air mineral. Aku & Comrades pun blah laa pegi usya2 booth yg lain lak.. mmg ade booth carefour tu, tp cam sesak je. So kami pun x masuk. Tengok sebelah tu ade booth Nokia pulak. DJ Nokia tu buat promo, siapa bawak enpon Nokia ke booth diorang, akan dapat sampul. Beria haku soh MP bawak enpon Nokia dia yg value nye lebih rendah dari NOKLA. "wei pegi le.. bleh dapat sampul.. awal lagi ni takde org pun". Pastu ade sorang dtg ke booth tu.. dapat sampul, terus ramai kerumun booth tu. Terus lemah semangat MP nak dapat sampul enpon dia.. So terbukti lah kebenaran teori, kat mane ade benda2 FREE, tak kisah laa free gift ke, free show ke, free kick ke.. kt situ laa ramai org.

So kami pun beransur pulang.. MP pun nak keje malam tu.. aku nak lepak tgk konsert kt rumah je.. Sampai abis gak le haku tgk konsert kt rumah. Kesimpulan aku: TAK BERAPA GEMPAK.

Kt bawah ni ada link lagu2 Konsert Final berserta komentar dr aku... utk korang download. Download le sebagai kenangan AF6. Semua Live, aku rip sendiri.
*Click on the song name to download Free MP3.

1. Toi - Cinta Zulaika
- Persembahan pertama yg agak biasa2 sahaja. Kejutan la kononnya kalo letak Marsya & Noni tu. Lebih kejutan lagi la kononnye kalo letak pulak Bini Toi. Tapi ok la jugak bini Toi, ala2 Ina Naim sikit. Sbb tu kot dia dapat lagu Cinta Zulaikha ni. Aku sokong komen semua pengkritik utk Toi.

2. Nubhan - Bukan Di Sini
- Mcm biasa, semua org menantikan anak2 Angsa keluar beramai2 dari reban mereka. Tpi berjaya gak Nubhan menutup pintu reban angsa dia, sehingga bukan angsa yg keluar, suara ayam sakit tekak sebelum makan ubat batuk sebelum berkokok. Lagu simple, lirik simple, tugasan mudah, tapi x boleh nail. Sbb lagu ni sendiri kalo dah ulang2 lirik, bosan laa..

3. Riz - Hanya Sandiwara
- Jangan sesiapa nak nafikan kalo haku cakap, Lagu Baru mamat ni mmg x best. Terima je laa hakikat lagu x best tu mmg betul. Takkan nak paksa gegendang telinga kata lagu x best tu, best gile.. tu gile namanye.. ahaks

4. Nadia - Kalut Lagi Mengarut
- Utk First round, haku rase Lagu Nadia yg baru ni kire kategori boleh layan gak le... kire nye kalo Mat Dehe pasang Mp3 ni kt umah, haku x kutuk laa.. Kesilapan besar Adlin adalah menunjukkan sangat favourable nye ke atas Nadia. Pengundi ni satu je, diorang akan cuba menidakkan ape yg benar... n kalo diorang menyampah, diorang akan afundi abis2 utk menunjukkan rasa menyampah tu terhadap Adlin.

5. Stacy - Atas Nama Cinta
- Mcm biasa, persembahan yg amat dijangkakan dari Stacy. Takde aksi lompat2 atas katil mcm dia lompat2 atas sofa aritu. Org yg x pegi stadium mcm haku, mesti heran... berape ramai le crew yg ditugaskan utk mengusung katil tu naik atas stage.. menyiapkan semua prop.. dalam masa cuma 3 minit masa iklan. Soalan utk korang, cuba teka siapa yg berlakon dengan Awal masa persembahan WAYANG KULIT kt belakang tu.

Second Round

6. Toi - Panahan Asmara
- aaaa... ooooo... aaaaa.. haku rase ni ler lagu yg paling malang utk student dpt. Siapa laa yg reka lagu ni.. Apsal mendatar sangat ? Salah lagu ke salah Toi ? Kalo ikut komen Ning Baizura, mmg salah Toi laa kot. Sbb tak variasi kan key aaaa.. ooo dia tu.. ape2 pun haku masih sokong komen Adlin, sbb dia berani ckp tanpa menghiraukan kemungkinan besar kene belasah dengan geng2 Johor.

7. Nubhan - Ada Untuk Mu
- Lagu baru Nubhan ni.. ala2 Letto sikit laa. Maybe sbb suara dia sama dengan suara vokalis Letto... Utk lagu ni.. dia berjaya utk tidak menggoyangkan kepalanye seperti selalu, n berjaya mengawal suara angsa nye drpd terkeluar.. Dgr cite arini asyik keluar kt Era je lagu ni. Kire lagu ni buat dia rase nak jadi Juara laa lepas dia nyanyi tu.. padahal..

8. Nadia - Aku Lebih Tahu
- Aku pun x tahu mane lebih best, Nadia nyanyi or Mila nyanyi. Disebabkan Nadia cuma tpt ke-5, n Mila lak dulu jadi Juara Af5, aku rase Mila bawak lagi best kot. Nadia bawak macam suara kasar cm Azharina je... Takde variasi kata Adlin

9. Riz - 11 Januari
- First sekali, dressing mcm ape je. Kamon laa.. ni lagu Gigi, at least tunjuk sikit pakaian ala2 indon. pakaian ala2 pekerja kontrak indon pun ok gak pe.. hahaks. Wannabe Anuar Zain nyanyi lagu Gigi, korang dengarlah sendiri ape jadi kt lagu tu. Part tarik2 semua nak tiru Anuar Zain. haku rase kalo wujud Akademi Anuar Zain, dia org pertama daftar. Mamat ni bawak lagu ni kurang feel laa..

10. Stacy - Aku Stacy
- First sekali, siapa2 nak nyanyi karoke or nak nyanyi lagu ni.. kompem kene ubah lirik sikit.. kecuali laa nama korang Stacy. Kalo nama korang Ahmed, korang tukar laa tajuk lagu jadi Aku Ahmed. Dari tajuk lagu sendiri dah menyatakan lagu ni lagu siapa. Korang donlod, dengar 2,3 kali kot baru bleh tangkap perkataan2 dlm lagu ni, sbb laju sangat ba. Enda mengapa, suda juara pun.

Persembahan Bonus Malam Final:
1. Zahid - Baru
- Last2 tu kene cut ke ape?

2. Mila - Ilham di matamu
- Cemane laa lagu ni bleh menang kt Bulgaria. Ke haku ni memang tone deaf ke? ahaks

3. Faizal - Watimang Landak
- Gua Timang Landak (tajuk penuh dia)... Tak pernah lagi aku timang2 landak.. banyak lagi lagu, tp lagu ni gak jadi santapan rohani korang di konsert Final. Relevannye? Nak selari dengan skrip AC ???

4. Eminated AF6 Students - Heal The World
- Aku tak pernah dengar lagu ni... korang bleh la donlod. Antara suara2 yg menonjol dlm ramai2 tu.. suara Ika yg ala2 masa dia nyanyi Umbrella dulu dengan suara Mama Rina je.. lain2 mcm takde je..

macam mane pun, harap semua terhibur dengan AF6 aritu. Sila2 download...


POST DI BAWAH INI ADALAH SEBELUM KONSERT
=======================================
*Below are the original songs for final concert. Click on the song name to download FREE Mp3

*5 lagu cover utk diorang aritu, siapa2 nak leh donlod gak.


  1. NUBHAN - Bukan Di Sini (Sofaz)
  2. RIZ - 11 Januari (Gigi)
  3. TOI - Cinta Zulaikha (Mawi)
  4. NADIA - Aku Lebih Tahu (Mila AF5)
  5. STACY - Atas Nama Cinta (Rossa)

Lagu2 baru diorang yg lain, aku takde yg original punye. Nak kene merompak kt akademi le pulak kalo nak dptkan minus one baru tu. Tapi kt bawah ni aku letak tajuk lagu baru tu.

  1. Nubhan - Ada Untukmu
  2. Riz - Hanya Sandiwara
  3. Toi - Paling Terindah
  4. Nadia - Kalut Lagi Mengarut
  5. Stacy - Siti Lela VS Cinderella

Sunday, May 18, 2008

AF6 Concert / Mp3

Tuesday, May 6, 2008

AF6 Concert / MP3

Thursday, May 1, 2008

AF6 Concert / MP3