Monday, November 23, 2009

FILLER: Past Event

Group 3 pose sebelum bertempur.
.
Nogold/FXOpen Snooker Tournament 2009
Date: 14th Nov 2009
Venue: Top Two Snooker, Kuchai Lama


Thursday, November 19, 2009

REKRUT!! REKRUT!!

Assalamualaikum Wbt.
.
Captain's Log 18th Nov 2009.
.
Anda! ya anda! Kami mahukan anda untuk menyertai TEAM kami yang penuh dengan manusia2 KONFIDEN. Berikut adalah detail yg anda perlu tahu:
.
*Contract basis, bayar monthly.
*Berperwatakan menarik. Kalau anda rasa anda menarik, boleh apply.
*Sanggup bekerja 12 jam sehari.
*Tak banyak songeh. Tahan maki. Bijak bertindak balas apabila di"provoke".(ini paling penting)
*Ada transport utk pergi bekerja, tidak menumpang org lain. Sebab waktu kerja x sama dengan waktu kerja org lain. Jika mudah mendapatkan Public Transport, mungkin akan dipertimbangkan.
*Boleh menaip laju, banyak idea utk bersembang menggunakan ruang chat yg disediakan.
*Boleh masuk keje pertengahan bulan 12 jika diterima. Berkemungkinan utk tempoh contract yg lama.
*Pemegang2 bachelor Degree diutamakan.(sebab ada chance utk perkembangan kerjaya.)
*Tiada masalah peribadi yg boleh mempengaruhi "mood" ketika bekerja.
*Lelaki OR wanita boleh apply.
.
Anda akan tiba2 berasa yakin yg posisi ini milik anda sekiranya anda mempunyai ciri2 di atas. Hantarkan resume or CV anda ke Astro_ch15@yahoo.com
.
Tarikh tutup: Seminggu sebelum abis bulan 11.
.
Kami akan menghubungi anda utk sessi temuramah dalam masa terdekat sekiranya resume anda menarik perhatian kami.
.
.
.

Tuesday, November 10, 2009

Assalamualaikum wbt..
.
Captain's Log 10th Nov 2009..
.
Aku rase pengaruh facebook lebih besar dari blog.. sebab makin hari, blog aku dah makin sunyi. Kalo tak, ade jugak laa masyarakat2 yg masuk kt chatbox sebelah tu.. tiap2 hari ade.. tp skang mungkin 4,5 hari sekali baru ada. Aku baru je abis "bercuti" di PD selama 3 hari. Ada teambuilding utk staff2 Astro. Bagi sesetengah org, benda2 macam ni perlu ada sebagai refreshment utk menyedarkan diri betapa untung jadi warga Astro, di samping menghabiskan bajet2 yg ada ditetapkan utk staff training termasuk aku. 3 hari yg penuh dengan aktiviti & makan...
Jarang2 laa aku dapat makan secara lengkap ni sebenarnye; ada Breakfast, tea break, lunch, tea break lagi, dinner pulak.. supper tengah malam aje takde.. Lain2 pengajaran yg berguna, ialah bagaimana nak paham chatters2 (customer) & mungkin boleh improve bagaimana penggunaan perkataan or ayat yg sesuai semasa bersembang tu. (Dari point of view aku laa...)

.
.
...............................................
Sebelum2 tu mungkin ramai yg "terkujat" dengan pemergian BOSENSEM dari @15. Last day dia hari Jumaat 30hb Okt lepas. Well, utk pengetahuan semua, dia pergi dari @15 utk sesuatu yg lebih baik.. bukan bermakna bekerja di @15 tu x bagus, tapi bile ada yg lebih baik, x salah melompat. Macam naik bas Hop on Hop off laa.. pegi tpt ni x bagus, "melompat" turun laa kt tempat yg depan sikit. (aku x penah pun naik bas tu sebenarnye, aku agak je camtu konsepnye). Apa2 pun kita doakan yg terbaik utk beliau. (masih lagi dalam Astro gak pun)
.
............................................
Sebelum hari last day (hari terakhir hari) BOSENSEM tu, ada laa sedikit jamuan kegembiraan. Bukan maksudnya jamuan utk meraikan hari gembira yg bosensem nak blah.. tp meraikan kemenangan @15 di Interactive TV Award tempoh hari. Ada laa makan2 sikit kt Kafe Batu Keras, Kuala Lumpur. (hard rock cafe). So semua tenaga kerja yg terlibat dengan @15 dijemput laa utk hadir.. Termasuk laa org belakang tabir @15, orang2 kuat, orang2 yg tidak kuat, orang2 yg tengok dari atas aje, orang2 yg tiba2 aje ada, orang2 yg "eh dia ni pun ade terlibat dgn @15 ke?" & Mod2.. Tak semua mod pegi sebab; kalau semua pegi, siapa nak jaga cenel, ye tak.. Selain makan2, aktiviti yg ada ialah bergambar bersama piala kaca yg dimenangi. Memang banyak cap jari kt piala tu.
.
.
...............................................
.
.

Hint:: Kalau nak tengok gambar2 lain.. pegi laa carik kt facebook aku.. Mungkin ada di sana..
.
.