Friday, April 10, 2009

Cerpen Bersiri Episod 2

Assalamualaikum Wbt.

.

Captain's Log 10th April 2009

.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Cintaku Tertinggal Di Shah Alam

.

Episod 2: Paizol, Latifah & Cintaku

.

Flashback Minggu lepas: Ku ceritakan serba sedikit mengenai diriku. Paizol membeli @ membawaku pulang ke rumahnya. Aku ditemukan dengan Puteh Romlee.

.

Sambungan kisah...

.

Aku tak tahu sama ada kisah ku ni diletakkan di dalam kategori ape. Adakah 18sx? Tapi aku rasa aku tidak bercerita biru.

.

Siapakah sebenarnye Paizol & Latifah? Aku cuma tau yang diorang ni "kapel". Aku tak tau ejaan yg betul untuk "kapel" ni. Couple? Kapal? Kapla? Kapel? Aku selalu confuse. Lebih2 lagi semasa aku kecik2 dahulu. Kadang2 aku confuse yg mana satukah sebenarnye Paizol & Latifah? Sebab dua2 kapel ni selalu layan aku dengan baik.

Menurut sumber2 yg boleh dipercayai, Paizol & Latifah mula serius berjinak-jinak dalam aktiviti menjinakkan "orang" ni, apabila anak "orang" pertama (yg mereka jumpa & nak bela), telah mati di sisi Paizol. Dipercayai kurang susu ibu. Kalau tak silap aku, nama "budak" tu Hiro (sempena nama Hiro Nakamura dlm cite Heroes tu). Hiro dijumpai terkapai-kapai di dalam hujan, ditinggalkan ibunya "seorang wanita" liar. Bermacam-macam usaha dilakukan Paizol utk menjadikan Hiro sihat semula; bawak pegi klinik, kasi vitamin, bagi susu tepung. Tapi, siapa kita nak melawan ajal kan? Tak sampai 3,4 hari dalam jagaan, Hiro mati pada pukul 2 pagi betul2 di sisi Paizol, & mayatnya telah ditanam di belakang rumah pada pukul 3 pagi. Patutlah orang kata susu ibu lebih baik dari susu lembu. Nasib baik jugak aku sempat merasa susu ibu, kalo tak, mungkin dah besar ni aku jadi lembu.

.

Untuk dijadikan cerita, selepas peristiwa itu Paizol bertekad untuk membela spesis ku. Aku & Puteh Romlee berasa sangat bertuah sbb dijadikan "pioneer" dalam bidang tersebut.

Selepas beberapa minggu berkawan & "melepak" dengan Puteh, aku telah menghidu & mendengar khabar angin yg mengatakan Latifah, kekasih Paizol telah membeli seorang lagi sahabat untuk kami. Aku ketika itu terus berasa panik, cukuplah aku nak melayan si Puteh ni pun dah kire baik. Memang naluri ku akan berasa "jealous" jika ada "orang" lain masuk ke dalam hidup ku. Korang yg menonton cerita ini perlu tahu. Beberapa hari jugaklah aku menghidu ada bau "manusia" lain setiap kali Paizol balik ke rumah. Dalam hatiku, "ampess betul, ada lagi ke?"

.

Mundar mandir aku ke sana ke mari tak tentu hala. Tapi aku tengok Puteh rilek aje. Mcm takde ape2. Mungkin dia tau yg dia cuma "anak tiri" je. Elok ler tu Puteh ko sedor diri sikit. Ko bukan kesayangan macam aku. Aku cuma berharap ketika itu, kalau Paizol bawak balik lah, mintak2 lah "aweks". Takkan semua "bohjan" aje kt dalam rumah ni.

.

Khabar angin tu memang betul. Latifah telah menyuruh Paizol membawa balik sahabat baru utk kami. Paizol diberikan tugas membela sementara "sahabat" tu sementara dia masih kecil lagi. Seperti dimakbulkan Tuhan, kali ini, ia adalah "seorang" aweks cun. Sungguh comel mcm Dato Siti masa muda-muda.

.

Oh Babyrina... kau muncul umpama sinar pelangi dalam hidup ku.

Yes! Itulah perkataan pertama ku bila melihat Babyrina. Tapi selepas aku cakap Yes! tu, aku perasaan Puteh Romlee pun cakap Yes Yes Yes banyak2 kali. Ampess budak ni. Nak potong line aku ler tu. Dengan nada kontrol, aku berlagak sebagai ketua di rumah itu, memperkenalkan diri kepada Babyrina. Merdu je suaranya menjawab, "Panggil i Baby aje k"

.

Hari-hari selepas itu kurasakan sungguh indah dengan adanya Baby di rumah kami. Aku suka bermain kejar2 dengannya. Tapi kadang2, aku rase nak sepak aje si Puteh tu bila dia pun asik menyibuk nak main kejar-kejar sekali. Memang kacau line aku. Disebabkan itu, kadang2 aku mencuri-curi peluang utk hanya bersama dengan Baby berdua-duaan. Aku dah siap hapal lagu My Baby You semata-mata nak nyanyi depan Baby je. Walaupun suara ku mungkin sumbang, tapi keikhlasan menyanyi tu yang penting.

Aku rasa sangat bahagia bila bersama dengan Baby. Kalo boleh tiap2 hari aku nak berdua-dua dengan Baby je. Aku nak je mintak kt Paizol tu Walkie Talkie ke, Henfon ke, supaya senang kalau aku berjauhan dengan dia, boleh la kami calling2. Sebab kadang2 Latifah bawak dia balik rumah di Shah Alam. Dan satu benda yang aku belum benar-benar dapat pastikan, sama ada Baby juga mempunyai perasaan yg sama terhadap ku. So kalau selalu keep in touch, confirm boleh ayat2 lagi.

.

Tapi sebab sebenar aku nak henfon khas hanya utk kami berdua, ialah bila aku dapat tau yang Puteh jugak sebenarnye memang benar2 nak masuk line. Aku dapat tahu benda ni dari sumber-sumber yang boleh dipercayai gak. Kt belakang aku bukan main lagi dia ni.

Aku berharap sangat lah semoga Paizol buang aje si Puteh ni ke Pasar Borong depan rumah. Sibuk betul lah.

.

Wei Puteh! carik awek lain laaa!!

.

Bersambung...

.

Preview Next Episode: Tak Cukup Dalam Kah?

Tuesday, April 7, 2009

Assalamualaikum wbt.
.
Captain’s Log 7th April 2009.

.
Berita Sukan
.
Kuala Lumpur, Isnin - Hari ini berlangsung satu kejohanan mini, Pesszo Mini Series Bowling Tournament bertempat di Ampang Superbowl, Summit USJ. Kejohanan ini yg dirancang secara last minit adalah anjuran pesszo.blogspot.com sendiri di mana terdapat ranking yg akan diletakkan di sini dari semasa ke semasa.

Secara khususnya tournament bowling ini mempunyai 3 siri semuanya (dalam planning lagi, haha) , di mana hari ini adalah siri pertama bagi keseluruhan siri2 yg ada. Ini dilakukan supaya peserta2 yg tak dapat hadir pada siri pertama, boleh kejar ranking utk siri ke-2 & ke-3 nanti.
.
Pada awalnya, seramai lebih 50 orang telah diundang untuk memeriahkan bowling mini tournament ini, dengan yuran pendaftaran sebanyak RM30 setiap seorang. Hadiah hanya akan diberikan kepada 3 peserta terbaik sahaja. Antara player2 ternama yg telah dijemput ialah Zulmazran, Shalin Zulkipli, Kenny Cheah, Affendi Julaihi, Kan Hung Meng & lain2 lagi. Tetapi disebabkan keadaan masa & kesibukan kerja masing, hanya 7 orang (termasuk penulis) yg berani sahaja menerima cabaran ini.

Berikut adalah keputusan & ranking Pesszo Blogspot Bowling Mini Tournament.
Ranking Bowling Pesszo.Blogspot.Com Mini Tournament (Siri 1)
1.PIRATE
2.AFIEYZ
3.MADRITZ
4.AE86
5.PESAL
6.DakAtan
7.gsm
8.Boyott
9.MaikelOwan
10.Zulmazran
11.Banofbraders
12.Eddie Bassist
13.MatDehe

14.JimLess

15.SwapNavy
.
Diharapkan utk masa2 akan datang, bertambah-tambah ramai lagi akan turut serta dalam tournament ini. Selain itu, pertandingan2 yg lain seperti Snooker, Futsal & Paintball akan dirancang dari semasa ke semasa.
.
p/s: Sendiri2 buat event, sendiri bayar, sendiri main, sendiri menang. Majulah sukan underground untuk Negara.

Thursday, April 2, 2009

Assalamualaikum wbt.
.
Captain's Log 2nd April 2009
.
MEMPERSEMBAHKAN!
.
Sebuah Cerpen Bersiri
(di adaptasi daripada sebuah kisah benar)
-Segala watak di dalam cerpen ini adalah rekaan semata-mata, jika ada kene mengena pun, penulis kata lantaklah, dia yg tulis-
.
Kisah ini bertajuk...
"Nama ku Miki Shahnameh. Aku seorang lelaki. Umor ku baru je masuk 2 tahun. Lifespan aku pendek je. Tidak seperti manusia lain. So aku ingin mengambil kesempatan ini menyuruh penulis utk menulis sedikit cerita tentang ku.
.
Walopon aku duduk di Malaysia, tetapi aku berdarah Parsi. Aku sendiri tak mengenal pasti asal usul sebenar diriku. Bagaimana keturunan aku boleh sampai ke sini? Sebab aku tak pernah nak ambik tau untuk baca buku sejarah. Ya betul, aku tak sekolah. Aku tak reti bace. Segala yg tertulis di sini hanyalah imaginasi penulis. Kerana sekarang aku hanya duduk di dalam bilik gelap bersama... arghh! nantilah aku cerita.
.
Aku masih ingat lagi mula2 aku diambil oleh tuan ku. Pada masa itu umur ku baru 2 bulan setengah... Bulan 7 tahun 2007. Itulah kali terakhir aku menatap wajah ibuku. Oh ibu, di mana kah kau sekarang? Sihatkah adik perempuan ku yg cun itu?
Tuan ku bernama Paizol. Mungkin itulah nama sebenar tuan ku. Masa aku diambil tu, aku dapat mengecam Paizol mengeluarkan berkeping-keping note RM50. Pada masa itulah baru aku tau yg aku rupanya telah dijual. Bukan diambil begitu saja. Aku tau pasal RM50 tu sebab setiap hari sejak aku lahir ke muka bumi, ada je org datang dan pergi berurusan menggunakan note2 RM50. Ibu yg mengajar ku, itulah duit. Patutlah tuan lama aku sering je berkata padaku, "Ini kalau dah besar sikit esok ni, tukar jadi duit ni".
.
Aku dibawa pulang ke rumah. Jauh juga perjalanannya. Nilai ke Serdang. Masa tu aku taktau apa2 sangat kecuali membuat bunyi bising ala2 manja. Tiba di rumah baru, aku berasa takut. Tapi naluri untuk bermain terlampau kuat. Berlari aku ke hulu ke hilir macam orang gile. Paizol seakan suka bermain dengan ku. Aku mengejar aje ape2yg dia baling. bola kertas. loceng dan sebagainya.
.
errr... Encik Paizol, boleh cepatkan cerita ni tak? Takkan nak cerita semua benda yg aku buat masa kecik2 dulu?
-Ye laaa-
.
Okay. Beberapa hari selepas itu, aku didatangi 4 org sahabat baru yg aku x ingat. Rupa-rupanya Paizol telah pergi ke Penang utk mendapatkan sahabat untuk aku. Semua kecik-kecik. 4 "orang" semuanya. Paling bagus pasal diorang ni, semuanya putih bersih. Tapi serius aku cakap, diorang ni macam alien. Mula2 aku mcm malas aje nak berkawan dengan diorang ni. Yela kan, badan aku besar, takkan nak kawan dengan budak2 ingusan ni.
Tapi dari hari ke hari, aku perasan diorang makin berkurang. Lepas sorang, sorang.. blah ntah ke mane. Akhirnya yang tinggal cuma seorang aje. Paizol kata kt aku, ni kawan ngko. Ni adik ngko. Nama dia Puteh. Jaga dia elok2. Aku yang terpinga-pinga, terus bertanya pada member tu. Betul ke nama ngko Puteh? Dia jawab... aah, Puteh Romlee.
Aku nak tergelak sebab badan mamat ni macam Aziz Satar, ade hati nak jadi P. Romlee konon konon konon. Tapi takpelah, kita geng aje lah.
.
Bersambung.
.
Preview Next Episode: Paizol, Latipah & Cintaku

Wednesday, April 1, 2009

Dan sebenarnya...

Assalamualaikum wbt

.

Captain's Log 1st April 2009 (Bukan entry April Fool)

.

Baru2 ni org dok kecoh2 pasal VSS di tempat kerja. Sebenarnye.. haku syukur gak ler sebab konfirmasi yg haku dapat, utk tahun ni, haku selamat. So haku x nak sentuh pasal benda tu. Jaga "punggung" masing2 sudah.

.

Utk entry kali ni, sebenarnye haku nak cepat ni. Pasni nak pegi Digital Mall, PJ nak antar laptop adik tunang haku. Haku takde pengalaman pun repair laptop yg asik keluar Fatal Error blue screen ni. Maybe sebab hardware conflict kot, ntah ler... haku pun tatau. Nak kene bersilat silat jugak ler kot dengan tukang jual laptop tu nt. Sebab kalo nak ikutkan, waranty utk dapat service free dah abis dah sebulan lepas. Sambil2 tu nnt kt Digital Mall bleh laa haku jalan2 usya2 gadget ape yg patut. Usya je laa pun, beli nye tak.

.

Dah melalut pulak, sebenarnye haku nak cite pasal member lama yg haku jumpa semalam. Member sekolah masa kt Jasin, Melaka dulu. Stok 12 tahun dah x jumpa. Member haku ni sebenarnye dari minggu lepas lagi nak jumpa dengan haku. Tapi ade je benda2 yg xleh buat haku jumpa dia; keje lah, haku mengantuk lah, takpun time tu haku ade benda lain nak buat. Member lelaki haku ni, utk entry ni kita namakan aje dia "Zacko". (memang itu pun nama gelaran dia)

.

Sebenarnye.. haku dah boleh agak dah, kalo ada member2 lama nak jumpa ni, ada 2 sebab aje:

  1. Member nak bagi kad jemputan kawen.
  2. Nak ajak masuk Multilevel Marketing.

So bile haku dah setting2 dengan Zacko semua, dia pun datang la kt tempat haku. Haku ajak dia lepak restoren mamak Thoibba bawah rumah haku je. Senang.

.

Dia sampai je, haku turun bawah jalan kaki. Dari jauh haku tengok 1 kete besar, Zacko tengah lepak kt satu meja sebelah kete ni. Haku pun dalam hati terus cakap, "perghh.. naik Volvo mamat ni.. keje ape agaknye"

.

Sebenarnya.. biasalah haku bile jumpa member2 yg dari sekolah Jasin ni. Diorang ni puji haku satu je. "Waa ko menten je badan ye. Menten bersukan lagi ke?" So disebabkan dah terlampau selalu diajukan soalan2 mcm tu. Jawapan haku dah jadi macam-macam. "Takde lah.. sama aje mcm ngko", "Haku ni makan pun x cukup, tu pasal mcm ni", "Biasalah, amalkan cara hidup sihat"... wakakaka cam g**pang aje nak kaver org puji.

.

Borak punye borak.. cite pasal kisah2 lama, cite pasal budak sekolah itu, budak sekolah yg ni, cite pasal keje haku... Haku korek2 sikit.. dia kata dia dah lama kawen, 4 tahun yg lepas tapi still menunggu kelahiran cahaya mata pertama. So, disebabkan itu, haku terus ajukan soalan keramat ni, "ko buat multilevel ape ni sebenornye". Zacko x jawab. Dia kata bisnes kecik2 aje. Kononnye dia sendiri segan nak cakap. (segan nak cakap tapi kete ko besor gak kan). Disebabkan dia x cakap ape2, haku pun keluarkan ayat2 defend awal yg haku dulu penah buat multilevel itu, multilevel ini, skang simpan duit nak kawen, dulu penah buat pelaburan internet & sebagainye. Zacko diam aje dengar haku cite.

.

Di penghujung2 perbualan kami, dia mengeluarkan sehelai notepad & sebatang pen. Dia tanye tarikh lahir haku. Pastu dia tulis2 sikit, kire2 sikit. jadilah seperti di bawah ni.

Pastu dia cite laa sikit.. Dia kata dia jarang jumpa org yg banyak no.9 ni. No.9 yg kt tengah2 triangle tu mewakili nombor asas kehidupan haku. No.9 ni lambang kejayaan. Unsur no.9 ni unsur Kayu. Kalo ko yakin dengan diri ngko, ape je ngko buat pasti berjaya. Dia tambah lagi, dia jarang jumpa org ade nombor 9 cermin (kiri & kanan sama). Pastu paling bawah sekali tu akhir hidup haku pun diakhiri dengan nombor 9, maknanya haku akan akhiri hidup haku dengan kejayaan.

.

Dia cite jugak pasal minda separa sedar, bagaimana mata kita berkelip tanpa kita sedar, bagaimana kita tido bleh gerak2 tanpa kita sedar. Tu semua dikawal oleh minda separa sedar.

.

Haku pun tanye dia tarikh lahir dia & suruh buat benda yg sama. Zacko = no.6. Lambang kekayaan. nombor last dia pun nombor 6. Dia kata dia unsur besi. Pastu ade laa lagi dia cite pasal diri dia mengikut setiap nombor yg ade dalam kira2 tu. Haku pun x paham sangat. Dia kata benda ni namanye Rahsia Tarikh Lahir. Ada kajian. Macam mana nak memahami potensi diri yg sebenar nye.

.

Haku yg biasa lah, takkan nak puas hati, "Zacko, ko letak tarikh lahir Mawi. x silap haku 25/8/1981 kot" sbb haku agak2 je. Dia kira2, Mawi ni nombor asas dia no.7 unsur Air Besar. Biasanye org cemni dikurniakan kekuatan suara. Tatau laa nak pecaye ke tak member haku ni.

.

So penamat cite, Zacko kata, "haku dah kire2 ni kalo nombor haku gabung dengan ngko, kalo buat bisnes ke ape ke, mesti berjaya ni" Siap ade nombor pelaris (2,7 & 9) dalam gabungan nombor haku & dia. Tapi dia kata yg haku ni belum bersedia utk mendengar bisnes ape yg dia buat tu. (maybe sebab haku dah "counter" awal2 tadi).

.

Lepas salam2, 2 jejaka ni pun balik.

.

Dan sebenarnye... sampai ke sudah pun haku tatau bisnes ape yg dia buat sebenarnye. Adakah ini taktik terbaru dalam pemancingan multilevel marketing ? Tapi kalo dia nak cite lain kali ke, haku sudi mendengarnya.

.

p/s: Nombor plet Volvo dia 9009... patut lerr...